Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan. Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.... - M'siaKini
Ini yang susahnya bila hidup menjadi hamba kepada harta.. masa takda harta sebok mencari harta.. berdoa siang malam semoga dilimpahkan harta berimbun-timbun.. dan sepatutnyer bila doa tu dah dimakbulkan Tuhan dengan melimpahkan harta yang berjuta-juta hidup kita bertambah bahagia.. tapi masalah lain plak yang timbul.. harta yang dicarik siang malam tu plak yang membuatkan hidup kita diselubungi bahaya dan ketakutan.. tak ker giler..
Dan itulah masalah yang sering menghantui ramai orang-orang kaya kat dunia ni.. dah la siang malam dok sebok memikirkan bagaimana nak menambahkan harta.. tapi bila dah kayo.. duit dah berkarung-karung tetiba plak hidup menjadi tak keruan.. sebok plak memikirkan sampai tak tidor malam bagaimana nak menjaga dan menyelamatkan harta yang ada dari dicurik.. tapi yang paling spoil bila ada plak malaon yang muncul menyuruh mengistihar segala harta yang bertimbun tu kat SPRM.. adoii!! potong stim betul ler..
Cuba kita tengok bagaimana selambernyer pakcik Robert Kuok Si Raja Gula yang memiliki rangkaian hotel Shangri-La dengan harta bertimbum-timbun lebih kurang US$12.5 billion mengisytiharkan harta beliau.. itu tak masuk lagi si Ananda Krishnan tokey Maxis termasuk ler Astro.. syarikat judi Pan Malaysian Pool serta Tanjung Golden Village (TGV) tempat korang melepak tengok wayang.. harta dia pun dah US$9.5 billion..
Kita tengok plak uncle Quek Leng Chan tokey Hong Leong Bank.. harta dia pun ada US$4.8 billion manakala harta pakcik Teh Hong Piow towkey Public Bank.. harta dia jer dah US$4.7 billion tak masuk lagi si Yeoh Tiong Lay boss YTL Group ada US$2.7 billion.. manakala pakcik Syed Mokhtar Al-Bukhary antara orang Melayu terkaya kat M'sia.. tak silap gua dia pun ada US$2.5 billion... dan kalaulah semua kepalo otak jutawan-jutawan tu berpikir macam si Nazri.. gua rasa dah lama majalah Forbes tu melingkup kena saman..
Untuk semua ahli-ahli politik termasuk la pak-pak menteri kat M'sia ni.. korang jangan risau la.. gua ni bukan nak pun harta dan duit korang yang bertimbun tu.. harta gua kat Kenya pun tak habis makan.. itu belum kira lagi hartanah gua yang berbillion kat Uganda.. tu yang gua malas tu.. nanti klau gua cakap lelebih korang kata gua ni riak plak..
Alaa gua pun tak heran la kalau semua pak menteri dan ahli politik kat M’sia ni ada duit berjuta-juta kat dalam bank.. gua paham sebab tugas-tugas mengumpulkan harta sebanyak mungkin tu dah termasuk dalam pakej tugas-tugas sorang menteri dan ahli politik... kalau tidak takan la diorang sanggup bergaduh dan bertegang urat.. banting sana.. banting sini.. malah ada yang sanggup membunuh dan menggunakan wang semata-mata nak mendapatkan kuasa.. kalau bukan kerana nak rebutkan benda ni.. iaitu HARTA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lu ternak cicak tokek jer la.. mana tau leh kayo......
BalasPadamyeehh yeahh esk cuti..........
bela cicak tokek x untung la.. sekilo baru 2 hinggit 80 sen.. ternak biawak komodo lagi copek kayo.. harga dia sekilo jer dah sama dengan harga 7 lori pasir lombong..
PadamGua punya harta yang bertrillion kat Bank di Planet Pluto tu pun gua tak takut pon nak istiharkan..takat billion2 tu apala la sgt..tu pun pak2 menteri nak tkut smpai trkncng2..tuiiiii!!
BalasPadamperghh x sangka miss poyo lu pun kayo gak rupanyer.. ada bertrilion duit dalam bank.. gua ingat gua sorang jer yang paling kayo dalm dunia ni.. haa cam ni baru la kita bleh jadi kawan..
Padammiss poyo gua ingat ladang getah gua yg 200 ekar kat planet zuhal tu gua nak hadiah kt lu jer laa.. susah sngat nak gi menoreh.. jauh sangat..