MINGGU lepas kita telah digemparkan dengan satu berita palsu mengenai akan kedatangan seekor kingkong dan dua ekor babun bersama segerombolan tapir polka dot yang berbulu lebat berkumis tebal.. yang dikhabarkan akan menyerang negara kita melalui sungai Golok lewat minggu depan.. berita palsu yang siarkan oleh CNN dan CBS secara langsung dari stadium Batu Kawan tersebut juga telah berjaya menggangu sistem avionik server komputer di BSKL.. ini menyebabkan pasaran saham komodoti sawit dan pisang jatuh mendadak di bursa saham Han Seng dan Wall Street.. sehinggakan pihak berkuasa tempatan terpaksa memanggil beberapo orang mekanik dari kedai motor berhampiran bagi membaiki sistem avionik dalam server tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih panik..
Namun begitu belum lagi habis cerita kingkong and the geng tersebut.. kini sekali lagi kita rakyat M’sia dikejutkan pulak diatas kes kehilangan dua enjin sangkut honda kupcai empat lejang yang digunakan oleh pesawat F5-E angkatan tentera kita bagi kegunaan meronda keliling kampung dan desa semata-mata untuk mengawasi keselamatan rakyat dan awek-awek negara ini.. enjin yang bernilai RM50 juta tersebut disyaki hilang sewaktu dihantar ke sebuah bengkel motor di luar negara untuk di overhoul.. kerana sistem avionik yang terdapat pada enjin tersebut tidak begitu mencongkam.. malah gasketnyer turut didapati telah bocor disana sini..
Menurut pengawal yang menjaga pintu masuk kem tersebut menyatakan sewaktu kejadian tersebut berlaku keadaan di kem tersebut agak kacau bilau.. kerana hujan telah turun dengan begitu lebat di ikuti dengan ribut petir sebingga air telah naik sehingga keparas hidung.. dan mungkin sewaktu keadaa huru hara tersebutlah pihak musuh telah berjaya melarikan enjin tersebut tanpa dapat dikesan oleh GPS beliau.. menurut beliau lagi pintu pagar kem tersebut jugak berjaya di kebas oleh penyangak-penyangak tersebut tanpa disedari oleh sesiapa termasuk pemandu teksi yang sedang berenang dikawasan tersebut akibat banjir kilat....
Zahit Amit selaku jurucakap pihak berkuasa tempatan merangkap ketua rela Bagan Datuk menyatakan pihak berkuasa sedang bertungkus lumus menyiasat siapakahkah dalang yang melakukan kerja-kerja merembat enjin tersebut.. malah beliau berjanji akan melakukan intipan dari rumah kerumah bersama geng Gerak Khas dari tv2 yang diketuai oleh Usup Eslam bersama Sarjan Senin yang turut dibantu oleh pasukan Roda-Roda Kotaraya yang juga di bawa khas dari tv2.. dan akhir sekali beliau mengucapan selamat menonton tv2 kepada rakyat negara ini dan turut menasihatkan agar kita semua tidak panik diatas kejadian ngeri tersebut… dan anggaplah perkara tersebut hanya mainan tidur sahaja..
enjin kancil turbo gua ilang..gua nk lapor kt SPRM..huuuuuu
BalasPadamx per nt gua ganti ngan enjin kapal solam yg gua rembat itu ari.. baru ler power.. masuk parit bleh tenggolam.. hahaaha..
BalasPadam