Lagi sekali gua ucapkan tahniah kat team M’sia yang berjaya menjuarai Piala Suzuki Kapcai dengan mengalahkan team Indon dengan agriget 4-2 pada perlawanan malam semalam.. walaupun kita tewas 2-1 pada perlawanan tersebut.. namun itu semua tidak menjadi penghalang kepada kita untuk memikul piala tersebut buat kali pertama..
Buat team Indon@GARUdaa... yang bersusah payah berlari kehulu kehilir mengejar bola.. gua harap korang jangan la bersedih.. menangis meraung sampai tak lalu makan.. banyak lagi pertandingan dan piala yang menanti korang.. kalau korang tak dapat piala Suzuki ni.. korang cuba la plak pada Piala Honda Cup pada minggu depan kat padang Majlis Perbandaran Ampang atau Piala Yamaha 125Z pada hujung bulan depan kalau tak silap gua kat padang Sekolah Palong 8..
Tapi camno pun silap korang jugak.. gua dah cakap awal-awal jangan dilawan team Harimau Malaya tu.. tapi korang degil.. nak lawan jugak.. haa kan dah kena tapau.. nasib baik agreget 4-2 jer.. kalau gua main tak tau ler berapo yang korang kena.. silap-silap haribulan kena panggil juru audit.. sebab nak mintak tolong kira guanyer jaringan yang beribu tu..
Okey ler.. gua pun dah nak blah.. akhir sekali gua nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kat korang semua terutama pembaca blog ni.. buat team Harimau kalau tengah kira duit tu ingat-ingat ler gua kat sini.. gua pun sokong korang jugak.. pada team Indon@GARUdaa.. korang jangan lupa.. nanti kita jumpa kat Piala Tempe Garing kat Golok bulan depan.. dengan ucapan Selamat Menggaru.. hahahhaaa!!
Khamis, 30 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
selamat tahun baru..moga lu makin merapu samapiputus tali prut gua gelak..
BalasPadamhahaha
Congrats for Malaysia tiger
BalasPadamTak baiklah kita sama memperolokan sesuatu yang telah lalu. Lebih baik semua bersaudara,karena bermusuhan memanglah tiada guna.
Biar tiada rasa curiga baiklah kita pergi Indonesia,tengok sendiri bagaimana indahnya negeri tu.Banyak mahasiswa malasyia yang belajar disana,banyak juga dosen indoneia yang mengajar di malasyia.
Cobalah kita merenung barang 4-5 menit,bahwa bermusuhan memanglah tiada guna.
salam Tahun Baru gak buat lu si Poyo... sorry lerr.. tahun ni gua dah tak nak merapu lebih2 lagi dah.... kali ni gua berazam nak bersikap lebih kejam dan sadis plak.. biar mendiang Hitler tengok dia pun surender dan cabut lari.... camno pun gua ucapkan smoga tahun baru ni lu semakin bertambah poyo...huhuhu
BalasPadambuat bro Cikal.. terima kasih kerana sudi membaca blog Penanggah yang entah apa2 ni.. dan saya memahami perasaan anda dan diharap anda juga memahami perasan kami disini.. gara2 bola sepak negara kami dihina dgn pnggilan 'Malingsial' oleh segelintir pengokong Garuda.. saya tau ramai lagi insan2 sperti anda baik di sana mahupun di sini yg mencintai perdamaian.. buat bro Cikal.. Salam Persaudaraan dan Selamat Tahun Baru dari blog Penanggah buat anda disana..