Rabu, 20 Januari 2016

HAMPEHNYER MALAON.. HABIS HUTAN LU NAK SAKAU..


TAMPIN 21 Jan. - Paras terkini Empangan Gemencheh di sini yang direkodkan sehingga kelmarin ialah 95.40 meter (m), menghampiri paras kritikal iaitu 95 m. Bekalan air mentah dari empangan itu hanya mampu bertahan selama 128 hari lagi berdasarkan kepada taburan hujan pada tahun lalu sebanyak 1,448 milimeter (mm) iaitu di bawah paras normal.

Pengurus Pengeluaran, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), No’man Haron berkata, bekalan air mentah yang disalurkan dari empangan berkenaan menjalani proses rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh... blaaa.. blaaa... blaaaa


“Kami telah mengambil beberapa tindakan jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah ini iaitu pada masa sekarang kita telah membuat catuan air di beberapa kawasan di kedua-dua daerah ini,” katanya. - UtusanM'sia


Haaa.. itu kisah tahun lepas... beria-ia la kepalo otak gua berputar-putar siang malam... memikirkan apa la agaknyer tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang diorang dok rancang bagi mengelakkan masalah air kat empangan tempat gua tu dari berulang.. gua agak tentu la ada sesuatu idea yang mencongkam.. tapi bila gua terbaca berita Sinar Harian kat bawah ni yang mana turut keluar kat TV3.. hati gua mula panas.. jiwa remaja gua mula tertekan melihatkan perangai pemimpin tahap malaon yang ada kat negeri gua..

TAMPIN - Lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Jerneh dan berdekatan berhimpun secara aman bagi mempersoalkan dan membantah aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Empangan Gemencheh, di sini, petang tadi.


Perhimpunan yang bermula seawal jam 2.00 petang itu diketuai oleh Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Jerneh, Shamsudin Adam. Turut menyertai bantahan ialah jawatankuasa Gerakan Marah Perjuang Negara (GMPN) Negeri Sembilan.


Menurut Shamsudin, tindakannya itu mewakili suara hati 350 penduduk kampung yang mahu aktiviti pembalakan berkenaan dihentikan kerana merosakkan ekosistem dan alam sekitar. - SinarHarian


Kalau korang nak tau.. boleh dikatakan ini jer la satu-satunyer kawasan hutan yang masih wujud kat tempat gua.. Gemencheh.. yang lain banyak yang dah pupus.. terutama hutan kat kampung gua.. semua dah habis licin kena sakau.. ditebang dan tarah sesuka hati dibuat ladang sawit..

Dan korang paham-paham jer.. kalau dah hutan habis kena tebang.. sekali kena musim hujan.. habis la air sungai dan empangan keruh mengalahkan teh tarik.. dan lagi satu binatang-binatang yang ada terpaksa la cabut lari menumpang kat kampung-kampung.. dah satu hal plak orang kampung nak menanggung beban berperang dengan beruk… monyet.. cipan dan babi.. kalau musim buah memang tak merasa ler.. setakat dapat tengok putik jer ler.. jangankan buah.. telur ayam dan itik pun tak tersisa dikerjakan dek si monyet.. hampeh tul..

Tapi nak buek camno.. dah pemimpin yang kat atas semua pendek akal.. bangang mengalahkan cipan dan beruk.. tak dapat nak jadikan musibah yang lalu sebagai pengajaran.. semua mementingkan tempolok memasing.. dah la hutan tinggal sekangkang kera itu pun nak ditibaikan jugak.. apa punya manusia pun gua tak tau laaa.. nanti bila orang kampung bising dituduhnyer plak pembangkang.. tak ker gila..

Dalam bab ni gua pun tak tau apa fungsinyer menteri besar.. macam tak wujud.. tak ada langsung usaha nak menyelamatkan hutan yang masih tersisa.. cuma gua hanya mampu berdoa agar semua yang terbabit dalam melingkupkan hutan-hutan yang ada kat tempat dan negeri gua ni cepat-cepat melingkup.. ada pun menyusahkan orang.. dan jangan sesekali cuba nak bersyarah tentang Islam kat gua.. tentang perjuangan agama bangsa dan negara.. buat kembang tekak gua.. cakap berdegar nak jadi negara Islam contoh.. sedangkan nak jaga bumi Tuhan ni pun korang tak mampu.. phuii

* Tahniah buat semua penduduk kampung Sungai Jerneh serta yang terlibat.. gua turut tumpang bangga kerana masih ada lagi manusia yang berjiwa manusia.. sanggup mempertahankan hutan sekangkang kera yang masih tersisa dari tangan-tangan manusia yang berjiwa beruk dan cipan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan