Isnin, 23 Julai 2012

SALAM RAMADAN.. REHAT LA KEJAP..

PUTRAJAYA  - Pakatan pembangkang perlu mengotakan janji mereka untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, dalam hal tersebut pihak pembangkang perlu melaksanakan apa yang mereka maksudkan dan bukan sekadar memberi janji manis semata-mata.

"Saya harap mereka akan buat seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman di sini malam tadi... - UtusanM'sia


Walaupun dah agak terlewat tapi camno pun gua tetap gak nak ucapkan Salam Ramadan kepada semua pembaca blog yang entah apo-apo ni.. walaupun cuaca tak berapa nak menentu.. tapi itu semua tak menjadi halangan untuk kita semua meneruskan ibadat puasa.. dan gua tengok pasar-pasar Ramadan di seluruh negara termasuk kat tempat gua pun bleh tahan gak dia punya meriah.. sampaikan ada yang tak menang tangan nak menjinjing makananan... biaso la kalau dah ada kat situ semuanyer nak dibeli.. klau boleh dengan tokey-tokey pasar tu nak diangkut sekali..

Memandangkan 1 Ramadan kali ni jatuh pada hari Sabtu.. maka dengan gumbiranyer dapat la gua meluangkan masa menyambut puasa bersama keluarga di kampung.. biaso kalau kat N9 sebelum puasa tu diorang akan menyambut mantai puaso.. ikutkan dulu maso gua bebudak klau time nak menyambut puasa ni dia punyo meriah mengalahkan macam nak sambut raya.. siap ada yang sembelih lembu.. buat lomang dan rendang sekali.. cumo takda bunga api ngan mercun jer.. tapi sekarang dah kurang la sikit dia punya meriah.. mungkin yang tingal kat kampung pun orang-orang tua jer kut.... kalau masak beria-ia pun sapa la yang nak makan..

Tapi yang tak bestnyer gua tengok orang-orang politk di negara kita ni nampaknya seperti tidak mengenal Ramadan.. masih ada jer yang tak kena.. cuma harapan gua di sepanjang Ramadan ni diharap diorang semua dapat melakukan GENCATAN POLITIK buat sementara waktu.. bagi la peluang rakyat negara ni beribadat dengan tenang serta merehatkan kepalo otak diorang semua dari cerita-cerita politik yang semakin merapu meraban tahap enam di sepanjang bulan yang mulia ni..  lepas tu kalau nak bergasak.. banting sana.. banting sini sampai pengsan pun gua tak kisah.. lantak korang la nak melingkup!!!..

4 ulasan:

  1. Awat kampung aku tak buat macam kampung hang??Meriah semacam ja..hahhahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau dulu2 tu meriah ler.. tapi sejak diorang dah berjiwa urban dan diresapi budaya K-Pop ni suasana tu dah sendu skit ler..

      miss poyo.. kalau nak meriah suruh ler ketuo kampung lu panggil geng sarkas buat pertunjukn.. pasti gempak derr!! huhuuhuhuu

      Padam
  2. alo penanggah, bilo nak pkeno teh tarek king laiee... gua dengan rambut busar dah menggigil nih...

    BalasPadam
  3. gua no hal.. lagi pun dah banyak lawak yg tersimpn ni.. tak termasuk lawak nadir bumi.. tp klau stakat kena teh tarik skarang pun bleh.. hihihihiii..

    BalasPadam