Rabu, 13 April 2011

MERAPU MERABAN TAHAP TIGA.. EDISI KEMPEN..

Memandangkan ramai yang tercedera sehingga diberitakan ada lima enam ratus orang yang terpaksa diusung ke hospital akibat terkehel lubang hidung sewaktu melakukan aktiviti senaman Kecapuih atau Membaca Sambil Bersenam pada entri yang lepas.. maka dengan itu.. bagi menggalakkan lebih ramai lagi yang tercedera maka gua terpaksa mengupgradekan aktiviti tersebut dengan menukar kepada aktiviti Membaca Sambil Berkempen plak..

Gua cipta teknik Membaca Sambil Berkempen ni adalah bagi mendapatkan impak maksima seiring dengan suasana berkempen pada pilihanraya di Sarawak sekarang ni.. mana la tau mungkin dengan teknik ni jugak.. pengundi di Sarawak boleh pergi mengundi serta memangkah parti cap Kuda Kepang dengan jiwa yang tenang..

Untuk pengetahuan korang.. aktiviti Membaca Sambil Berkempen ni caranyer sama jer dengan Membaca Sambil Bersenam.. iaitu melakukan aktiviti berdasarkan huruf yang di perbesarkan.. cuma kali ni ia lebih detail dan agak sukar... lebih kejam dan ganas.... ia hanya untuk mereka yang betul-betul mahir serta perlu mempunyai sijil kemahiran juru gegas atau juru kimpalan tahap 4...

Dan yang penting sekali.. sebarang kecederaan yang berlaku sewaktu melakukan aktiviti ini adalah tanggungjawab sendiri.. pandai-pandai ler korang carik hospital sendiri.. maka dengan itu korang boleh ler mulakan aktiviti tersebut dengan menghayati drama sebabak yang bertajuk ANTARA CINTA DAN KEMPEN PILIHANRAYA.. DARI PERSPEKTIF MAMAK KASIM..

YANG – Tampal Poster Parti Lawan
DIA – Berjoget Dengan Presiden Parti Sendiri
DAN – Rembat Kereta Presiden Parti Lawan
UNTUK – Curik Karipap Pari Lawan
LEHA – Koyak Poster Parti Sendiri
MOTOR – Ngurat Awek Cun Parti Lawan
NUAR – Curik Peti Undi
DAPUR – Bakar Kemah Parti Sendiri

Hari ni NUAR begitu gembira.. DIA memecut laju MOTOR kapcai YANG ditunggangnyer dengan kelajuan tahap tinggi.. sehingga sukar di lihat dengan mata kasar agar cepat sampai ke rumah.. penat seharian bekerja di sebuah kilang papan di Bangi hilang sekelip mata.. malam ini DIA telah berjanji UNTUK berjumpa LEHA.. awek YANG dikenalinya ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang plastik di Senawang dua tahun lepas...

Rindunyer kepada LEHA kian memuncak.. sudah dua minggu DIA tidak keluar dating dengan LEHA buah hatinyer YANG cun melecun itu.. wajah serta body LEHA YANG saling tak tumpah seperti penyanyi terkenal Adibah Nor itu bermain dalam fikiran NUAR.. rasanyer duit lima puluh ringgit YANG dipinjam dari Leman petang tadi cukup UNTUK belanja LEHA pergi menonton wayang DAN makan-makan... walaupun DIA tahu LEHA kuat makan..

Dulu LEHA tak macam itu.. dulu body LEHA slim mengalahkan Tiz Zaqiyah.. entah mengapa semenjak lima enam bulan ni body LEHA naik mendadak.. seperti hilang kawalan.. namun NUAR tak kesah itu semua.. DAN cintanya kat LEHA sedikit pun tak terjejas.. malah semakin berkembang seperti kembangnyer body LEHA.. malam ni DIA nak cubit-cubit pipi LEHA YANG gebu itu puas-puas.. bayangan nakal bersilih ganti dalam fikiran NUAR.. DIA tersenyum sendirian..

Sedang NUAR syok melayan perasaan nakalnyer.. tiba-tiba MOTOR kapcai YANG ditunggangnya terlanggar sebuah lubang.. ini membuatkan MOTOR kapcai tersebut melambung... NUAR yang begitu terperanjat turut sama melambung bersama bayangan LEHA.. dia tidak mampu melakukan apa-apa.. hanya mampu berserah kepada takdir.. DAN MOTOR kapcai YANG hilang kawalan tersebut terus merempuh sebuah gerai makan YANG berada ditepi jalan tersebut..

“Aduhhhh!! tolong!!.. tolongg!! woii.. dei tambi. apa pasal saya punya gerai jugak lu kasi hantam,, empat hari lepas itu Abang Scrambler kasi langgar ini gerai.. sekarang awak punya kapcai jugak kasi hantam.. apa tarak lain gerai lagi ka lu mau kasi langggar..” jerit Mamak Kasim YANG kesakitan dari celah DAPUR..

2 ulasan:

  1. penanggah, igtkn hang xnak menyampuk kempen sarawak. haha.. perghh..berat sikit lah bro, bergegar lutut aku baca. mamak tu jugak kesian. kah3.

    BalasPadam
  2. dakwat basah.. gua bukan tak nak menyampuk pasal kempen kat serawak.. sajer gua maleh nak abihkan air liur.. last2 si taib gak yang akan monang.. cehh!!.. baik gua lepak rumah sambil buat senaman kecapuih.. huhuuuu.

    BalasPadam