Rabu, 19 Ogos 2009

HANTU RAYA DAN PERMATANG PASIR


WALAUPUN tidak pernah memenangi dalam semuo pilihanraya yang beliau tandingi.. dan yang terakhir di pilihan raya Manik Urai dimana sekali lagi beliau berjaya mengekalkan kekalahan tanpa bertanding dengan kiraan 28 mato berbalas 21 dengan musuh ketat beliau iaitu Apiz Sakmi dari parti Tapai Pulut.. namun itu smuo tidak menjadi penghalang kepada pakcik Maro dari parti Belacan Madu untuk mencabar kewibawan pakcik Bachok ketuo pemuda parti Apam Balik dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Permatang Pasir pada minggu depan.. 


Pertandingan tujuh penjuru yang dijangka sengit dan panas dengan isu-isu antarabangsa seperti kes rampasan sampan pakcik Akrun oleh sekumpulan lanun di lautan Hindi minggu lepas serta isu pergaduhan sekumpulan lombu penduduk kampung Buah Pala dengan Mantoya dari kumpulan HighCaparal... kecurian sekarung getah keping Ali Lantun dan kehilangan beberapo ekor kambing boer ManHassan dijangka akan menghangatkan lagi suasano berkempen yang akan berlangsung selama 24 jam tanpa rehat dan turut di siarkan secara langsung melalui radio klasik Bangladesh melalui gelombang panjang 2.97 Gghz 26 Bhp...


Walaupun parti Apam Balik mendakwa.. beliau telah digugurkan dari Majlis Loyar Buruk Sedunia kerana mempunyai kes salah laku seperti merembat basikal roda tiga Manhasan ketuo kampung Mat Insun... namun pakcik Maro menafikan dakwan tersebut sekeras-kerasnyer.. malah menganggap ini semuo adalah fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh pakcik Bachok dari parti lawan untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai pemimpin alaf baru.. dan beliau mengakui hanya merembat beberapo ekor ayam katik John Dempong dan bukannyer basikal roda tiga seperti yang didakwa oleh parti Apam Balik.. sambil menunjukkan beberapo kotak bahan bukti bagi membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah semato-mato...


Pakcik Maro turut melahirkan keyakinan beliau.. bahawa parti Belacan Madu akan memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti yang cukup besar kerana kali ini beliau akan dibantu oleh jentera parti yang begitu mantap serta mendapat sokongan padu dari pengundi-pengundi hantu raya yang beliau import dari kampung Manik Urai..


Beliau turut mendakwa bahawa parti Belacan Madu telah memeterai satu perjanjian usahasama dengan para pengundi hantu di Permatang Pasir untuk membina beberapo jambatan gantung bagi menghubungkan kampung tersebut dengan kampung Simpang Tiga di Gombak.. dengan adonyer jambatan gantung tersebut.. diharap akan dapat memudahkan perjalanan lori kargo berulang-alik bagi mengangkut para pengundi hantu ke Pematang Pasir.. serta dapat melumpuhkan gerakan jentera pilihanraya parti Apam Balik dari bawah jambatan gantung tersebut dengan mudah...

3 ulasan:

  1. dengar2 kabar,parti apam balik telah menggunakan khidmat pengundi hantu galah..pakcik bachok bgtau aku..brita sensasi nih..!!

    BalasPadam
  2. nak masuk neraka undilah partai Belacan Madu,
    nak masuk neraka undilah partai Apam Balik...

    Aii... duo-duo masuk neraka!

    Parti apo yg dapek masuk sorga?

    Takdo parti yg menjamin masok sorga ka nerako
    sokong sampei berguling atas jalan, demo sampaei kena sembor... totap taktau untong nasib...

    Yg ponting, time semayang kito semayang, bulan puaso kito puaso, ado duik poi mokah buek aji, tulon orang, sodokah sano sini.... buek yg wajib, rajin yg sunat, jauh yg makruh-harami...

    haaa.. tu pun tak kompom masok sorga weh.

    untong nasib kito, semuo ditangan DIO...
    buke ditange tok guru, ustak...

    den akhiri dongan sorangkap pantun yg den jumpo
    dalam kitab lamo bahso sankrit WAL sanquick di tempek pembuangan bayi disebuah sekolah dewasa di kabupaten gajahmazda, bukit pelandok.

    BOLI STEM DIPOJABAT POS,
    BOLI HARAKAH DIPOJABAT PAS,
    GULO SEKILO MAHAL NAK MAMPOS,
    TERJUN BANGUNAN MAMPOS TERHEMPAS...

    BalasPadam
  3. cubo laa masuk parti biskut almond london.. mano tau..
    gua pun nak pntun gak.. pantun lamo maso berguru dengan
    pendekar Bachok di gunung semanggol...

    ANAK AYAM MAKAN KERANG
    ANAK LOMBU MASUK PARIT
    KALAU HIDUP MENYUSAH KAN ORANG
    ESOK MATI KUBOR PUN SOMPIT...

    haaa.. dalam makno nyer tu.... smpai gua sendiri
    pun tak bleh nak pikir.. hahaha

    BalasPadam