Isnin, 18 Oktober 2010

KAMI PENUMPANG BAS.. BUKAN PENUMPANG NAHAS..


KUALA LUMPUR - Nahas bas ekspres meragut 13 nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat pada Ahad lalu langsung tidak memberi pengajaran kepada sebahagian pemandu bas ekspres lain. Pemandu bas-bas ekspres seolah-olah tidak mengambil peduli tentang kemalangan ngeri tersebut walaupun pihak polis mengaitkan nahas itu dengan faktor kenderaan dipandu laju... - Utusan M'sia

Sekalung tahniah gua ucapkan kepada pemandu bas Lintang Ekpres iaitu pakcik Leman Kasau yang berjaya mengekalkan kelajuan tahap tinggi iaitu 235kmj sewaktu memandu bas 3 tingkat beliau dari Teriang ke Tapah untuk bersarapan pagi dan pergi pula ke Pagoh untuk menghantar sahabat baik beliau pakcik Usin sekeluarga pulang ke kampung dan balik semula ke Tapah untuk makan tengah hari dan terus meluncur laju ketahap maksima sewaktu pulang ke Teriang untuk bermanja dengan ahli keluarga tanpa dapat dikesan oleh radar tentara Nato di Afghanistan..

Kehebatan beliau memandu bas terutama sewaktu melayan selekoh di Merapoh dan Bukit Putus amat dikagumi pihak JPJ.. dan dengan mengekalkan nombor pendaftaran palsu WXX 0x26xx.. beliau telah berjaya mengekalkan rekod pecutan tahap gigil untuk tujuh tahun berturut-turut tanpa dapat diganggu-gugat oleh pemandu bas lain pada pertandingan lumba bas sekolah 5 sebelah sewaktu Sukan Komenwel di New Delhi minggu lepas..

Malah beliau hampir saja menggondol pingat emas dalam acara 4X400 meter berganti-ganti lumba teksi pada temasya sukan tersebut namun dibatalkan saat akhir akibat gagal dalam ujian dadah.. dan pihak juri terpaksa menyerahkan kemenangan tersebut kepada Selvadurai a/l Maniam seorang pemandu kereta api dari India yang dilihat agak berdisplin dan bersopan santun dalam acara tersebut lebih-lebih lagi melihat kejayaan beliau memenangi ujian saringan lumba kereta api 7 sebelah sewaktu pesta menuai di Madras bulan lepas...

Kerana tidak puas hati diatas tindakan pihak juri tersebut.. Leman Kasau secara bersendirian telah membuat satu demontrasi besar-besaran dengan berguling di lereng Bukit Putus sebagai tanda protes .. melihat tindakan Leman Kasau yang begitu berani dan tegas.. membuatkan pihak juri berasa bersalah yang teramat sangat.. dan mereka terus berjumpa Leman Kasau untuk meminta maaf diatas kesilapan teknikal tersebut.. setelah mereka saling bermaaf-maafan.. pihak juri dan Leman Kasau dilihat turut bersama-sama menggulingkan diri sambil melayan selekoh di Bukit Putus sambil bergelak ketawa dalam suasana harmoni..

2 ulasan:

  1. HAHAHAH..
    nni apa ni..lari dari tajuk dh ni..
    hahhaha

    BalasPadam
  2. Ikutkan tajuk asal adalah 'Bas Espres dan Bas Klang.. Menuju Puncak..' tapi terpaksa di ubah saat akhir atas desakan abang Masdor.. sorang pemandu bas kilang di Senawang yang masih trauma atas kejadian beliau melanggar pencawang letrik di Paroi Jaya minggu lepas.... bagi menghormati keadaan beliau yang masih berbungkus akibat terkena renjatan letrik dalam kemalangan tersebut.. terpaksa ler gua tukar kepada tajuk lain yg lebih sentimental..

    BalasPadam