Jumaat, 10 Oktober 2014

GAJI NAK.. BERBAHAS TAK NAK..


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaiikan gaji para MP.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, menteri itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengancam pembangkang dalam isu tersebut.

"Saya tidak ancam pembangkang, kesemua pihak setuju dengan isu ini. Ketua pembangkang sudah bersetuju dengan perubahan gaji. Saya tidak ancam mana-mana pihak tetapi saya hanya menyampaikan... blaa.. blaa.. blaaa

"Kalau ada yang  bangkang kita takkan ubah dan lupakan terus perubahan gaji. Biarlah kita ikat perut...

"Pembangkang dan ketua pembangkang semua setuju perubahan gaji (dan) tambah peruntukan untuk pejabat dan pegawai penyelidik  mereka," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan merujuk kepada pendirian pembangkan ke atas cadangan untuk menaikkan gaji para MP pada 2012.. blaa.. blaa.. blaaa

Shahidan yang juga MP Arau berkata beliau tidak mahu menggunakan perkataan "kenaikan" kerana akan memberi persepsi negatif dan menyebabkan rakyat marah. Sebaliknya beliau meminta perkataan "perubahan gaji" digunakan oleh media untuk perkara ini.

Beliau berkata "perubahan gaji" itu tidak melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.

Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia. Beliau turut bercerita mengenai seorang MP dari Uganda yang terkejut dengan gaji rendah MP dari Malaysia itu.. blaa.. blaa.. blaaa... - M'siaKini


Sekarang mari kita tenangkan perasaan.. tarik nafas panjang-panjang sambil menggoyangkan pinggang ke kanan dan ke kiri.. dan sambil tu jugak cuba baca berita kat bawah ni plak..

KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli-ahli Dewan Negara ditegur berikutan kurang memberi sambutan untuk membahaskan usul-usul yang dibentangkan dalam sidang Dewan hari ini.


Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika membuat teguran itu turut menyatakan rasa terkejut kerana tidak ramai ahli Dewan Negara yang memberi nama untuk menyertai perbahasan.


"Kita ada enam hari lagi. Apa yang berlaku sampai senarai ini pendek? Mana bekas-bekas menteri dan timbalan menteri?.


"Yang baharu dan yang lain ini pun tidak terkecuali. Patut mengambil tempat dalam berbahas," katanya sebaik sahaja sidang Dewan Negara disambung semula selepas waktu rehat tengah hari.


Sidang Dewan Negara selama enam hari mulai semalam sehingga 1 Julai ini membahaskan enam rang undang-undang termasuk Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014, Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014, Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan... blaa.. blaa.. blaaa... - UtusanM'sia


Amboii.. kalau bab mintak naik gaji laju jer memasing... ada jer alasannyer.. sedangkan kerja pun tak seberapa.. dah la pergi parlimen malas.. berbahas pun taknak.. yang diorang tau hanya dok enjoy sakan sampai lupa diri dan membazir sana sini.. akhirnyer kitorang rakyat ni jugak yang menanggung.. dah tu dalam rakyat dok sebok menahan sengsara dengan kenaikan kos sara hidup.. diorang sedap-sedap jer mintak naik gaji.. banyak cantek..

Dan kalau dah tau gaji ahli parlimen kat M’sia ni paling ciput di dunia berbanding dengan gaji menteri kat Uganda tu.... apsal tak jadi jer menteri kat sana.. lagi pun sapa suruh korang terhegeh-hegeh menawarkan diri jadi pemimpin kitorang.. kitorang pun dah tak larat nak melayan kerenah pemimpin-pemimpin politik yang ada sekarang ni.. sesak nafas siutt!!

Bayangkan.. gaji ahli parlimen RM6,500 tak masuk lagi dicampur dengan elaun dan gaji sebagai menteri pun diorang rasa perit sampai kena ikat perut.. hinggakan orang Uganda pun terkejut beruk tengok slip gaji diorang.. bagaimana plak dengan kitorang ni.. yang gaji ciput bawah paras kemiskinan bandar.. gua rasa kalau orang Uganda tengok slip gaji gua mau ada yang koma lima nam bulan.. atau paling tidak pun pengsan lapan kali..

Cuma gua tak bleh nak dibayangkan.. kalau dah gaji menteri kat Uganda pun berganda-ganda tingginyer.. agak-agaknyer berapa la gaji tukan kebun dan cleaner kat sana yer.. mau lapan juta tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan