Selasa, 8 Julai 2014

RASANYER GERMAN ARGENTINA FINAL NANTI KOT!...


BELO HORIZONTE - Jerman akan bersemuka dengan permainan keras Brazil apabila dua gergasi bola sepak dunia bertentang mata di padang separuh akhir (awal pagi esok waktu Malaysia) dengan pasukan tuan rumah bertekad untuk memenangi kejuaraan kali ini buat penyerangnya yang cedera, Neymar.

Ketiadaan Neymar, dan ketua pasukan Thiago Silva, dalam perlawanan itu juga dijangka tidak mengurangkan bahang perlawanan, dengan jurulatih Jerman, Joachim Loew mahu membalas dendam kekalahan mereka kepada Brazil dalam perlawanan akhir 2002.


Pengendali Brazil, Luiz Felipe Scolari sudah melaungkan amaran awal bahawa pasukannya mahu meraih kemenangan ke atas Jerman biarpun tanpa Neymar bagi membolehkan tuan rumah hanya selangkah lagi untuk meraih kejuaraan keenam.... - UtusanM'sia


German gua sokong.. Brazil pun gua sokong.. Argentina pun sama gak gua sokong.. (nasib baik M'sia tak masuk.. klau tak terpaksa ler jugak gua sokong)... lagipun nak buek camno.. dah team fabret gua tu semuanya hebat-hebat belaka.. dan gua pun dah agak dah yang team diorang semua tu akan mara hingga ke separuh akhir dan terus menjulang Piala Dunia kali ni dengan jayanyer tanpa banyak halangan..

Tapi bila dah dah masuk peringkat separuh akhir.. dimana diorang terpaksa bertembung.. bertempur dan bergasak sesamo sendiri.. maka dengan rela hati dah tentu ler gua memberi sokongan tahap padu kepada team German.. lagipun gua memang teringin sangat nak tengok team German dan Argentina bertempur dan bergasak di final nanti..

Manakala dalam satu lagi pertemuan iaitu antara Belanda dan Argentina.. memang gua mintak maap la kat team Belanda.. gua rasa korang dah boleh la kemas-kemas barang apa yang patut.. pilot korang pun dah boleh la panas-panaskan enjin kapalterbang.. lagi pun gua pedulik apa dengan lu nyer orenje.. ada hati nak lawan Argentina konon sedangkan nak mengalahkan Costa Rica pun tercungap-cungap.. menang pun sebab penalti.. tu pun nasib baik ada penjaga gol import.. kalau tak lingkup.. tapi kalau lu dapat kalahkan Argentina pun gua tak kisah.. gua masih ada German atau Brazil.. huhhuhuhuuu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan