SELAMAT HARI RAYA gua ucapkan kepada semua pengikut tegar blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. dan juga sempena hari yang mulia ni sesambil korang menghabiskan lemang dan air sirap kat atas meja tu.. disini dengan suka hati dan perasaan riang gembira tanpa berbelah bagi dan pilih kasih gua ingin mencabar korang plak untuk berbalas pantun dengan gua..
Bagi memudahkan lagi korang mejawab.. disini gua akan memberi klu-klu pada setiap pantun yang gua ajukan... mana ler tau kalau otak korang tetiba menjadi jem kerana terlalu memikirkan maksud yang begitu mendalam disebalik pantun gua ni.. nanti langsung tak dapat nak beraya.. gua jugak yang korang salahkan.. okey ler.. tanpa berlengah lagi jom kita mulakan dengan pantun yang pertama..
Anak kucing duduk bergaya
Mati seekor kena bunuh
Aii macam sebok jer menyambut raya
Macam ler korang berpuasa penuh
Haa!! kalau berani jawab ler pantun pertama dari gua ni.. pantun ni bercerita tentang kisah sedih sekor kucing parsi yang berlagak macho.. tapi selalu kena bunuh oleh Kicap sekor kucing kurap yang berlagak samseng..
Wak Kimbo kerja kilang
Balik kampung jauh di Maran
Baru padan jari dah hilang
Itu lerrr.. main mercun tak ikut aturan..
Pantun ni pun bleh tahan gak dianyer ngeri.. kisah seorang pekerja kilang yang begitu dedikasi dan berjiwa sentimental.. telah kehilangan cinta 3 dimensi akibat satu letupan mercun buatan sendiri yang turut memusnahkan reban ayam jiran sebelah rumah beliau..
Budak Miera naik scrambler
Naik dengan abang Bachok
Patut ler gua tengok bukan main gumbira
Ruper-rupernyer gaji dah machok..
Satu berita gumbira dipagi raya yang cuba disampaikan oleh pantun ini dengan begitu bergaya dan bersahaja.. bagaimana gaji telah masuk dalam akaun scrambler tanpa pengetahuan abang Bachok..
TNB memang baik hati
Bagi hadiah berjuta-juta
Memang ler gua ni baik hati
Duit pun banyak berjuta-juta
Haa!!.. ini namanyer pantun bodek di hari raya.. sesuai bagi pengampu tahap tertinggi.. kisah TNB yang begitu baik hati sehingga Assan Skodeng pun jatuh hati dengan kerani akaun TNB yang begitu cun sekali.. (mintak-mintak TNB tak la saman gua macam si blogger Hassan Skodeng.. kalau kena saman gak sebab pantun bodek ni habis ler gua kena kitai)..
Pegi kedai nak beli baju
Baju dari pulau Jawa
Nanti balik kampung tu bawak ler motor laju-laju
Kalau nak rasa hilang nyawa
Kalau korang nak tau harga kain batik jawa sebenarnya hanya lima hinggit sekilo tapi bila time nak raya harga dia akan meningkat begitu mendadak hampir sama dengan harga asam jawa iaitu 27 hinggit sekilo.. pantun ini cuba mendedahkan tentang kelicikan peniaga kain baju yang suka menipu pembeli terutama yang suka bawak motor laju-laju…
Pakcik Kordi kacak bergaya
Carik buluh dalam rimba
Kalau bebudak datang nak duit raya
Korang buat tak tau dengan muka selamba..
Pantun ni bercerita tentang budak-budak yang datang berjalan semata-mata nak dapat duit raya.. biaser ler bebudak.. amacam tahun ni korang ubah tradisi.. jangan bagi diorang duit raya.. tahun ni korang bagi bebudak yang datang tu buluh lemang sorang satu.. kalau diorang banyak tanya.. korang jawab la.. “Banyak cantik muka korang.. suka hati gua ler nak bagi aper.. nasib baik gua bagi buluh lemang.. kalau gua bagi taik ayam.. lagi korang haru.. tapi kalau korang nak gak duit raya.. korang pegi jumpa pakcik Kordi..”
* Bagi gua cukup ler stakat ni dulu pantun yang dapat gua ketengahkan untuk korang jawab.. mungkin inti pati pantun ni agak sukar untuk ditafsir dengan mata kasar sehingga membuatkan denyutan jantung korang menjadi tidak keruan dan jugak bagi meraikan kejayaan gua berpuasa penuh sebulan maka dengan itu gua akan bercuti panjang lebih kurang dua tiga tahun bagi menyambut Hari Raya tahun ni.. Okey ler.. SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR BATIN dan jumpa lagi..
Gila hang..pntun lu buat jantung gua bertdetup-detap sehingga jem pala otak gua memikiau hang pnya mksud tersirat tu..nak tnya..no pin akaun srcambler apa?gua nak cucuk duit tnpa pngetahuan bachok..
BalasPadamhahahhaha
Memandangkan ini adalah pesta pantu sedunia.. maka gua akan menjawab dlam pantun gak...
BalasPadamTengok kartun upin dan ipin
Punya la lawak sampai jantung tercuit-cuit
Klau lu nak tau dianyer no pin
Jgan ler malu bagi ler gua duit..
klakar la pantun nie >.<
BalasPadam