Jumaat, 6 Julai 2012

DAH MACAM FILEM TAMIL LER PLAK..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung... dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri... blablaa.. blablaablaa.. blablablaa.. blablaa.. blablaablaa.. blablablaa..

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya. - M'siaKini


Gua rasa okey gak idea Dr. M ni.. dah macam cerita tamil yang pernah gua tengok kat TV dulu plak rasanyer.. sorry la gua lupa plak tajuk tamilnyer.. tapi klau versi hindustan nama filem tu Nayak dan heronya si Anil Kapor..  kisahnyer ialah bagaimana si hero yang juga sorang wartawan tv dengan berani telah membongkarkan skandal salah tadbir sorang ketua menteri yang terlibat dengan salah guna kuasa.. rasuah.. gangster dan macam-macam skandal lagi ler termasuk mencurik kambing dan basikal orang kampung..

Lalu ketua menteri jahat yang tak puas hati dengan si hero yang berlagak berani tu terus mencabar si hero supaya menjadi ketua menteri selama sehari.. supaya hero yang banyak songeh tu rasa sendiri macamana susahnyer menjadi sorang menteri yang terpaksa bersengkang mata semata-mata nak menjaga kebajikan rakyat.. lain kali jangan tau mengkritik jer....

Apa lagi si hero tu pun dengan selamba terus menyahut cabaran tersebut untuk menjadi menteri sehari.. satu kerja yang tak pernah dibuat dek orang.. walaupun kerja tak bergaji tapi dengan kuasa menteri sehari yang beliau ada.. si hero sendiri yang pergi menangkap dan melanyak semua kaki-kaki rasuah yang ada dalam kerajaan termasuk si ketua menteri sendiri..

Korang bayangkan la itu baru sehari jer hero dapat jadi menteri.. kalau lima hari tak tau la berapa ramai yang beliau hambat.. melihat perangai hero yang berlagak poyo tu membuatkan si ketua menteri jahat tu rasa tak puas hati.. lalu membunuh kedua ibu bapa si hero dengan meletopkan rumah beliau hingga tinggal rangka...

Ini membuatkan si hero menjadi marah.. lalu beliau pun mengatur gerak untuk membalas dendam terhadap si ketua menteri yang jahat tu.. maka berlaku ler satu pertarungan one by one yang sungguh dasyat sehinga sukar  hendak digambarkan dengan kata kata.. cerita tu memang sadis sampai gua pun hampir-hampir jer nak menghempaskan tv 14 inci gua tu akibat terlalu geram dengan perangai hamlau menteri jahat tu.. ceh!! sebenarnyer gua bukan nak menghasut.. tapi untuk tau lebih lanjut cerita tu korang tengok ler sendiri filem tu..

Nak buat macamana... politik M'sia pun dah macam filem tamil.. kecoh tak habis-habis.. banting sana.. banting sini.. yang sana nak tunjuk tarian.. yang sana nak tunjuk lawak.. last-last rakyat yang pening..

5 ulasan:

  1. apo y gkau merepek ni bai? takkan tak boleh nilai yg baik dan yg buruk? akal kan allah dah bagi..fikirlah...pening-pening kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. okeyyy... trimo kasih bebnyak la gangstar krana sanggup membuang maso memoningkn kepalo baco blog gua ni..huhuhuuu..

      Padam
    2. tak ada peningnyer!lu buang masa je tulis cerita macam tu wat apa? lu ada tugas lebih penting lagi dalam hidup ini! untuk ISLAM!

      Padam
  2. Gangstar..

    Ini blog kelakau la brader..blog kelakau pasal macam-macam hal..wat pe nak pikir byak..

    Weh Penanggah..

    Kalau lu nak tau..gua pun layan crita tu..kalau lu nak hempas tv 14 incik lu..gua rasa mcm nak penendang piring Astro gua yang bercabang dua tu..Gua tension tgk Anil kapoor punya tere sangat dalam masa sehari ja dia boleh stel macam-macam hal sebgai menteri..Obama pun tak mampu wat lagu tu..Wakakakkakakakak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangn la marah2 miss poyo.. biarla bro gangstar tu nak berfikir ker.. nak apa ker.. garang gak lu ni yer miss poyo.. lu btul2 bikin gua gerun ler..

      Miss poyo.. dlam criter tu gua x marah sangt dengan si anil kapor tu.. tp yg pling gua hangin dengan menteri jahat tu ler.. ada ker senang2 jer bagi kuasa kat hero.. memang kena kitai ler.. bodoh ler menteri tu kan? kan?.. eeee geramnyer sampai hari ni..

      Padam