Khamis, 19 Ogos 2010

SABAR WAK SABARR!!..


JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran kumpulan penunjuk perasaan warga Indonesia sejak kejadian penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh pihak berkuasa dari kedua-dua negara di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, utara Bintan, Kepulauan Riau, Jumaat lepas. - Utusan M'si


Kemarahan Wak Parjo kali ni memang tak boleh nak di bendung lagi.. sehinggakan hidung beliau yang tak berapa mancung tersebut telah mengeluarkan api yang kebiru-biruan akibat menahan marah yang teramat sangat.. berikutan tindakan Leman Kasau yang menceroboh dan menangkap ikan di laut dalam kepunyaan beliau di Selat Melaka tempoh hari telah membangkitkan kemarahan Wak Parjo yang terpendam selama ini ketahap maksima..


“Kalau gue jumpa sama ini bajingan.. mau aja gue kasi bikin tempe ini orang..  udah la tarian pendet gue di ciplak seenak nyer aje… ini lautan yang gue beli secara ansuran jugak mau di cerobohin.. lagi itu gue punya ikan jugak mau di curik.. kurang ajar ini anak.. brengsek!! jerit Wak Parjo secara tetiba sewaktu sidang media bersama spy Penanggah di balai raya kampung Terachi bagi merungkai permasaalahan tersebut.. lalu beliau pun tanpa segan silu terus berguling-guling di lantai balairaya tersebut sambil melakukan tarian pendet ala kung fu mabuk sebagai tanda protes..


Leman Kasau yang turut serta di sidang media tersebut turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Wak Parjo tersebut.. malah beliau mendakwa bahawa tuduhan Wak Parjo tersebut adalah bermotif politik yang turut didalangi oleh ejen CIA yang cuba mencemarkan nama baik beliau serta berniat untuk memecah belahkan perpaduan bangsa serumpun…


"Fitnah.. fitnah!! ini semua fitnah", jerit Leman Kasau secara tiba-tiba dari celah pintu balai raya sambil menunjukkan isyarat penumbuk kepada Wak Parjo.. sehingga mengejutkan semua tetamu yang hadir..


“Wahh!!.. bukan main sedap lagi mulut ekau Wak Parjo yer tuduh gua curik lu punya ikan.. kasi ceroboh lu punya laut dalam.. apa lu ingat lu sorang jer ker yang ada laut.. gua nyer Laut Leman Selatan yang 49 hektar sebelah Laut China Selatan tu pun gua tak habis ronda lagi..", tambah beliau lagi sambil berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan seperti penari tarian zapin..


“Ahh!! sudah laa Leman.. lu jangan nak temberang sama gue.. abis yang gambar rakaman CCTV tu sapa punya muka.. kalau bukan muka lu.. takkan lu nak manafikan lagi..” balas Wak Parjo lalu mengkarate tayar beca pakcik Karim yang kebetulan berada di tepi balairaya tersebut sebagai menunjukkan kemarahan beliau yang berada di kemuncak....


“Gua mengaku memang gua ada lalu kat lu punya laut.. tapi gua tak curik lu punya ikan..” jelas Leman Kasau sambil melompat keatas bumbung kereta spy Penanggah sambil menggayakan aksi seekor kambing meragut rumput..


"Gua cuma tumpang lalu jer.. takan itu pun lu nak kecoh".. tambah Leman separuh menjerit dari atas bumbung kereta..


"Lalu aja nggak salah.. cuma gue rasa curiga ngape lu lalu dekat gue punya laut.. mengape lu nggak lalu dekat Lautan Hashim ka.. Lautan Mei Chew Utara ka.. itu Lautan Doraisamy pun lu boleh lalu..'' ujar Wak Parjo masih tak puas hati..


"Ceritanyer gini Wak.. masa gua pegi tangkap ikan dekat gua punya laut.. tiba-tiba gua punya ikan tenggiri sudah terlepas lari masuk dalam Wak punya laut...  sebab itu la gua terpaksa masuk dalam Wak punya laut sebab mau kejar dan bawak balik gua punya ikan tenggiri yang berada dalam Wak punya laut dan ikan tenggiri gua pun berpakat dengan Wak punya laut untuk menjual Wak punya laut pada tokey judi Bensen Tan," jelas Leman Kasau dengan bangganya sehingga menyebabkan hadirin yang hadir menjadi pening kepala bila mendengar penjelasan belaiu yang berpusing-pusing itu..


"Ooooo!!!.. begitu ceritanya yaa.. baru la Wak paham.. segala masalah ini berpunca dari lu punya ikan tenggiri... tapi mengapa tak bagai tau Wak awal-awal.. cilakak punya ikan tenggiri ada hati mau jual gue punya laut.. kurang ajarr ini ikan.. angkara lu nasib baik gue tak berperang sama ini Lemana Kasau.." luah Wak Parjo separuh menyesal diatas tindakan membuta tuli beliau menuduh Leman Kasau menceroboh laut dalam beliau.. lalu masing-masing pun bersalaman dan berpelukan riang sebagai tanda perdamaian di ikuti tepukan gemuruh oleh para tetamu yang hadir..

2 ulasan:

  1. Alangkah baguihnya kalo indonesia pun macam perangai si wak ni kan..last2 berbaik..

    Indonesia tu..haiiiiissshhh! geram betoi alu..karang aku karete bdk indonesia yang jual ikan pasar umah aku kang jadi kes pnderaan seksual plak..naya aku..
    huuuuuu

    BalasPadam
  2. wak parjo ni spesies wak yang baik.. hensem pun hensem.. wang pun banyak.. rumah pun besar.. awek pun bleh tahan ramai.. tp yang jahat tu geng wak porno.. perghh ni wak porno lg susah mau cerita.. dio punya ganas mengalakan jin afrit.. dah la tak hemsem miskin ler plak.. awek pun takda.. pantang silap sikit semua nak di bakar.. sampai kalau gaduh dengan kucing jiran pun habis kapal tangki kat laut dia bakar.. nasib baik dia tak jumpa blog gua ni.. kalau tak sia-sia jer blog gua ni jadi abu.. cilakaknyer wak porno!!..

    BalasPadam