Khamis, 2 Oktober 2014

MINYAK NAIK LAGI.. BESTNYER..


Badan bukan kerajaan (NGO) pemantau rasuah, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) hari ini mendesak ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas hutang 1MDB mencecah RM38 bilion dalam tempoh 5 tahun beroperasi.

"Rakyat Malaysia berhak untuk mendesak kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti pengurusan serta operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana yang digunakannya," kata Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan isu melibatkan syarikat pelaburan… -  TheM'sianInsider


Sedang gua syok membaca kisah kejayaan yang cemerlang dan terbilang 1MDB melonggokkan hutang piutang hingga ketahap hilang akal.. tetiba gua dikejutkan dengan berita ngeri ni.. adoiii potong stim betul ler..

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.. - SinarHarian


Bila gua baca jer berita ni.. tetiba perasaan gua terus jadi kacau bilau.. sekacau jiwa bos-bos di 1MDB.. tak tau nak cakap apa.. marah ada.. geram ada.. menyampah pun ada... walaupun gua tau ada diantara korang yang gembira bukan kepalang sampai melompat-lompat bila menerima berita ni.. alaa setakat naik 20 sen apa la sangat katanyer..

Sebenarnyer gua tak kisah pun kalau korang yang memuji atau menyokong kenaikan harga minyak ni… kalau korang nak buat sujud syukur pun gua takda hal.. lantak korang la.. cuma sama-sama la kita tunggu barang apa plak yang ikut sama naik lepas ni...

Yang pastinyer kenaikan 10 peratus harga minyak ni membuatkan kos perjalanan gua ke tempat kerja turut sama meningkat dari 10 hinggit menjadi 11 hinggit sehari.. bertambah seringgit.. itu sehari.. kalau sebulan.. setahun.. 20 tahun dah berapa.. tu tak termasuk lagi kalau gua balik kampung.. tak beribu peginyer.. dan sempena Hari Raya Korban ni sama-sama la bergumbira kerana berjaya dikorbankan oleh Tok Jib... padan dengan muka kita semua..

1 ulasan:

  1. 'harga minyak kita masih rendah jika nak dibandingkan dengan lain-lain cakrawala maupun planet di sistem suria kita penanggah'...

    BalasPadam