Isnin, 24 Ogos 2009

GULA KENA SERBU..


KUALA KANGSAR - Tidak sampai sejam setengah, dua metrik tan gula habis dijual kepada orang ramai. Itulah senario yang berlaku di Pasar Tani Lembah Sungai Perak di sini, selepas sebuah syarikat pemborong gula terbesar di Sungai Siput dekat sini mengadakan jualan gula terbuka pagi semalam. - Kosmo


Keadaan dilihat sungguh begitu sesak.. pengunjung dilihat berasak-asak  sehingga sampai ado yang berlago pipi dan hidung semato-mato berebut-rebut untuk mendapat bekalan gula pasir yang telah terputus sejak tahun lepas.. keadaan sesak di luar lingkungan tersebut juga telah memaksa pihak belia kampung Sireh yang di ketuai oleh John Kimbo masuk campur.. ini adalah untuk memarak serta menyesakkan lagi keadaan sehingga hampir-hampir berlaku rusuhan kaum..


Begitu ler hebatnyer sambutan terhadap jualan gula pasir oleh saudagar gula-gula iaitu pakcik Robert Kwok yang berlangsung sejak pagi hingga tengah malam di pasar tani Permatang Pasir malam tadi yang mana ia turut disaksikan oleh para pelancong dari luar negara dan domestik.. yang dilihat begitu kagum separuh koma bila menyaksikan kemeriahan pesta jualan gula pasir tersebut yang dianggap sebagai satu lagi produk pelancongan negara yang terbaru.....


Syed Musaddad selaku ketuo kampung Changkat Jering yang tak bertauliah dilihat sanggup mencemar duli merasmikan majlis gilang- gemilang tersebut yang juga turut di meriahkan oleh kumpulan pancaragam pakcik-pakcik Rela dari JKK kampung Sungai Siput serta dihiasi dengan percikan bunga api dan letupan bom C4 oleh budak-budak belia kampung Batu Gajah...


Robert Kwok selaku pemborong rasmi gula pasir yang sempat spy Penanggah temui sewaktu sedang terkial-kial mengangkat beberapo kampit gula turut mengakui akan sambutan hangat orang-orang kampung Permatang Pasir terhadap gula pasir beliau yang di import khas dari felda Cuping tersebut.. "Haiiyaaa.. talak mau celita laa kawan.. gua lotak saja habis.. lotak saja habis.. talak sampai duo minit.. lima lori kargo gula sudah habis kena borong.. sampai gua sama gua punyo lori pun dia olang mau borong wooo.." jelas beliau dengan penuh ghairah sebelum sempat ditanya oleh spy Penanggah...


"Apek.. kalau ini macam lu boleh lagi tambah kaya laa.. sepuluh lori pun talak cukup.. apa rahsia lu boleh bikin ini macam.." tanya spy Penanggah ingin meyiasat...


"Ini smua gua punya strategi.. mula-mula itu gula gua kasi sorok dalam itu semak.. bila olang kampung bising-bising gula talak cukup.. ini time la gua kasi jual.. apa macam gua punya otak.. ala bijak tak serupa itu Albert Einstein..??"


"Ini bukan bijak siolll.. ini penipu al-pembelit... hampehnyer apek.. patut ler gua nak beli gula habis memanjang.. rupenyer lu kasi sorok.. ini macam gua mau report sama itu polis.." jerit spy Penanggah separuh marah..


"Haiiyaa.. jangan marah-marah laa kawan.. ini macam laa.. lu kasi angkat ini gula dua tan... lu boleh balik bikin kuih ka.. lu mau makan sama itu nasik pun boleh.."


"Lu banyak baik hati laa apek.. ini macam gua talak jadi marah sama lu.. gua choww dulu laaa.. laalaa laallaa laaa llallaa.. ye yee dapat gula free.."

5 ulasan:

  1. bagi sikit gula yg apek tu kasi kat ko..aku nak buat kuih raya nih..gula tarak..mybe aku guna ajinomoto sbgai ganti..kalo ko baik ati..ko kasi ckit kt aku..huhuhu..

    BalasPadam
  2. soryy laaa cik mira... sikap tamak telah menguasi gua.... hahaaahahaa (gelak penuh angkuh)

    BalasPadam
  3. Gula tak ada??? garam kan ada... buat sirap sedappp...

    BalasPadam
  4. tngah ari ni kalau kena sirap... perghhhhh... aiiyaaa tak mau criter la kawan.. gua posa ler...

    BalasPadam
  5. aiyah!!! minum saja maaa.... jangan telan.... syiok maaa....

    BalasPadam