KOTA BHARU - Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar. Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.
Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan… - UtusanM'sia
Apa ler korang ni tak bagi tau gua awal-awal yang adanya unit mencari jodoh bernama Mahligai Sakinah.. yang katanyer ditubuhkan semata-mata untuk menolong para jejaka mahupun si duda yang tengah pening kepala untuk mencari penyeri rumah.. alaa bukan aper.. gua pun nak gak mencelah.. mana ler tau dapat yang cun melecun macam si Milah.. anak tok penghulu dikampung sebelah.. dan sebenarnyer gua ni tak ler memilih sangat.. tapi harap-harap dapat ler yang masih hangat.. pasal wajah tu tak kisah ler cantik ataupun tidak.. yang pinggang ramping atau bebody bulat macam badak.. kalau dah jodoh tu gua terima ler jugak..
Rupanyer unit mencarik jodoh ni terbuka kepada semua.. tak kira yang muda mahu pun orang tua.. malah atok bercucu lima pun boleh jugak nak mencuba.. itu pun klau muka tak malu dan sanggup ketengah.. walaupun tau tenaga tu tak seberapa dan selalu mengah.. atau pun pada siapa jugak la yang berani nak mencuba menambah orang rumah.. tapi awas.. yang penting berbincang dulu secara berhemah.. bukan apa gua takut nanti tak pasal-pasal korang kena hambat keliling kampung sampai tak cukup tanah..
Yang gua heran tu apsal la unit cari jodoh Mahligai Sakinah ni tak mendapat sambutan.. gua tengok aweknyer bukan ler main ramai.. tapi masalahnyer susah sangat plak nak carik si jantan.. tak kira ler yang muda atau pun yang dah layak dijadikan santan.. takan semua malu nak kawin sampai sanggup menyorok dalam hutan..
Buat awek-awek tu gua harap korang semua bersabar yer.. sebenarnyer jodoh korang tu ada cuma cepat dan lambat jer.. klau korang nak tau jantan sekarang ni nilainyer dah macam emas.. walaupun stakat keja kilang papan kat pekan Gemas… mungkin bilangan diorang ni dah semakin kurang.. sebab ramai yang dah tergelincir ke jurang.. masa di kampung dulu tengok body tu elok-elok jer sekeras kayu perabot.. tetiba sekarang ni bila jumpa tengok-tengok dah bertukar plak menjadi ayu dan lembut....
Dan untuk si jantan plak.. cuba-cuba ler korang jadi lelaki sejati... dah elok-elok berjalan jangan la ditukarkan langkah tu macam lenggang itik serati.. mak kat kampung klau tau mau pengsan setengah mati bila tengoknyer anak jantan diorang dah bertukar jadi anak mami... takkan la korang nak harapkan gua sorang jer yang nak jaga awek-awek ni.. setakat sorang dua tu bleh ler gua beranikan diri.. tapi klau dah berpuluh tu.. silap-silap gua pun cabut lari..
Sebenarnyer gua bukan apa.. gua kesian tengok awek-awek tu.. menanti jodoh yang masih lagi tak tentu.. ikutkan memang la gua nak bantu stakat yang mampu.. agar diorang dapatkan jodoh sorang satu... dan mungkin ini salah satu cara yang mampu dibuat.. itu pun kalau ada yang sanggup nak penuhkan kuota gua yang empat.... hehehe.. siapa yang tak suka dikelilingi bidadari cantik berbody lentik.. tak kisah jer walaupun hari-hari kena jentik dan makan nasik berlaukkan betik.. yang penting gua happy jiwa dan raga.. tak kisah ler walaupun hidup sentiasa dikunci dan dimangga..
Khamis, 13 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Apa lagi penanggah. Ni peluang bisnes. Lu la supply jantan-jantan kat sana. Bak kata pak Husin lempoyang..." Jual orang lagi untung dari jual unta daaaaa..." hahahaha
BalasPadamambo.. okey gak idea lu.. nt la gua supply jantan yg macho tahap cipan kat sana.. siap offer lg satu jantan dpat free sekor unta... err kt kampung sireh x der ker jantan macho yg bleh dijual.. susah lu jer ler.. huhuhuu
BalasPadamhahahahaha sakit perut aden baco... nasib baik tak cirit.... zaman skrg mmg susah nak cari yang ikhlas.... Bagaikan permata di celahan kaca kerdipnya sukar dibezakan... opss dah bernasyid laks aden nie...
BalasPadamapo lg tukngkarut jom la kito join mahligai sakinah ni.. takkan lu pun sama nak tengok jer.. ramai awek tu.. tapi sorry la yo... mano awek yang cun2 tu tak bleh la lu nak kacau sbb gua dah booking dulu huhuhuhuu...
BalasPadamaikkkkk bukan bab awek lu tak de masalah ke nak cari .... sampai tak menang tangan nak layan ... takkn nak join mahligai sakinah kot ... tu utk spesis pemalu tahap ultramen tu...
BalasPadamtukangkarut.. ikutkn gua ni sorang yg pemalu tahap gaban.. tapi disebabkn kesian ngan awek2 solo tu mako terpaksa ler gua pendamkan sifat malu gua yang berkobar2 ni...
BalasPadamlorrr pemalu laks penanggah rope nye.... kelip2 mato jer la ... kalau kena reject pun paling2 kuat pun makan sup selipar jer ....
BalasPadam