Khamis, 6 Januari 2011

BILA SAHAM TERUS MELONJAK..


KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan terus mengukuh pada hari ini apabila terus melonjak ke paras terbaik dalam tempoh tiga hari berturut-turut. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 14.28 mata atau 0.9 peratus kepada 1,566.17 mata di akhir dagangan. FBM KLCI merekodkan paras tertinggi setakat ini pada dagangan tengah hari apabila mencecah paras 1,571.85 mata. - Utusan M'sia

Walaupun dalam minggu ni kita dikejutkan dengan kemelut dan konflik politik di Selangor berkenaan dengan isu perlantikan pakcik Kabi Khusrin Kabi Nawi sebagai Setiausaha Syarikat Getah Keping Maju Lantun Sdn. Bhd.. namun semua itu tidak menghalang kenaikan harga saham di Bursa Saham KL yang dilihat telah menunjukkan keangkuhannyer dengan berjaya menokok 276 mata atau 75.55 peratus kepada 1,254 juta mata pada saat-saat akhir pada masa tambahan sebelum dagangan ditutup malam tadi..

Malah saham Ubi Kayu yang didagangkan agak lengang pada awal pagi dilihat begitu garang pada waktu makan tengah hari dan terus naik mencanak-canak sebaik saja waktu minum petang walaupun cuba di himpit rapat oleh saham Kangkung yang bermula agak garang pada awal dagangan dan semakin melemah pada waktu senja akibat kekurang tenaga batin...

Malah saham Pucuk Paku yang tidak berpuashati diatas prestasi saham Ubi Kayu dilihat cuba berpakat dengan saham Kangkung dan saham Terung serta saham Sawi bagi menghambat saham Ubi Kayu dari belakang.. nampaknyer usaha mereka ini telah gagal apabila tayar basikal saham Pucuk Paku secara tetiba telah tercabut dan terus terbabas sewaktu hendak membuat koner baring diselekoh merbahaya dihadapan bangunan MPAJ..
Pandan Indah ..

Pakcik Kabi Khusrin Kabi Nawi merangkap Setiausaha Syarikat Getah Keping Maju Lantun Sdn. Bhd. dilihat telah sudi mencemar duli untuk menyampaikan hadiah kemenangan tersebut kepada saham Ubi Kayu dengan menyampaikan hadiah berupa tiub basikal dan pisau getah cap kambing.. hadiah ini adalah bagi menghormati saham Getah yang dilihat akan mengganas dalam beberapa hari ini berdasarkan prestasi injin 4 lejang yang digunakan oleh saham Getah bagi melonjakkan harga getah ke paras yang lebih merbahaya diperingkat antarbangsa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan