Kali ni gua ingin menampilkan sebuah drama bercorak kepolisian terhebat yang dikira bakal memecahkan semua panggung di negara kita tahun ni.. kisahnya ialah mengenai bagaimana Inspektor Musa.. seorang pak polisi yang telah pencen berasa tak puashati serta kecewa dengan tindakan poyo sorang pak menteri bernama Isham yang suka sangat menyebokkan diri di balai polis di tempat beliau bertugas dulu.... bukan tu jer pak menteri ni jugak turut mengganggu tugas-tugas serta siasatan beliau.. sampaikan nak pegi siasat kambing hilang pun dia nak join gak...
Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya. Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.. - M'siaKini
Tapi dalam pada tu.. tetiba muncul plak sorang lagi pak polisi yang dikenali sebagai Sarjan Ramli.. Sarjan Ramli ni plak tak puashati dengan Inspektor Musa.. kerana beliau mendakwa Inspektor Musa ni pernah berpakat dengan si Ghani.. sorang peguam yang kekwat lagi tak bleh pakai untuk menjatuhkan nama baik beliau sebagai pak polisi yang baik hati serta berhemah tinggi...
"Ahhh sudah ler Musa.. lu pun samo dua kali limo.. dulu lu dengan si peguam Ghani tu ler yang berpakat cover line si Cheng Poh.. dah tu ajak plak ketua mafia Tapai Pulut tu mengenakan gua...eee geramnyer gua.." ujar Sarjan Ramli separuh geram sambil mengunyah sekeping karipap dengan rakus..
KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.... - The Malaysian Insider
Mendengar tuduhan melulu Sarjan Ramli yang berapi-rapi tu membuatkan Inspektor Musa tak senang duduk.... maka terpaksa ler beliau membuat sidang media bagi menafikan tuduhan tersebut..
"Mano ado Ramli.. gua orang baik ler.. tak cayo lu bleh tanyo jiran gua si Leman tu.. dan kalau lu masih lagi tak percayo lu bleh panggil si James Bond datang siasat gua... gua rela.."
KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan mempertahankan beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.
“Saya tidak ada lakukan kesalahan,” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, “Kalau ada salah, biar SPRM siasat.… - The Malaysian Insider
Dan bila drama dah semakin merapu dan memanas.. tetiba muncul plak sorang kaki bodek si Uncle Rais dari celah semak.. yang juga merangkap sorang pelakon nasik tambah cuba nak jadi hero dengan turut sama masuk campur bagi mempertahankan member beliau si Isham.. tapi pak menteri Isham dan si peguam Ghani releks jer tak kata apa pun..
"Isham tu orang baik.. gua yakin member gua tu takan buat kerja gila macam tu.. lagi pun banyak lagi keja lain yang dia nak buat.. nak menebas ler.. nak berjoging ler.. sebenarnyer Inspektor Musa tu yang tak reti undang-undang.. camno dia bleh jadi polis pun gua tak tau la.. ni mesti pakai orang dalam.. kalau cam ni baik suruh jer member gua si Isham tu jadi polis.. lagi bagus.." ujar si Uncle Rais bersungguh-sungguh..
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyelar pihak yang mempertikaikan dan mengkritik tugas serta tanggungjawab yang dilaksanakan oleh seseorang menteri.
Beliau memberi contoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang baru-baru ini didakwa mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sedangkan Hishammuddin hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kata Rais, mereka yang membuat kritikan itu sebenarnya tidak arif dalam perihal undang-undang dan seharusnya menginsafi perbuatan itu.
"Berasaskan undang-undang negara, saya berpendapat Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab di bawah Akta Polis. Beliau adalah peneraju utama keselamatan di dalam negara dan beliau juga bertanggungjawab kepada PDRM. – SinarHarian
Tetiba gua jadi pening memikirkan mana satu ler yang betul dan dipihak yang benar.. masing-masing semua ada hujah.. tapi camno pun kenyataan serta dakwaan Inspektor Musa ini memang patut diberi perhatian.. sebenarnyer bukan beliau jer yang tidak suka dunia kepolisian di negara kita ni di perkotak-katikkan oleh orang politik .. gua rasa majoriti rakyat negara ni pun sama gak rasa begitu.. kalau nak sangat jadi pak polisi baik berenti jadi pak menteri.. ramai lagi kat luar sana yang bleh ganti...
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .
"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang... tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik... - SinarHarian
Gua ingatkan dalam politik jer ada team.. rupa-rupannyer dalam balai polis pun wujud gak team-team.. mungkin dakwaan si Sarjan Ramli tentang Inspektor Musa tu ada gak benarnyer.. dan dakwaan si Inspektor Musa tentang perangai hamlau pak menteri tu pun mungkin ada betulnyer.. mungkin mereka berdua ni pun ada buat silap.. tapi dalam isu ni gua lebih pecaya akan kenyataan dari sorang pak polisi berbanding dari kenyataan orang politik.. dan lebih yakin akan integriti sorang pak polisi dari integriti orang politik…
Cuma yang tak bestnyer ialah bila pak polisi dan pak menteri bergaduh.. yang untung dan bertepuk tangan dah tentu ler si penyamun.. lebih-lebih lagi si Cheng Poh ketua mafia Tapai Pulut.. yang korang dok sebok banting sana.. banting sini.. dia kat rumah syok-syok melepak tengok TV sambil kira duit..
Khamis, 6 Disember 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan