LONDON - Sukan Olimpik London ditutup dengan penuh warna-warni semalam selepas dua minggu menjadi tuan rumah kepada sukan terulung di dunia itu yang turut disaksikan jutaan penonton seluruh dunia. Presiden Olimpik, Jacques Rogge memuji temasya di London sebagai berjaya dianjurkan dalam suasana yang penuh meriah dan gemilang.
Sukan Olimpik 2012 menutup tirai dengan upacara persembahan selama tiga jam yang diserikan dengan persembahan kumpulan rock Britain, The Who di Stadium Olimpik London.
"Melalui komitmen fairplay, rasa hormat kepada lawan dan sanggup menerima kekalahan serta kemenangan, anda berhak untuk bergelar Olimpian.... - UtusanM'sia
Setelah puas bersukan.. berhempas pulas dari siang bawak ke malam... melompat sana .. berguling sini.. banting sana.. banting sini.. sampai ada yang terkehel urat keting.. akhirnyer pesta untuk si Mata Satu pun menutup tirai dengan jayanyer... Taniah la gua ucapkan pada yang menang.. perghh!!! kayo la korang lepas ni.. Dan tahniah jugak pada mereka yang tak monang termasuk para pegawai kerana berjaya melancong sakan selama dua minggu kat sana..
Ramai yang menggosipkan bahawa Olimpik London 2012 tahun ni merupaka satu upacara kemuncak bagi menyambut kedatangan Dajjal Si Mata Satu. Ini kerana dikatakan terlalu banyak unsur-unsur atau simbol-simbol zionisme, satanisme, freemason, iluminati atau kabbalist yang tonjolkan dalam upacara pembukaan tersebut.. Hinggakan gua yang menonton siaran pembukaan tu kat rumah pagi tu pun jadi pening.. Itu sebabnyer gua tak minat nak menonton acara penutup tu.. Sorry la Wenlock dan Mandeville.. gua lebih rela melayan mimpi dari melayan lu berdua orang kat TV..
Tak tau la sama ada itu semua telah dirancang hanya kebetulan jer.. Tapi kalau ditengok betul-betul pada acara pembukaan tersebut, ada gak betulnyer dakwaan diorang tu. Dan gua pun tak paham dengan perangai si Wenlock dan si Mandeville ni.. Hebat sangat ker mamat dua ekor ni sampai ada hati nak menyebok masuk sukan olimpik tahun ni... Lagipun sukan apa plak malaon berdua tu nak masuk. stakat acara gasing pangkah dan acara lumba kuda kepang gua rasa bleh la kut...
Terus terang gua cakap.. gua memang boring tengok muka si Wenlock dan si Mandeville tu... dah la tak hensem berlagak plak tu.. kalau diikutkan sebenarnyer mamat dua ekor ni la yang digambarkan sebagai simbol Dajjal si Mata Satu tu.. Cuba korang peratikan nama si Wenlock dan Mandeville si Mata Satu yang menyamar sebagai maskot Olimpik tu betul-betul.. Kalau tengok sekali imbas memang takda apa-apa yang pelik pun.. Ini kerana nama dua ekor maskot itu diambil dari nama dua buah daerah di England.. iaitu Wenlock diambil dari nama kota Much Wenlock di Shropshire manakala Mandeville diambil dari nama Stoke Mandevill di Buckinghamshire..
Sama seperti logo Olimpik London 2012.. dimana jika nombor 2012 itu di putar terbalikkan maka akan menjadi perkataan ZION.. begitu jugak dengan nama si Wenlock dan si Mandeville ni.. Tak percaya cuba nama kedua-dua maskot itu dipecahkan.. iaitu Wenlock = We Unlock manakala si Mandeville = Man Devil.. Dan yang uniknyer jika nama kedua-dua ekor malaon tu disatukan maka ia akan menjadi ‘WE UNLOCK MAN DEVIL '.. Itu sebabnyer gua terpikir dalam banyak-banyak tempat kat sana.. apsal nama itu jugak yang dipilih.. tentu ada muslihatnyer...
Camnopun gua mintak maap la yer.. gua ni bukan pandai sangat pun bahasa orang putih ni dan gua harap korang pandai-pandai la pikirkan maksudnyer yer.. tapi kalau ikutkan dari tafsiran Kamus Dewan Bahasa Planet Zuhal pada muka surat 207 peringgan ke-8 ia bermaksud ‘Kami Tak Kunci Lelaki Setan’ ataupun lebih kurang ‘Kami Membebaskan Si Dajjal’.. tak tau la gua betul ker tak.. tapi kalau kamus tu tipu kira gua pun tipu gak la..
Elloo.. Wenlock dan Mandeville.. gua cabar lu.. kalau lu hebat sangat jom la kita lumba lari dalam guni dari Perlis sampai JB.. kita tengok siapa champion..
Simbol piramid yang terpacak megah kat atas stadium.. dah tu ada plak lagi segitiga kecik kat puncak piramid tu.. kira seakan itu adalah mata yang memerhatikan diorang sedang bersukan..
Ini bukan tarian tiang atau pun tarian tor-tor.. Ini la dia tarian yang dikatakan seakan dengan tarian Dewa Ra atau Dewa Matahari.. alaa Tuhannya kaum pagan yang berlagak macho tu..
Terimokasih la pokok Ghorqod kerana menyelamatkan kitorang.. tapi lu ni kalau gua buat perabot pun okey gak per..
Tu la pasalnya..memang semua ni bukan kebetulan..Ini betul-betul ni..apa fungsi pokok Ghargad tu pun aku xtau..menyibok jee..
BalasPadamMemang tak guna betul deme ni semua..huiii!!!
pokok ghargad masuk acara lari tiup belon.. tp sempena ari baik bulan baik ni mari la kita bermaap-maapan dengan pokok ghargad tu.. buang la yg keruh ambik yg jernih..
Padam