Selasa, 19 Mac 2013

BIOGRAFI.. ANTARA BODEK DAN SINDIR...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

"Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.


"Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung "penipuan dan cemburu" mengenai Rosmah.. - M'siaKini


Hehehehehee!!.. tak tahu ler gua.. sama ada Tok Det nak membodek.. nak berlawak atau nak menyindir..  tapi bila terbaca cadangan paling jitu dari Tok Det ni.. entah kenapa secara otomatik usus besar gua terasa seperti nak pecah menahan gelak.. gua bukan ler nak merendah-rendahkan cadangan Tok Det tu.. tapi bagi gua idea Tok Det tu seperti berundur kebelakang.. seperti nak merendah-rendahkan keintelektualan budak-budak sekolah...

Gua rasa masih ramai lagi tokoh-tokoh wanita yang lebih hebat.. lebih jitu yang tidak ditonjolkan dan perlu didedahkan sebagai rujukan kepada para pelajar kita pada hari ni dan masa akan datang.. sebagai contoh Aishah Ghani.. cuba kita tanya berapa ramai para pelajar atau generasi muda hari ni yang mengenali atau pernah membaca kisah perjuangan beliau.. berapa ramai yang tahu akan pahit getir beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita.. gua rasa kalau ditanya.. bukan stakat generasi muda jer (termasuk ler gua.. huhuhuhu!!)... generasi tua pun akan tergagap-gagap nak menjawab..

Bagi gua kalau nak dibandingkan antara jasa Tan Sri Aishah Ghani dengan kak Mah memang jauh.. bagai langit dengan bumi.. dan dengan kewarasan akal sihat kita pun dah bleh pikir antara buku memoir dan buku biografi yang mana satu yang patut diedarkan ke sekolah sebagai bahan rujukan.. cuma yang terselamat ialah budak-budak sekolah sekarang ni.. ini kerana cadangan Tok Det tu ialah 100 atau 200 tahun akan datang.. dan yang kesiannyer ialah para guru dan budak sekolah tahun 2213 nanti ler.. yang terpaksa menahan sebak membaca buku biografi kak Mah.. hahahahaaa!!

1 ulasan:

  1. Waghih,
    mohon manyambuong kasih sapanjang alam, yo. blog waghih alah singgah di bloglist kami. hehehehe

    Ex-SMDKP Facebookers BnG

    BalasPadam