Selasa, 8 April 2014

GST.. GUA PEDULIK APA...


Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini diluluskan di Dewan Rakyat selepas ia dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli Parlimen menyatakan persetujuan pada kali pertama manakala hanya 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan.

Bacaan kali kedua pula menyaksikan 119 ahli Parlimen bersetuju dan 81 yang lain tidak bersetuju dan ia membawa kepada bacaan kali ketiga apabila Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta persetujuan ahli Parlimen.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta pertimbangan Yang Dipertua agar undi kali kedua dibuat dan ia tidak ditolak beliau. Proses pengundian hari ini menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan sedikit kekecohan di dewan. - TheM'sianInsider


Ahh!! lantak lerr.. gua pedulik apa GST ker.. OST ker.. RST ker.. ZST ker.. gua pedulik apa kalau ada 160 buah negara pun sama buat benda ni.. gua pedulik apa dengan GST ni dikatakan kerajaan boleh mengaut pendapatan dua tiga puluh billion sekali pun.. dan gua pun tak pedulik kalau dikatakan lepas ni semua harga barang akan jatuh merudum...

Bagi gua itu semua auta..  itu semua nak menyedapkan hati.. mana ada dalam dunia ni harga barang kalau dah naik bleh turun disebabkan cukai... tapi tak tau ler kalau lepas ni tetiba plak harga rumah.. harga pakaian.. harga sparepart kereta motor.. harga tayar beskal.. harga tong gas tetiba plak bleh turun mendadak.. haa!! memang gua respek ler..

Ikutkan gua.. ada atau tidak ada GST sama jer.. gua akan tetap seperti biasa melayan kos sara hidup yang makin menghimpit kehidupan gua kat KL ni.. sampaikan gua nak kluar dating ngan awek gua si Khaty dan si Emma skrang ni pun kena berkira.. dan gua jugak akan tetap seperti biasa menyerahkan duit belanja kat tokey tol..

Sebenarnyer kalau korang nak tau.. dalam mana-mana dunia malah di planet Marikh sekalipun.. tujuan cukai hanya satu.. iaitu untuk memenuhkan poket pemerintah.. sebab bila duit dah banyak bertimbum-timbun sampai tak larat nak kira.. baru ler Pak Menteri bleh menguruskan negara dengan bermesyuarat serta melancong kesana-sini dengan lebih jitu dan lancar..

Dan korang jangan terperanjat kerana dimasa itu jugak akan munculnyer para malaon dari celah belukar.. mula ler kepalo otak diorang ni berputar-putar memikirkan bagaimana caranyer nak menyakau duit yang berguni-guni tu.. dan itu ler masalah yang kita hadapi saban tahun seperti yang di bentangkan oleh Pakcik Audit semalam..

SHAH ALAM - Pengurusan perolehan bagi 150,000 unit kasut (combat boot) adalah tidak teratur dan tidak menjaga kepentingan kerajaan serta tidak mendapat harga lebih rendah apabila perlu membelanjakan RM17.25 juta. Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 melaporkan, oleh itu tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab.. - SinarHarian

SHAH ALAM -  Kos operasi pembinaan kompleks Mahkamah Kuantan melebihi RM19.56 juta kerana projek itu siap 560 hari lewat dari tarikh yang dijadualkan. Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata kelewatan itu disebabkan perancangan yang lemah dari aspek reka bentuk dan skop tugasan.

“Bangunan ini sepatutnya disiapkan dalam tempoh 546 hari dengan peruntukan RM159.34 juta, tetapi kos pembinaan itu meningkat akibat kegagalan pihak (yang diberi) kontrak mematuhi tarikh.. -  SinarHarian

Sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, dikategorikan sebagai 'asset not found' (V4L) atau peralatan tiada di lokasi. - M'siaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan