Rabu, 25 Jun 2014

KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LU..




BENTONG - Bagaikan langsung tiada kawalan. Demikian gambaran yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti penerokaan hutan di Pahang sama ada ia dilakukan secara sah atau haram ekoran banyak hutan telah digondol khususnya di daerah Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

Apa yang membimbangkan ialah penerokaan hutan secara tidak terkawal itu akan memberi ancaman serius terhadap sumber bekalan air mentah di negeri ini dan menjejaskan sumber air berjuta-juta penduduk Lembah Klang pada masa depan.


Semalam Kosmo! melaporkan mengenai kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai kemungkinan krisis air di Lembah Klang bakal berulang jika penerokaan hutan yang menjadi tempat tadahan hujan di Selangor dan Pahang tidak diurus secara lestari... – Kosmo


Yaaa.. teruskan Pak Menteri.. jangan malu-malu... buat la hutan belantara tu macam harta mak bapak lu sendiri... lu jangan risau gua serta seluruh rakyat jelata akan tetap memberi sokongan moral tahap padu yang tak berbelah bagi terhadap kerakusan lu tu.. dan kami semua mendoakan agar usaha murni lu untuk melingkupkan hutan belantara tu dapat dilakukan dengan cemerlang dan terbilang..

Dan kalau lu rasa masih jugak tak cukup dengan hutan yang ada tu... lu jangan ler malu dan segan.. lu datang jer ker negeri gua.. gua peratikan negeri gua pun masih ada gak kawasan hutan yang belum dikelokaikan lagi.. gua rasa kalau ler lu dapat bergabung tenaga dengan Pak Menteri negeri gua.. gua pasti hutan belantara sekangkang kera yang ada kat negeri gua tu dapat dilingkupkan dengan lebih pantas dan jitu..

* Sedang gua syok-syok menulis entri ni.. tetiba  kluar plak iklan Biodiversiti kat TV.. katanyer kerajaan Malaysia begitu komited dalam memelihara kepelbagaian bio… dan semua makhluk bergantung kepada kepelbagaian bio… dengan itu marilah kita sama-sama memelihara kepelbagaian bio.. blaa.. blaa.. blaa.. dan dalam hati gua berkata.. PEGI JAHANAM DENGAN LU PUNYA KEPELBAGAIAN BIO.. KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LUU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan