TELUK KEMANG - Memang benar ada buaya di Port Dickson! Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini. Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang... - Utusan M'sia
Mungkin korang anggap apa yang gua tulis kat blog gua kali ni adalah berita yang dah basi dan ketinggalan zaman sebab berita ni dah dilaporkan oleh kebanyakan akhbar perdana minggu lepas.. terutama suratkhabar Chongkau Post yang memberi liputan 47 muka surat penuh tanpa iklan dan 26 muka surat tak berapa penuh bersama iklan dan cabutan bertuah bagi kisah buaya ni.. kalau la itu anggapan korang kat blog gua ni.. sebenarnyer kosang silap besar kerana korang tak tau apa yang di laporkan oleh semua suratkhabar minggu lepas tu hanya baru bahagian pertama jer.. dan apa yang gua nak laporkan kali ni adalah bahagian yang kedua.. lebih eksklusif.. padat dan agak dramatik..
Mengikut laporan spy Penanggah berada ditempat kejadian minggu lepas menyatakan bahawa beliau turut melihat buaya tembaga tersebut merayau-rayau di kampung Tanjung Agas beberapa hari sebelum kejadian ngeri tersebut berlaku... namun begitu beliau tidak dapat mengenal pasti apakah motif sebenar buaya yang berbadan gempal bermata galak yang juga lebih dikenali sebagai John Low itu mundar-mandir terutama pada waktu puncak ketika ada pasar malam kampung tersebut pada hujung minggu..
Katanya lagi.. buaya tembaga macho tersebut juga dilihat turut bersama-sama membantu penduduk kampung Linggi bergotong royong membersihkan balairaya dan surau bagi menyambut bulan Ramadan yang mulia ini... malah buaya yang dikenali sebagai John Low tersebut juga sempat menghabiskan beberapo pinggan bihun goreng dan bubur kacang dengan begitu rakus sekali tanpa pilih kasih..
Malah beberapa jam sebelum targedi negeri tersebut berlaku.. spy Penanggah turut bersama-sama John Low pergi berenang di sungai Linggi bagi menghabiskan cuti hujung minggu.. dan pada waktu itu beberapo orang awek cun dilihat sedang berjalan ditepi sungai untuk pergi ke pasar malam yang terletak kira-kira 170 km dari kampung mereka.. sebaik saja melihat awek-awek tersebut.. John Low pun tanpa berlengah dan membuang masa terus mengusya awek-awek tersebut.. malah spy Penanggah turut tidak ketinggalan bersama membantu John Low mengusya dan mengurat awek-awek cun tersebut..
Dan dengan pantas John Low terus mencabut dan memikul beberapo batang kayu balak bagi menunjukkan kemachoan serta kegagahan beliau dihadapan awek-awek tersebut.. namun begitu pertunjukan percuma John Low tersebut tidak mendapat perhatian sewajarnyer dari awek-awek tersebut.. ini membuatkan John Low berasa kecewa dan sakit hati lalu mengejar sebuah lori kargo yang kebetulan turut melalui sungai tempat mereka berenang..
Lori kargo begitu terperanjat dan cuba untuk berpatah balik namun semuanya telah terlambat kena John Low terlebih dahulu berjaya mengilas kepala lori tersebut dan terus menghempas badan lori tersebut kedalam sungai.. melihat kejadian ganas tersebut awek-awek kampung tersebut pun bertempiaran melarikan diri takut silap-silap haribulan kepala serta badan mereka pula yang akan di kilas oleh John Low yang sedang naik hangin itu..
Awek-awek yang ketakutan itu terus berlari menuju ke rumah ketua rela di kampung mereka bagi mengadukan perkara yang sedang berlaku.. dan belum sempat awek-awek tersebut berkata.. ketua rela terlebih dahulu dengan pantas terus mencapai senapang panah tujuh laras kepunyaan beliau lalu terus menuju ke arah sungai tempat John Low mengamok..
Sebaik sahaja sampai ketepi sungai.. ketua Rela terus menembak ke arah John Low tanpa sebarang amaran.. terkejut diatas serangan hendap ketua Rela tersebut spy Penaggah terus melarikan diri bersama lori kargo kedalam belukar bagi menyelamatkan diri.. namun begitu John Low yang sedang sebok memikul kayu balak gagal untuk menepis tembakan rambang ketua Rela tersebut lalu rebah ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus…
Mayat John Low telah ditemui oleh penduduk kampung beberapa hari selepas usaha mencari dan menyelamat gagal dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang didatangkan khas dari Tawau.. dan dengan itu berakhirlah kisah yang begitu tragis.. kisah cinta 3 segi yang tak kesampaian antara buaya tembaga yang bernama John Low.. lori kargo dan kayu balak…
hahahaha..xdapat gua bayang kan lori berlari mnyorok dalam belukar..kalo pmandu lori logik la jugak..ni lori..hahahahahah..sapa yang jantan?lori ke kayu balak?
BalasPadamhahahhahaha
hahahaaa.. gua sendiri pun masih x dapek nak bayangkan situasi maso tu.. sebab maso tu gua tengh sebok main dam aji.. berdasarkan cerito dari kayu balak.. mungkin cerito ni agak pelik tapi itu la hakikat sebenar kejadian hari tu.. dan kebetulan maso kejadian tu pemandu lori ambik cuti bersalin 3 hari nasib baik lori ni bijak dia bleh drive sendiri..
BalasPadamLah..awat amik cti bersalin tiga ari ja..amik la 3 taun haaa...baik dgn sihat dan kuat utk jalani aktiviti pmanduan..
BalasPadamalaaa tiga hari tu baru cuti bersalin kulit jer.. kalau bersalin tayar baru la dpt cuti 19 minggu.. paling lamo kalau bersalin kaburetor.. 100 tahun cuti tuu..
BalasPadam