Rabu, 10 Jun 2009

KUCING JIRAN YANG JAHAT..


Berikutan dari permasaalahan yang diutarakan oleh member kito TehRasaCoke mengenai kejadian ngeri segerombolan kucing yang suko mencakar kereta beliau.. Disini gua ingin mengucakan tahniah diatas kejadian tersebut... dan tidak lupa jugak ucapan tahniah dan terima kasih kat kucing yang begitu berani mencakar kereta beliau yang dibeli dengan cara ansuran..


Terpanggil diatas permasaalahan tersebut..  disini gua ingin menghuraikan satu teori evolusi zimbado oleh Prof. Sheikh Miki Al-Dangduti dengan kitab karangan beliau yang terkenal dan juga menjadi bahan rujukan bagi pelajar darjah 4 di Uttar Pradesh yang bertajuk.. Kucing Garang Dari Perspekstif Sosial.. Ikuti salah satu petikan beliau dari kitab tersebut yang berbunyi..


Meeowww.. meooww.. meeeeooowww.... mmmeeeeooowwwwwwww.. meeow.. meeeeeeeoww.. meeeeoooowwwww.... emmmbeekkkkkk... meeoowww.. meeowww.. meooww.. meeeeooowww.. eemmmmbekkkkk.. meeoowww.. (page 5 muka surat 12)


Yang bermaksud... "Maka tersebutlah akan perkataan KUCING itu berasal dari kata nama Ku yang juga singkatan dari perkataan Kuku bukannyer buku mahupun duku.. manakala Cing adalah kataganda dari perkataan Runcing bukannyer cacing ataupun dacing.. lalu tigosuku perkataan tersebut di gabungkan lalu menjadi KuCing... oleh itu dio tidak ado kono mengono dengan keluarga kambing... atau dari spesis kuku kambing.."


Dengan adonyer ayat itu maka jelaslah bahawa kucing itu sejenis binatang yang mempunyai kuku yang runcing seperti peluru berpandu korea utara dan disebabkan keruncingan kuku tersebut.. maka timbulah keegoan si kucing untuk menunjukkan skill mencakar.. memanjat pokok.. tembok serta telibat dalam ekspedisi memanjat gunung everest..


Menurut seorang pakar zoologistika yang terkenal mengenai hal ehwal kucing termasuk kucing kurap.. dari Simpang Tiga Gombak puan Yultawati atau lebih dikenali puan Yun yang juga juara pakaian beragam selama empat tahun berturut-turut menyatakan.. "Kalau korang tak percayo cubo bilo korang jumpo kucing sedang lepak-lepak atau main-main kat tepi tanggo rumah cubo korang tarik ekor kucing tu.. kalau nak tau korang pegi klinik atau masuk hospital try ler buat dulu.. tapi kalau takdo tindak balas melampau.. itu menandokan kucing tu sakit jiwo.." jelas puan Yun sambil membelek-belek hadiah kemenangan yang beliau menangi tempohari..


Kalau masalah ini dilihat dari perspektif sosial.. kemungkinan akan menimbulkan satu keraguan munasabah.. bilomana mungkin kucing tehrasacoke telah dipengaruhi oleh alkohol akibat dari pergaulan bebas dengan kucing jiran sebelah rumah.. itu membuatkan kucing saudara akan mencakar atau mengencing kereta tuan dio sendiri.. hanya menunggu maso untuk melepaskan hajat di atas bumbung kereta saudara..


Salah satu hukuman yang setimpal diatas kesalahan tersebut yang turut  termaktub dalam akta kanun tanah negara adalah.. 

1. Hukuman buang daerah...

2. Penjara lapan tahun kerja berat.. dan

3. Melakukan kerja2 amal seperti mengecat balairaya atau menebas rumput di rumah ketuo kampung..


Pada pendapat kami.. memandangkan masaalah ini adalah masalah dalaman parti maka lebih baik perkara ini dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi parti dan diputuskan oleh presiden parti.. hanya dengan ini juga mungkin perjanjian damai dengan kucing jiran saudara akan dapat dicapai.. dan dengan itu juga kerajaan perpaduan akan dapat ditubuhkan tanpa sebarang halangan...

4 ulasan:

  1. BERITA 1
    --------

    Terima kasih saudaro Penanggah kerana sudi menjawab dengan panjang tak lebar perihal masalah kucing yang tiada berpenghujung rindu.

    Selepas membaca buah pikiran saudara dan mendapat nasihat dari Puan Sri Yunkosmowati yang memenangi juara pakaian retro (kalo shamsilawatibila ado jangan arapla) minggu lepas patik yang durjana ini terus kekedai mamak berhampiran untuk membeli sesuatu.

    Hasilnya memang menakjubkan. Kini kereta teman tidak lagi dicakar.
    -----------------------------------------------

    BERITA 2

    Disuatu sudut sebuah rumah. Beberapa ekor kucing sedang bermesyuarat sambil merintih...

    CAT 1: Cilako btol mamat ni...
    CAT 2: Ni bukan celako lagi, lahanat tol...
    CAT 3: Clako pun bukan, lehenat pun bukan ni,
    hampehhh tahap yahudi ni...

    Sambil menyumpah seranah ketigo-tigo ekor kucing malang tersebut menyaksikan cebisan semua kuku-kuku kaki mereka yang dipotong rapat oleh tuan mereka.

    BalasPadam
  2. woii..hang mmg berpengetahuan pasal kucing btul la..meeeooowww!

    BalasPadam
  3. Aku pun bengang ngan kuceng jiran aku tu... asik2 bagi hadiah kat umah aku... setompok perfium yang tahap keharuman dia... masyallah.. Wangieee... Kalo la aku jumpa siapa yang ampunya angkara ni tao la akibatnya... Pada kucing yang baca blog ni... awas kamu....

    BalasPadam
  4. hahaahaaaa.. kucing gua ler yang warna itam tu.. sejer jer gua upah kucing tu bagi hadiah untuk harijadi lu yang ke-70 hehee

    BalasPadam