KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang. - Utusan M'sia
Setelah berhempas pulas bermesyuarat selama 18 jam.. sehingga hampir memecahkan pintu tandas mahkamah... selain berjaya menghabiskan tiga periuk nasik ayam hainan serta dua pingan karipap pusing.. akhirnyer persatuan hakim-hakim semenanjung telah berjaya mencapai kata sepakat serta sebulat suara mendapati nasik ayam yang dihidangkan oleh Amat Turbo The Nasik Ayam Hainan tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh mereka bagi melancarkan perjalanan mesyuarat agong tahunan Koperasi Apam Balik Keramat balik bagi mencapai kata sepakat menghalang para penyiasat SPRM menjalankan siatan tanpa had masa terhadap saksi yang ditahan..
Dengan keputusan mesyuarat tersebut.. mahkamah memerintahkan anggota SPRM tidak boleh melakukan sisatan melebihi had masa yang diberikan.. setiap penyiasat hanya diberikan masa 2 jam sahaja untuk melakukan siasatan.. tidak termasuk 1 jam masa tambahan serta 20 minit lagi untuk masa kecederaan.. itu pun bergantung kepada kelulusan bertulis dari ketuo kampung Langkap iaitu encik John Dempong Jr. yang dilantik sebagai pemerhati khas yang turut mendapat elaun tambahan sebanyak RM1..
Walaupun keputusan para hakim ini mendapat bantahan keras dari Amat Turbo The Nasik Ayam Hainan kerana tidak berpuas hati diatas kehilangan cawan dan pinggan beliau sewaktu mesyuarat tersebut dijalankan.. namun bantahan tersebut tidak mendapat sambutan hangat dari para hakim yang bertugas.. malah mereka mengugut untuk mengenakan tindakan tataterib yang boleh membuatkan tokey nasik ayam hainan tersebut di buang daerah ke Sudan selama 2 bulan..
Amat Turbo yang begitu frust dan kecewa tahap 7 diatas tindakan para hakim tersebut yang agak rasis serta tidak mahu melayan segala tuntutan diatas kehilangan cawan dan pinggan arcoppal beliau tersebut.. lalu beliau pun menghentakkan kaki kiri serta berpusing sebanyak tiga kali lalu menekan lubang pusat beliau sebelum bertukar menjadi seekor ayam katik berkuasa turbo 450bhp.. lalu beliau pun melakukan pukulan karate ke leher para hakim yang terdapat disitu sebelum terbang di dalam kepekatan malam.. meninggalkan para hakim tersebut terpinga-pinga..
ayam katik berkuasa turbo?
BalasPadamhahahhahha!
terkencing gua baca kat situ...
hahahhahaha!
terkencing ok ler jugak... tapi gua punyer kucing smpai melepas kat atas kusyen lagi tu bilo dio baco story ni.. hampeh btulll..
BalasPadamgila babas kuceng ko..dia syg kat ko la tu..sbb tu dia tnggal tnada kat kusyen ko..heeee!
BalasPadam