Rabu, 17 Februari 2016
3D KE.. 4D KER... GUA SETUJU JERR!!
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar golongan belia seluruh negara menyertai sektor-sektor yang diceburi pekerja asing di Malaysia.
Menurutnya, ekonomi negara harus dibangunkan dan untuk tujuan itu, setiap sektor memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.
"Kita mahu secara idealnya semua bidang pekerjaan daripada atas hingga paling bawah termasuk 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) (diberikan) kepada rakyat Malaysia.
"Tetapi berapa ramai yang sanggup? Berapa ramai yang sanggup menjadi tukang masak di restoran mamak, buat perabot?" katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor, di sini... - SinarHarian
"Wahai mat-mat belia serta awek-awek belia yang cun-cun semua.. hari ni saya dengan rasa bangga bercampur riak ingin cabar korang..” jerit Tok Menteri dari atas pentas secara tiba-tiba..
“Nak cabar aper tu Tok... nak cabar kitorang makan kambing panggang ker... ataupun nak cabar kitorang jalan itik keliling kampung..” sahut Sudin Senget merangkap ketua belia Kampung Sawah dari hujung dewan..
“Kambing panggang tengkorak lu.. makan jer yang korang tau.. ni haa saya nak cabar korang semua terutama mat-mat belia poyo yang dok kontrol macho kat depan saya ni.. kerana korang dok bising-bising pasal Mat Bangla dah rembat kerja korang.. apa kata lepas ni korang plak ambil alih semua kerja diorang tu... amacam setujuu..?” soal Tok Menteri penuh semangat..
"Setujuu..." sambut para belia serentak...
“Haa lepas ni korang plak la yang cuci longkang.. kutip buah.. bina bangunan.. bawak lori hantu.. pikul kontena.. gali bouksit.. toreh getah dan memacam lagi la kerja yang ganas.. kotor lagi ngeri.... setujuu? sambung Tok Menteri lagi..
Setujuuu sesangattttt!!," sambut para belia di dalam dewan.. termasuk sekali pengawal keselamatan serta beberapa Mat Bangla yang berada di tepi pintu dewan dengan sorakan yang penuh bersemangat lagi jitu...
"Tok Menteriiii!!".. tetiba terdengar satu suara garau menjerit memecah kebingitan dewan... dewan terus jadi sepi.. semua terdiam.. masing-masing tertanya suara siapakah itu..
"Sapa tu yang berani sangat potong stim gua tengah berucap ni..?".. tanya Tok Menteri kehairanan.. matanya melilau-lilau mencari arah suara.. tiba-tiba terpancul sorang budak yang gemok gedempol dari balik tiang..
"Saya ler... Leman Bulat.." balas budak tu memperkenalkan diri sambil mengunyah seketul ayam goreng..
“Apa lagi budak gemok yang ekau tak puashati.. bukan ker tadi korang yang terjerit-jerit macam kena sampok hantu raya kata setuju..”
“Memang la kitorang setuju Tok.. saya dan member semua pun dah berbincang.. dan kami semua setuju dengan cadangan bergeliga Tok tu.. mulai dari saat ni kami semua dah sepakat tak nak pegi sekolah.. dah tak nak sambung belajar lagi.. buku pun kami dah tak nak baca.. yer laaa Tok.. nanti kalau kami semua belia-belia macho ni jadi pandai macam profesor sapa plak yang nak buat semua kerja tu.. haa setujuu tak Tok..??!!"
“Setujuuuu..." jerit Tok Menteri dan para belia kat dalam dewan serentak... keadaan semakin gamat.. malah ada yang dilihat berjoget-joget kegembiraan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)