Selasa, 16 Jun 2009

Aiii Nangis Ler Plak.. Relek Ler


KUALA LUMPUR 15 Jun - Seorang peragut menangis teresak-esak kerana gagal membayar wang jaminan RM10,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. - Utusan


KImbo!!.. siapo yang tak kenal mamat ni.. seorang peragut serta perempit kelas F yang begitu berjaya dan paling digeruni.. kalau kat kampung Geduhum Hilir sebut jer namo KImbo pasti diorang akan menggigil macam kena sawan babi H1N2C3.. sampai ado yang kancing gigi tigo empat hari... pendek kato orang lebih kenal si Kimbo dari ketuo kampung diorang sendiri.. sampai budak-budak tadika lebih hafal namo Kimbo dari sifir 24.. kira dah macam mentor ler taraf si Kimbo ni..  


Kehebatan si Kimbo merempit ni memang tak boleh disangkal lagi.. beliau pernah memenangi hadiah pertamo acara merempit beca dari kampung Bongek hinggalah ke Parit Buntar.. tu tak termasuk naib johan dalam acara merentas desa di Hulu Langat tahun lepas dan tempat tercorot dalam acara jalan itik semasa pesta menuai di Durian Tunggal malam tadi..


Kalau bahagian peragutan ni pun memang tiado sapo yang boleh lawan.. cakap jer sapo yang tak pernah jadi magsa si KImbo ni.. dari pakcik makcik sampai la ke budak tadika.. smuo pernah jadi mangso si Kimbo.. sampai lembu pakcik Mael Pomen pun pernah menjadi mangsa ragut si KImbo ni.. dan kalau ado kambing atau ayam orang kampung yang hilang tak payah la susah nak panggil polis atau CSI datang siasat.. dah sah-sah la ini smuo angkara si Kimbo lelaki bertato cipan berantai tu.. Begitulah hebat dan gahnyer Kimbo didalam bidang jenayah peragutan dan perempitan ni.. 


Satu hari gua terserempak ngan Kimbo tengah meraung2.. menangis-nangis kat tepi jalan ke pekan Langkap.. dengan perasaan yang berani-berani takut.. gua pun rapat ler kat ler mamat ni.. dalam hati risau gak mano la tau skali si Kimbo ni bagi backhand dengan tangan yang ado tato cipan berantai tu.. mau gua tersandar kat celah pokok pisang kat tepi longkang tu.. Lalu gua pun beranikan hati untuk bertanyo.. 


"Hello bro.. apo pasal lu menangis macam budak-budak tak dapat susu ni.. menyampah plak gua tengok.."


"Wuuaaaaaaaaaaa....... guanyer duit empat hinggit duo pluh sen nak boli apam balik dah kono ragut... wuuaaaaa.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan