Jumaat, 27 Ogos 2010

MERDEKA YANG TAK MERDEKA..

BUNTUUU.. entah kenapa bulan puasa ni gua seperti kehilangan idea untuk menulis dalam blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. jiwa merapu gua tetibo jadi kelam.. mungkin juga disebabkan kerja yang bertimbun serta perlu disiapkan sebelum hari raya ni membuatkan masa gua menjadi terhad.. kalau tak siap gak terpaksa ler gua beraya kat opis atau pun tompang beraya kat rumah korang..

Kekadang tu timbul gak idea nak mengulas pasal politik negara kita yang dah semakin merapu tak tentu hala sekarang ni… tau jer ler orang politik sekarang ni banyak membuang masa berdebat tentang perkara remeh-temeh..  sampai masalah doa pun orang politik jadi kelam kabut.. masing-masing berlumba-lumba nak tunjuk warak lagi alim.. yang tak tau apa-apa pun tak nak ketinggalan.. sebok gak nak mengulas.. memang gila..

Sedangkan banyak lagi perkara atau isu masalah rakyat yang lebih besar.. seperti masalah kenaikan harga ayam.. kenaikan harga kapal tangki.. kenaikan mendadak harga kuih tepung pelita dan macam-macam kenaikan lagi ler..  sepatutnyer diorang ler yang memikirkan macam mana nak turunkankan harga ayam sampai RM1.50 sekilo.. paling tidak nak bagi free sorang sekor kat rakyat Malaysia ni.. baru ler betul tapi yang gua tengok satu idea pun tarak.. semua otak kosong..

Tapi nak buat macam mana.. itu lah realiti sebenar minda orang politik negara kita.. minda kelas ketiga..  kita dah merdeka 53 tahun.. tapi orang politik kita masih jugak tak merdeka.. masih mendebatkan masalah yang sama berulang-ulang seperti kita ni baru jer merdeka semalam.. bagi gua masalah pendidikan.. ekonomi dan politik apatah lagi masalah perkauman sepatutnyer dah lama selesai tapi orang politik yang sengal-sengal ni masih gak dimainkan isu tu untuk meraih simpati penyokong.. yang penyokong pun sama dua kali lima… sengap (sengal +bengap).. 

Yang gua tak bleh blah bila tengok diorang ni lepas sebok-sebok bergaduh pegi buat laporan polis.. tak puas hati sikit buat laporan polis.. dan yang paling gua kesian ialah dengan pak polisi ler.. gua tengok diorang ni dah macam takda keja lain.. asyik dok melayan perangai hamlau orang-orang politik yang takda keja ni.. sepatutnyer orang politik camni hantar kat zoo jer.. buat malu kaum..

Tak habis lagi masalah kat sini.. mat Indon kat Jakarta plak buat perangai hamlau.. klau satakat  tunjuk perasaan berguling keliling kampung.. atau jalan itik kat depan kedutaan kita tu gua tak heran ler.. lantak diorang ler takda keja.. tapi bila start dah bakar bendera dan baling taik kucing kat atas bumbung kedutaan kita.. memang guanyer kemarahan tetiba naik mendadak.. hampir ketahap super saiya.. sikit jer lagi gua nak betukar jadi Gouku Dragon Ball... eloknyer taik tu disumbat jer kat mulut diorang.. baru padan dengan dia punya muka.. 

Ok la tu.. makin lama gua komen benda ni.. makin naik plak kolestrol gua.. tak pasal-pasal habis pahala puasa gua hari ni.. dari gua membebel pasal orang politik dan mamat-mamat indon yang separuh masak baik gua pegi meronda kat pasar ramadan sambil mengusya kuih tepung pelita kesukaan hakiki gua.. sesambil tu dapat gak gua usya awek-awek cun kat situ.. ada gak faedahnyer.. hehehee.. MERRRDEKAAAA!!!


* Untuk masalah doa gua bersetuju dengan pendapat dan pandangan Dr. MAZA... trima kasih Dr....

2 ulasan:

  1. Ko marah besaq nampak dengan ungka-ungka politik ni..
    aku lagi marah ni haaa...!!
    huahuahua

    BalasPadam
  2. hehehe.. marah gak kerr.. klau marah sngat pun jgan la panggil ungka.. panggil ler babun ker.. itik angsa ker.. harimau kumbang ker.... dan sempana hari merdeka ni mari ler kita bersatu untuk marah dan geram dengan pelawak2 politik ni.. 1..2..3..6..9..17.. nahh!! terimalah hentakan karipap pusing dari gua.. pioww!! pioww!!..

    BalasPadam