SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM2.71 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi manfaat rakyat di Selangor sepanjang tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan itu telah dilulus dan dibelanjakan di negeri ini meliputi projek di bawah Rancangan Malaysia kesepuloh (RMK10) dan projek-projek khas yang merupakan tambahan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Beliau berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan pelaksanaan projek yang diluluskan secara terus daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hasil lawatan kerja ke negeri ini yang dimohon oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membabitkan jumlah keseluruhan RM16.95 juta.. - UtusanM'sia
Caya la Selangor.. beruntung betul korang.. walaupun negeri korang kaya-raya malah dah pun mencapai tahap negeri maju.. tapi masih lagi dibelai manja oleh abang Ajib bagaikan menatang minyak sawit yang penuh.. tengok.. senang-senang jer korang dapat peruntukan RM2.71 bilion.. memang tak sia-sia korang pangkah pembangkang masa pilihanraya dulu.. begitu jugak gua tengok kat Penang.. bertalu-talu peruntukan disalurkan oleh abang Ajib ke sana.. sampaikan diorang terpaksa menolak.. tak larat nak mengira duit katanyer...
Cuba korang tengok negeri lain yang beria-ia mengampu serta mengundi abang Ajib dulu.. tanya diorang apa yang diorang dapat dan berapa banyak peruntukan yang diorang terima.. kalau hanya setakat dapat dua tiga billion sama seperti Selangor negeri pembangkang... gua rasa memang tak tak berbaloi.. dan kalau kurang lagi daripada tu.. lagi la hina.. buat letih tangan jer mengipas abang Ajib siang malam...
Untuk negeri gua plak.. gua pun tak tau berapa banyak peruntukan yang abang Ajib bagi.. dan gua memang berharap sangat peruntukan yang lebih besar dari abang Ajib untuk negeri gua tu.. nak harapkan tokey lembu fidlot yang bagi lagi tak payah.. kena kelepet lagi ada... korang tau jer ler negeri gua tu.. nak kata kaya-raya tu memang tak da la.. dan nak kata sampai ketahap negeri maju pun gua tak nampak lagi dia punya kelibat.. tapi tahap pemimpin kaya-raya mengumpul harta gua tengok dianyer KPI dan NKRA memang dah lama tercapai..
Mungkin agaknyer penduduk di negeri gua tu perlu mengundi pambangkang dulu kut.. baru la abang Ajib nak bukak mato dan terhegeh-hegeh nak menyalurkan peruntukan berbillion ringgit... atau pun mungkin negeri gua ni kena diperintah oleh pembangkang dulu baru ler jalan-jalan yang menyesakkan nafas penduduk kampung terutama di musim cuti iaitu dari Serembam ke Pilah dan Bahau hingga ler ke sempadan Pahang dan jugak jalan Seremban ke Tampin hingga ke Gemas akan menjadi empat lorong..
Atau pun setelah negeri gua jatuh ketangan pembangkang baru ler pak menteri serta geng Aduan Rakyat dan Titik Sentuhan akan berlumba-lumba mencarik orang kampung untuk menyelesaikan masalah diorang.. atau pun setelah negeri gua diperintah dengan baik oleh pembangkang baru ler pak menteri dan media-media pengampu akan terpekik terlolong hendak bercerita tentang kemiskinan dan pembangunan.. kalau gitu ler caranyer.. memang hampehhh!! dan cuba korang baca berita kat bawah ni..
JEMPOL 21 Dis. – Ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.! Itulah situasi dialami penduduk Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah lama menunggu.
Lebih mengecewakan, mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut seperti tidak diendahkan kerana tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah mengemukakan masalah itu sejak empat tahun lalu. - UtusanM'sia
Betul tak gua cakap.. negeri gua tu memang miskin.. tengok sampai nak beli lampu jalan pun tak berduit.. tapi kalau gua jadi abang Ajib senang jer.. gua suruh jer orang Felda Lui tu pasang pelita raya bebanyak kat tepi jalan tu.... settle masalah.. jimat pun jimat.. cantik pun cantik.. gua rasa tak sampai pun RM100 juta..
Khamis, 22 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lambek laie lah jang.. dah namo negeri sembilan, ni baru negeri satu.. sabar lah.. ikut turn! tapi bab lampu jalan pakai pelita tu aku tak berapa berkenan! kau tau je lah kereta sekarang bukan main ranggi dan banyak di jalanraya.. sekali mustang gua lalu jalan lama balik ayer paabas, abih borgolap! eksiden sana sini.. dah nak kiena buat banyak hospital!
BalasPadammasalhnyer tompek gua tu la negeri satu.. ni balik2 smua projek hantar kat negeri enam dan negeri lapan.. mano la gua x hangin... klau camni nampaknyer terpaksa la gua pindah kt kampung ayer pa'abas.. lg pun gua dengar kat sana ramai awek2 cun..
BalasPadamnegeri gua tu dapat peruntukkan byk pun yg untonngnya mamat mata sepet ja..yang keturunan pan asia mcm gua mana dpt untung pun..tak lama lagi gua kna lari dok kedah kot sbb tanah kmpung gua hbis dorg sapu secara paksa2 mnja..hahahahahhahaa
BalasPadam