Khamis, 10 Mac 2011

THE MEMOIRS: YANG SADIS LAGI KEJAM..

Memandangkan Dr. M baru jer melancarkan buku memoir beliau bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.. maka gua pun taknak jugak ketingalan akan turut sama melancarkan memoir gua yang berjudul Spy Penanggah Memoirs: One Day In The Kebun Pisang.. yang akan dilancarkan dari pusat pelancaran kapal angkasa di Mexico petang besok..

Buku memoir setebal 2,549 muka surat ini telah mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.. dan ia adalah mengenai pengalaman pahit manis spy Penanggah sewaktu tersesat di sebuah kebun pisang di Bidor dua hari lepas.. bagi mengelakkan kepala otak pembaca menjadi krem.. maka memoir dwi bahasa ini akan di sampaikan dalam beberapa fasa dan bab yang mudah difahami..

The cipan have to plan mencurik buah pisang in the kebun pisang Pak Karim.. entah macam mana Pak Karim tersee the cipan sedang tercangak-cangak in the semak... apa lagi Pak Karim the macho man from Kampung Rungkup not wasted the time dan terus menghambat the cipan around the pokok pisang and tarik telinga kiri of the cipan.. and give one free flying kick at the cipan kerongkong…

Kalau di perhatikan pada fasa ke-2.. bab ke-5 .. peringgan ke-72 rangkap ke-8.. memoir ini mendedahkan bagaimana Pak Karim telah bertarung dengan seekor cipan yang cuba mencurik setandan pisang di kebun tersebut… namun dengan tindakan pantas beliau itu telah membuatkan si cipan yang jahat tersebut terpaksa ditahan reman serta meringkuk di dalam lokap..

Kengerian memoir ini diteruskan lagi.. kalau diperhatikan pada fasa ke-3.. bab ke-22.. peringgan ke-7 dan rangkap ke-90 memoir ini menceritakan bagaimana Leman Kuntau pemandu lori pisang cuba melanggar Limah Ramping anak tokey kerepet pisang dari Tapah kerana menolak cinta beliau..

Leman Kuntau love Limah Ramping half of dead.. but Limah Ramping not love him.. because Limah Ramping syok plak kat Nuar Mastika tapi Nuar Mastika have not love and layan Limah Ramping very much because Nuar Mastika dah bertunang already with somebody.. Leman Kuntau is very angry when Limah not membalas cinta beliau.. oh my God.. tetiba Leman terus memecut the lorry pisang very fast like the thunder.. he want to langgar the Limah Ramping but Limah Ramping sempat mengelak and the lorry Leman Kuntau pun terus terbabas in the semak..

Itu ler seba sedikit antara intipati memoir yang penuh dengan adegan suspen.. ngeri.. kejam serta diselang-selikan dengan nyanyian merdu oleh beberapa penyanyi terkenal ini yang sempat gua ulas secara ringkas.. klau korang nak tau lebih lanjut korang kena ler dapatkan memoir yang berharga RM2.50 yang turut diedarkan oleh tokey-tokey cd cetak rompak di pasar borong yang berdekatan sebelum kehabisan..

Dan seperti Dr. M.. gua pun turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan disaman oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati di atas pendedahan berani mati memoir gua ini.. terutama Pak Karim penjaga kebun pisang dan Leman Kuntau pemandu lori pisang serta Limah Ramping anak tokey kerepet pisang.. atau pun si cipan pencurik pisang yang jahat itu..

5 ulasan:

  1. hahahhahahaha...
    Adoila....
    dalam masa 2 hari ja lu kt kebun pisang tu,lu dh saksikan mcm2 peristiwa noh..hahahhaa

    BalasPadam
  2. hahahaaa.. memang pun.. klau ikutkan kisah pertarungan antara si cipan ngan pak karim pun ambik masa 3 hari 2 malam.. tp terpaksa ler gua pendekkan jadi stengah hari jer.. tu yg si cipan x puas hati ngan gua tu... huhuhuuuu..

    BalasPadam
  3. gua dah baca lu punya memori kebun pisang... eh memoir ke memori? ah lantaklah.

    dari pemerhatian gua, lu tertinggal beberapa
    pelistiwa penting ataupun lu manyak takut
    mau tulis itu seperti peristiwa berikut:

    1. nizam mengkarate satu apek dengan jurus siku
    kuntau diatas bonet sebuah kereta ditaman shamelin...

    2. tragedi dibulan romadon. kengkawan masuk pintu blakang kedai, tunggu ayam goreng sambil
    mengepit akbar tamil interlok nesan.

    3. itu najeli matsaleh kena kungfu dengan woksidi sampei terkluor garisan...

    BalasPadam
  4. haha!! agak-agak limah ramping rambut menggerbang malam pekan ipoh macam kak limah enjit-enjit semut tak?? pergh.. nuar mastika memang idola gua, gua nak vote dia masuk kacak bergaya dan akedemi imam muda season depan!!

    BalasPadam
  5. tehrasacoke.. gua arap lu sabau ler sikit.. kisah trgedi di bulan ramadan tu gua akan kluarkan dalam memoir gua yang ke-18.. spy penanggah: Memoir Kuala Lumpur Dihatiku.. yg akan dipasarkan dipasar malam berhampiran..

    Woii Nazie 666.. berani lu sebut nama nuar sama gua.. gua memang x puashati dengan nuar tu.. termasuk ler si nuar mastika.. dah ler muka x hensem.. pecah rumah.. nak mintak DNA pun kedekut.. cehh!!

    BalasPadam