Khamis, 7 Jun 2012
ALAA.. PUJI LER LAGI JOHN MCCAIN...
IPOH 6 Jun - Senator John McCain dan Joseph Liberman bukanlah pemimpin pertama yang memuji pentadbiran Malaysia, sebaliknya ramai pemimpin lain termasuk dari Asia Barat turut mengagumi kejayaan negara.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Dr. Abdul Qadeer Khan yang dianggap Bapa Saintis Pakistan dalam satu temuramah baru-baru ini turut menyatakan impiannya menjadikan Malaysia sebagai model jika hendak membangunkan Pakistan.
“Ini membuktikan Malaysia disanjungi ramai pemimpin luar negara tetapi malangnya ada pemimpin dan rakyat di negara ini sendiri yang sanggup memburuk-burukkan negara kepada masyarakat dunia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan McCain yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang reformis hebat yang sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia ke tahap lebih baik. - UtusanM'sia
Ini la dia masalah orang kita.. suka dipuji dan disanjung... baru kena puji sikit dah lupa diri.. dah kembang lubang hidung sampai jalan pun dah tak betul.. punya ler bangga.. kena plak yang memuji tu orang putih lagi la kembang.. ikhlas atau tidak itu semua tak penting.. yang penting dipuji dan disanjung.. dan yang paling best tu kaki ampu dan kaki bodek tak ketingalan turut sama join skali tompang bangga..
Tapi siapa dia si John McCain ni.. hebat sangat ker mamat ni.. setahu gua si tua ni adalah anak didik si lahabau George Bush dari parti Republikan.. parti yang takda keja lain asyik dok nak berperang jer siang malam.. sampai dunia ni jadi huru-hara.. pantang silap sikit perang.. tergesel bahu sikit perang..
Menurut buku cerita budak tadika.. si McCain ni adalah sorang bekas tentera merangkap juruterbang tentera laut dan beliau turut terlibat dalam perang Vietnam dan pernah menjadi tawanan perang (POW) di sana dari tahun 1967 hingga 1973 setelah kapalterbang beliau di tembak jatuh.. maka tak heran ler kalau tengok muka mamat ni memang muka kaki gaduh dan muka perang..
Dan kalau dah jiwa tu jiwa tentera.. jiwa perang.. dah tentu ler mamat ni jugak pakar perisikan dan pakar psikologi.. maka sebelum datang ke sini dah tentu beliau dan CIA dah mengkaji dulu selok-belok perangai serta kelemahan orang kita ni.. alaa korang sendiri pun pahamkan bagaimana orang kita yang begitu kaya dengan budaya ampu ni akan lemah dengan kata-kata sanjungan dan puji-pujian.. itu sebabnyer si McCain ni tak habis-habis memuji-muji kehebatan pemimpin kita walaupun dia sendiri pun tak berapa nak kenal sapa ler abang Ajib tu.. (tak mustahil mungkin dia pun dah kaji gak akan kelemahan pemimpin kita ni)...
Bagi gua ini semuanyer mengarut jer.. hanya sandiwara.. ini semua puji ada makna.. kira salah satu rancangan Amerika untuk mencarik pengaruh dan rakan strategik dirantau ni bagi mengekang pengaruh dan kekuatan China-Russia yang dilihat sedang memuncak sekarang ni.. lebih-lebih lagi China-Russia adalah sekutu kuat Iran dan Syria dan dengan pujian melangit dari si McCain ni tak mustahil kita akan termasuk ke lubang perangkap yang beliau pasang.. ingat tiada apa yang percuma dalam dunia ni lebih-lebih lagi ampu dan puji..
Berikut ni adalah komen si Castro dan Hugo Chavez mengenai si John McCain ketika beliau menentang Obama dalam Pilihanraya Presiden AS tahun 2008 dulu..
Menurut jajak pendapat Latinobarometro yang diterbitkan oleh majalah The Economist, banyak warga Amerika Latin yang ingin memilih Obama dibandingkan memilih McCain sebagai presiden AS.
Menurut Castro, "Obama tidak diragukan lagi adalah orang yang pintar, berbudaya, dan lebih rapih dibandingkan lawannya dari Republik (John McCain)." McCain, kata Castro, "sudah tua, suka perang, tidak terpelajar, tidak terlalu pintar dan kondisi kesehatannya buruk."
Kalau McCain menang, kata Castro dengan mengutip surat dari Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, "resiko terjadi perang akan berkembang." Sahabat karib Castro, Presiden Venezuela Hugo Chavez, juga mendukung Obama.
Jika Obama terpilih, "Akan ada cahaya kecil di horizon," kata Chavez mengacu kepada hubungan AS-Venezuela.
"Saya berharap Obama sendiri yang akan menyalakan cahaya tersebut," ujarnya sambil memprediksi bahwa Obama akan menjadi presiden kulit hitam pertama AS dan akan menang telak dalam Pemilihan Presiden 2008.
Chavez mengatakan dirinya ingin bertemu dengan Obama dengan respek dan sejajar. Kalau McCain yang menang, kata Chavez, hubungan Venezuela dengan AS akan penuh dengan perjuangan... - TEMPO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Apasal plak Chavez puji Obama dalam bhasa Indonesia???!!
BalasPadamAdakah selepas ini Venezuela akan menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa Kebangsaan?
Jawab!! Jawab!! (sambil melomoat ataih meja lalu menunujuk-nunjuk jari ke arah dahi Mr.Penanggah yang luas itu)
jgn salah paham..ikutkan Chavez puji dalam bahasa semelai campur iban.. bahasa indonesia tu dia punya sarikata jer..
Padamtak nak jawab.. tak nak jawab.. sambil mengkerate dua buah lori tangki dan terus membakar rumah leman kasau..