Rabu, 1 September 2010

PANTUN MERDEKA RAYA..


SEMALAM.. masa gua tengah syok duduk kat rumah menghabiskan cuti Merdeka.. tetiba jiran gua datang nak mencabar gua untuk berbalas berpantun.. apa lagi gua yang pantang dicabar ni pun terus membakar mercun dan meriam buluh kira tanda setuju dan kitorang pun tanpa berlengah terus berbalas pantun sampai ke pagi.. kalau korang nak tau.. kerana pantun gua yang begitu simbolik dan sukar untuk ditafsirkan ini juga telah membuatkan jiran gua yang berbadan sasa dan berperut gendut itu telah dikejarkan ke hospital akibat diserang sesak nafas dan sengal kepala lutut.. 



Duduk melepak makan roti

Punyo la sodap sampai terleka

Patut la hari ni cuti

Rupa-rupanyer hari ni hari Merdeka


Pergi ke hutan memburu rusa

Sampai tersesat masuk sempadan

Sambutan tahun ni pun kurang terasa

Sebab sekali dengan Ramadan


Naik beca pegi Melaka

Singgah Linggi berenti makan

Walupun hari ni hari Merdeka

Ahh!! yang penting raya didahulukan


Buah mangga buah pauh

Dijual orang dalam pekan

Walaupun raya masih jauh

Marilah kita bershopping sakan..


Terasa pedas tergigit lado

Lado disimpan didalam cawan

Walaupun duit tengah tak ado

Pandai-pandai la pinjam kawan


Mamat Indon pergi bertapa

Duduk bertapa di diatas tikar

Kalau rasa-rasa tak tau nak buat apa

Mari la kita kira.. 1..2..3.. MERDEKAAAA!!


Budak-budak menjual nangka..

Nangka di kebas si anak gajah

Jangan jerit jer lebih.. MERDEKAAAA!!

Sedangkan minda masih dijajah..


Mari kita masak dadih..

Dadih di letak atas meja

Okey ler.. gua pun maleh nak cakap lebih..

Baik gua tido besok pun nak keja.. 


Haaa.. cukup ler setakat ni… memandangkan pantun yang gua cipta ni begitu panjang berjela kira-kira hampir 23jutaratus rangkap.. maka dengan itu cukup la stakat ni ajer pantun-pantun yang dapat gua muatkan dalam blog Penanggah ni.. nanti kalau gua letak semua dalam blog ni.. tak pasal-pasal nanti korang plak yang kena sesak nafas..

2 ulasan:

  1. berjuling-juling mata gua baca pantun lu..
    huuu

    BalasPadam
  2. itu lu baru baca rangkap yang ke sejutapuluh pun mata dah kena juling itik.. gua ingat kalau baca rangkap yang ke 18jutaratus.. silap2 lu pun bleh kena sembelit urat kentut.. hahaaa... merdeka!! merdekaaa!! mauduitkaaa!!

    BalasPadam