Jumaat, 25 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYO LA YOO..


Nampaknyer opis gua pun dah lengang.. ramai yang dah start bercuti.. dan mood gua nak bekerja pun dah semakin menipis.. datang opis hari ni pun hanya nak cukupkan syarat jer.. sama gak yang lain.. memasing gua tengok dok sebok berborak sambil menghayati lagu raya... ada yang borak pasal kuih dan baju raya.. ada yang borak pasal kapal terbang terempas.. ada yang borak pasal Palestin dan macam-macam lagi aktiviti bebas yang diorang buat.. okey la buat korang semua.. selamat bercuti layo..

Lagi satu.. untuk korang yang balik ke pantai timur melalui MRR2.. lebih-lebih lagi sebelah malam.. gua harap korang berhati-hati ler kalau berenti kat stesen petronas Taman Melati.. alaa yang kat sebelah balai bomba tu ler.. member gua malam tadi cermin keretanyer kena pecah.. kononnyer nak singgah kejap jer.. tengok-tengok habis baju dan biskut raya dalam bonet kena rembat.. menurut pak polisi rupanyer kawasan tu memang kawasan panas.. bleh kata hari-hari ada kes kereta kena pecah.. maka berhati-hati la yer.. dan sesambil drive tu korang layan la pantun kat bawah ni..

Pergi kepasar membeli ikan
Ikan disimpan di dalam tin
Bukannyer apo sejer jer gua nak ucapkan
Selamat Hari Raya Maap Zahir Batin

Anak berok mencari lokan..
Lokan di jual di dalam pokan..
Klau ado yang tersilap tu harap la dimaafkan
Dan mano yang termakan tu harap la dihalalkan..

Pagi-pagi pergi ke Langat..
Dari Langat terus ke Mantin..
Kalau beraya tu jangan ler over sangat
Ingat-ingat la jugak sedara kita di Palestine..

Anak kambing menjahit baju
Baju dijahit berpintal-pintal..
Haa klau drive tu bawak ler lelaju..
Mano la tau kok nak merasa berayo di hospital…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan