Khamis, 4 Oktober 2012
ORANG KAYO.. BAGI LA GUA AIR..
SIMUNJAN – Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam. Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu. – Kosmo
Umang aiii.. ini betul punyer marah... kalau ler ada sesaper yang terminum air tu.. tak dapek la gua nak cakap apo.. mau ada yang mati keras terbeliak bijik mato.. apa taknyer air beracun tu!!.. adoii.. apasal la mamat tu tak curahkan jer air sirap ker.. air limau ker dalam loji tu.. haaa sedap ler sikit..
Laaa.. patut ler mamat tu mengamuk sakan.. dah berbulan rupernyer rumah tak berair.. mau tak hangin satu badan.. saper yang pernah alami pengalaman ni tau la macam mano dia punya azab.. bagi gua biar la takda letrik jangan takda air.. bayangkan la kalau duduk kat apartment lima enam tingkat yang takda lift.. dah tu anak plak ramai.. perghh!! cakap pun tak guno.. mau ada bersilat.. tak larat siut nak memikul air dua tiga tong.. silap-silap kena dua tiga round mau body tu berketul-ketul macam Hulk Hogan..
Cuma yang gua tak puas hati ialah selama ni mati-mati gua ingatkan hanya Kelantan dan Selangor jer yang kering kontang.. rupa-rupernyer ada gak negeri lain yang tak berair.. kalau negeri miskin macam negeri gua tak heran sangat ler.. tapi ni negeri kayo.. minyak dan kayu balak melambak keliling pinggang.. dah tu bukan negeri jer yang kayo tapi dia punya pemimpin pun sama gak tak ketinggalan kaya-rayo.. beratus juta duit dalam bank.. sepuluh tahun pun tak habis kira.. tak percayo korang baca kat bawah ni..
Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia. Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara. Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta. Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.. - M'siaKini
Alaa.. gua tak terperanjat langsung la kalau harta anak-beranak pakcik Taib ni bertimbum mengalahkan Carlos Slim ataupun si Bill Gates.. tapi tak tau la gua kalau si Carlos Slim ataupun si Bill Gates plak yang terperanjat beruk bila tengokkan kekayaan pakcik ni dah mengalahkan diorang.. lagi pun apa nak diherankan.. memang patut pun pakcik Taib anak-beranak ni hidup kaya-raya tahap cipan dan mengaut segala harta yang ada.. takan korang tak tau.. bukan ke semuo tu dah termasuk dalam bidang tugas dia sebagai Pak Menteri..
Dan korang pun tak bleh la nak marah.. nak tuduh pakcik Taib tu kaki kelepet la.. kaki rasuah la.. bagi gua sebelum korang marahkan pakcik tu.. baik korang maki hamun diri korang dulu.. apa taknyer.. yang mencalonkan pakcik ni dah tentu ler bangang kelabu asap.. tak tau nak bezakan antara plastik dan kayu api… tapi masalahnyer korang sendiri yang sengal dan gatal tangan pegi mengundi pakcik tu buat apo.. kalau taksub sangat pun beragak ler.. ada ker disuruh musang jago reban.. mau tak melingkup..
Lagi pun cuba la korang pikir.. peluang dah depan mato.. lauk dah terhidang atas mejo.. pengampu dan penyokong pun sebok gak meraso.. jangankan pakcik Taib.. kalau gua jadi dia pun gua kelepet gak semua yang ado.. silap-silap dengan tayar-tayar beskal dan lampu kalimantang rumah korang pun gua rembat.. baru ler gua jadi Kasim Baba.. “Nasib baik kao panas.. kalau tak dengan kao-kao aku kebas”..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan