HULU SELANGOR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan niat jahat pakatan pembangkang untuk menimbulkan huru hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih. Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak peranda. Beliau berkata demikian pada Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru... - BHarian
Kalau yang bercakap ni orang kampung.. mat rempit atau orang awam yang tak tau apa-apa pasal politik gua boleh diterima.. dan kalau yang bercakap tu orang politik bawahan pun gua masih gak lagi bleh terima dengan senang hati.. tapi bila keluar dari mulut sorang pemimpin negara apatah lagi dari sorang TPM.. membuatkan gua jadi heran dan keliru.. apakah setakat ni jer tahap pemikiran pemimpin politik negara ni yang kita ada sekarang ni.. melalut-lalut dengan hujah yang begitu kronik lagi tepu...
Stategi menakut-nakutkan rakyat menjelang pilihanraya dengan cerita fiksyen seperti ni gua rasa dah jauh tersasar dan ketinggalan zaman serta kebudak-budakkan.. dan secara tak langsung menunjukkan kemuflisan idea sorang pemimpin.. dan gua pun tak tau dari sumber perisikan mana yang mendedahkan bahawa perkara ini akan berlaku.. atau hanya berdasarkan andaian jer.. dan kalau macam ni ler punya hebat sumber risikan si pak menteri gua rasa pengganas Sulu pun takda peluang nak datang menyerang..
Dan andainyer perkara ni betul.. itu menunjukkan yang rakyat serta negara kita berada dalam bahaya.. dan pak menteri kita ni patut bertanggungjawab membawa pengkianat ni kemuka pengadilan seberapa cepat yang mungkin berdasaran dengan segala tok nenek bukti dan maklumat yang beliau miliki.. ini kerana pemimpin yang hebat akan bercakap berdasarkan bukti dan fakta.. tapi kalau becakap hanya sekadar nak memanaskan hati serta nak memeningkan kepalo otak rakyat.. gua rasa baik tak payah..
Dan inilah yang berlaku ketika gua berborak dengan sorang makcik beberapa minggu lepas.. bagaimana makcik ni bercerita tentang 13 Mei.. tentang ketakutan beliau akan berlakunyer pergaduhan ketika pilihanraya dan perlunyer menyimpan sedikit barang makanan sebagai persediaan dan macam-macam lagi la.. dan bila makcik ni cakap macam tu mula ler hati gua jadi panas.. entah malaon mana yang menakut-nakutkan makcik ni dengan cerita merapu tak tentu hala macam tu pun gua tak tau ler.. tapi gua rasa ni tentu kerja TV sebab makcik yang gua kenal ni takda masa nak baca suratkhabar atau berborak pasal politik kat kedai kopi....
Apa lagi gua pun sound ler makcik tu.. “Takda la makcik.. itu semua cerita mengarut.. kalau nak bergaduh dulu lagi kita dah bergaduh berkeris berparang.. dan jangan ler hidup kita ni diperbodoh-bodohkan dek orang makcik.. sebenarnyer orang politik tu menakut-nakutkan kita ni ada sebab.. sebab kuasa.. yang satu takut hilang kuasa dan yang satu lagi nak kan kuasa.. itu jer.."
"Dan yang takut hilang kuasa pun mula ler mereka-reka cerita fiksyen.. gaduh ler.. huru-hara ler.. muflis ler.. 13 Mei ler.. komunis ler.. dan kita yang takut ni pun terus ler bagi undi kat diorang.. dan nanti lagi empat tahun bila time nak mengundi diorang ni akan bercerita lagi benda yang sama.... tak percaya makcik tengok ler nanti.." kata gua sambil menendang sebijik motor kapcai yang sedang lalu kat tepi gua..
Sebenarnyer gua tak kisah pun siapa yang makcik tu nak undi.. tapi bila makcik tu diperbodoh-bodohkan dek orang politik kat TV.. tu yang buatkan gua hangin.. apa taknyer sejak berlakunyer konflik politik dari tahun 97 sampai la ke hari ni.. lebih kurang dah 16 tahun.. kita masih lagi ditakut-takutkan dengan dendangan lagu dan skrip yang sama.. macam dah teringin sangat nak bergaduh dan berperang.. tapi kalau macam tu ler caranyer.. kita jangan risau tak mustahil suatu hari nanti Tuhan tu akan makbulkan jugak doa kita ni...
Bagi gua cuba ler berkempen elok-elok sikit.. macamana nak turunkan harga barang ker.. turunkan harga tol ker.. harga kereta ker.. nak mewujudkan semula tanah rancangan baru ker.. haa baru ler sedap skit dengar.. ini tidak.. setelah 55 tahun kita merdeka dan tinggal hanya beberapa tahun jer lagi nak mencapai negara maju.. kepalo otak kita masih lagi dibelenggu oleh dunia politik sempit.. suka dikongkong oleh pemikiran-pemikiran pemimpin berotak tepu.. malah kita pun bukan main lagi bangga dan seronok bila diperbodoh-bodohkan dek orang politik jenis macam ni.... tak ker kesiannn!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan