Rabu, 6 Jun 2012

SENANGNYER NAK BUNUH DIRI..

PUTRAJAYA: Kadar kematian akibat bunuh diri semakin meningkat di Malaysia, dengan lebih daripada 1,000 orang mati dalam tempoh tiga tahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata nisbah bunuh diri daripada 2007 hingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang.

"Ini adalah berdasarkan angka yang kami perolehi daripada bedah siasat. Kami fikir kes bunuh diri kurang dilaporkan. Kami rasa terdapat kes yang tidak dilaporkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini.

Daripada 1156 orang yang membunuh diri dalam tempoh tiga tahun, majoriti berusia antara 24 dan 44.. - M'Star

Alaa!!... apo nak diherankan.. tau jer ler orang kita ni kan ramai yang lemah jiwa.. baru kena marah sikit bunuh diri.. kena buang kerja mengamok nak bunuh diri.. gaduh sikit bunuh diri.. merajuk dengan pakwe ugut nak bunuh diri.. pak we lambat stengah minit ugut nak terjun pokok... itu sebabnyer bila frust bercinta ada yang sanggup terjun lombong.. ada yang terjun bangunan.. ada yang gantung diri kat siling.. ada baring kat rel keretapi.. minum racun pun ada gak.. adoii!! gua pun tak tau apo la yang best sangat bunuh diri ni..

Kat kampung dulu ketika zaman gua bebudak.. pun ada gak member gua yang berperangai camni.. gua rasa dekat dua tiga kali gak mamat ni try bunuh diri tapi tak mati-mati dan gua pun tak tau apa masalahnyer sampai sanggup buat keja gila tu.. tapi mengikut gossip-gossip liar yang gua dengar katanyer berpunca dari masalah keluarga... dan setelah mencuba beberapa kali akhir beliau tewas gak dengan meminum asid.. dan itu ler pertama kali dalam sejarah hidup gua pegi menziarahi orang mati bunuh diri.. 

Bagi gua orang yang sanggup bunuh diri ni adalah orang yang pendek akal.. sajer mencarik jalan pintas untuk menyelesaikan masalah... dan gua tak heran dan terkejut dengan kes bunuh diri yang semakin meningkat skarang ni.. apa taknyer kalau kita tengok terutama pada malam minggu ramai anak-anak Melayu kita yang berebut-rebut dan berlumba-lumba nak bunuh diri.. sampai gua pun naik geram dan meluat dengan parangai hamlau diorang.. bagi gua kalau beria nak bunuh diri pun jangan la kecoh-kecoh.. senyap-senyap dah ler..

* Minggu lepas ketika gua balik ke kampung.. gua terserempak ler dengan abang mendiang si Raja tu kat pekan.. (entah tetiba plak gua bleh lupa nama abang si Raja yang mati bunuh diri tu.. mungkin dah lama tak jumpa kut).. borak punya borak rupanyer adik beliau si Ganesan yang sebaya gua tu pun dah meninggal dunia akibat eksiden.. patut ler dah lama gua tak jumpa mamat tu.. kali terakhir yang gua dengar si Ganesan ni dah kahwin dan pindah ke Johor.. 

Tapi sebelum blah abang mendiang si Raja yang mulutnyer berbau todi tu sempat lagi pau gua mintak 50 sen.. nak minum katanyer.. takan la gua nak bagi 50 sen.. lalu gua pun bagi la 2 hinggit.. jangan lu guna duit gua tu beli todi sudah.. doa gua dalam hati..


Adoii boring betul ler.. dah dua jam kitorang cuba bunuh diri tapi tak mati-mati gak.. pinggang kitorang pun dah naik sengal...

 Apo korang ingat senang ker nak bunuh diri ni.. selain jiwa kena berani.. enjin pun kena power dan tangki pun kena isi penuh.. besar modal siut..

2 ulasan:

  1. Kalau la ada mesin pembunuh diri yang boleh buh doit 50sen..lepaih tu boleh pilih cara nak bunuh diri..mesti ramai yg beratur pnjang nak guna mesin tun kan..

    Gua rasa daripada dorg bunuh diri sebab nak lari dr masalah..adalah lbih baik dorg bunuh ganster ke..ketua kongsi gelap ke..perogol..pengrasuah..tu lagi..kategori bunuh jugak tu..dapat mnghindari diri dr rasa sakit ketika membunuh diri..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak bleh gak.. gangster skarang pun dah pandai bunuh diri.. hampeh btuii.. sapa yg ajar pun tau ler..

      Padam