Sabtu, 7 November 2009

WOIII.. BOMOH TEMBERANG.. JAGO KAU..


SHAH ALAM - Selain Wak Mail, bomoh yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada malam Selasa lalu kerana didakwa melakukan perbuatan khurafat, ada kira-kira 20 orang lagi bomoh yang diburu pihak berkuasa agama negeri ini.- Kosmo


Selain Wak Mail Kongo yang berjaya diberkas oleh Jabatan Perbomohan Sedunia ketika cuba memukau sekumpulan pekerja kilang plastik di Balakong duo hari lepas.. spy Penanggah turut berjaya mengesan tigo orang lagi bomoh temberang yang paling dikehendaki oleh syerif Lobo di Texas dan inspektor sahab di New Delhi.. mengikut kata John Dempong selaku bendahari Jabatan Perbomohan Sedunia.. jika didapati bersalah.. mereka ini boleh dikenakan tindakan buang daerah ke Uganda selamo 4 minggu 3 malam dan didenda lari keliling padang sekolah rendah tamil Ulu Bernam sebanyak enam pusingan kalah mati mandatori....


1. Ismet Mabuto - Sorang bomoh palsu yang dikira agak hebat dalam ilmu perempitan.. berasal dari kabupaten Tempebakso di Lombok.. beliau seringkali dilihat berkeliaran di pekan Tapah dengan menggantungkan tangkal berupa spoket motor di leher... juga pakar dalam ilmu pecah rumah.. bekas mat rempit dari Hutan Melintang.. malah beliau boleh menghilangan roti canai dan teh tarik dalam sekelip mato.. 

Kelebihan: Mempunyai illmu kubota kapunden tahap 6 dimana beliau boleh bertukar menjadi cipan berantai apabila digeletek di ketiak kanan.. malah beliau boleh bertukar menjadi folklift lapan tayar jika jambul beliau disentuh..

Kelemahan: Pantang jika pusat beliau dicucuk mamat ni akan bertukar menjadi basikal roda tiga... seorang yang pemalu terutama bila melihat muka sendiri kat cermin dan paling takut pada bayang-bayang.. terutama bayang-bayang sendiri..


2. Wang Kai Boooo - Satu nama yang agak hebat dalam dunia perbomohan kewangan.. berasal dari selatan Beijing.. pakar dalam merembat duit koperasi dan duit tabung kebajikan masyarakat.. malah beliau akan menjadi menjadi lebih agresif bila melihat duit.. walaupun duit syiling atau duit cina mati..

Kelebihan: Mempunyai ilmu gulingan berapi peringkat ke-4..  sejenis illmu yang boleh menukar diri beliau menjadi batu giling bila lubang hidung dikorek.. ilmu ini juga boleh membuat pengamalnyer terasa gagah perkasa dan mampu melanyak enam ketul karipap dan duo pinggan mi goreng tanpa sebarang halangan..

Kelemahan: Cepat lapar dan akan terperanjat bila mendengar perkataan wang.. walaupun menyebut nama sendiri.. paling takut dengan isteri beliau iaitu Jenny Lee yang turut mempunyai ilmu leteran maut tahap 3..


2. Sivaji DeBoss - Lahir di selatan Madras dan dibesarkan di Semenyih.. seorang yang lucu walaupun berwajah ganas..  dengan ilmu lompat kodok yang beliau tuntut di gunung Datuk.. beliau boleh memanggil hujan bilo-bilo maso.. malah boleh memadamkan kebakaran dengan hanya menepok dahi sebanyak tigo kali..

Kelebihan: Mempunyai sijil asas membaiki basikal dan bot pancung sewaktu menuntut di ILP Jasin serta mempunyai ilmu kepait iaitu sejenis ilmu yang mengeluarkan bau badan yang agak pahit seperti bau musang pandan dan ini akan melemah serta memerangkap pergerakan pihak musuh disetiap penjuru..  

Kelemahan: Tidak boleh terkena air.. maka ilmu beliau menjadi lemah dan bau badan akan hilang selama 3 jam sebelum pulih seperti sediakala dengan pekena nasik kandar 2 pinggan..


* Untuk perlawan final antara Rusa dan Kijang malam ni.. spy Penanggah turut mendapat bantuan Mak Lampir seorang bomoh yang tak asing lagi dalam permainan bola sepak antara bangsa.. pakar curik ayam.. sering di panggil oleh Alex Ferguson untuk membantu pasukan MU memeningkan pihak kawan dan lawan.. untuk pasukan N9 kalau korang kalah malam ni.. korang jangan balik2.. korag duduk kat tepi stadium tu sampai tuo..

3 ulasan:

  1. N9 mnang..mu happy sokmo la tu..
    heeee1

    BalasPadam
  2. yipppppeeyyyyyyy... jom buat ombak samo2.. 1..2..3.. OMMBAKKKK..

    BalasPadam
  3. ado den donga brito, itu budak wakap mek jaynab
    poie pojabek pondaptaran kolopilah.

    Berito dari sumber cni dan kopijantan foundation dilapurkan sebagei berkato ini ado kono mongono dongan hasrat dio nak menjadey rakyat nogori.

    Beliau yang kini memakai jubah dan berserban ala talipan dikatakan amat malu kerano peristiwo sabtu lopeh.

    "Kaloh kawe tok kisoh, itu adak maing" kata beliau sewaktu ditemui memijak
    tengkuk beberapa peminat red warrior yang disyakki membakar beberapa buah kerusi stadium bukit jalil.

    "Takpo taho depe, kito cuba lagi" tambah beliau
    sambil meletakkan sarang kerengga pada badan beberapa penyokong skuad kijang yang ditangkap selepas melontar mercun bola sabtu lalu.

    Apo pun tahniah pada skuad ruso.

    Maso monang ni la, macam-macam orang dok himpit
    nak tumpang tui... bilo kaloh semua tak nampok muko... hampehh

    INGAT! Menang memang susah, nak mempertahankan kemenangan laaaaagiii shushah.

    An bun seng melaporpowatakungsilandingtime untuk warta gomenceh.

    BalasPadam