Selasa, 18 Februari 2014

INI SEMUA SALAH PENGUNDI...


JAKARTA - Wakil Sekjen Majelis Ulama Indonesia (MUI) KH Tengku Zulkarnain menegaskan, jangan bermimpi Indonesia mempunyai pemimpin yang saleh apabila rakyatnya jahat.

"Bangsa ini harus saleh, kata nabi, kalu kita tidak saleh, umat akan mendapat kesusahan dan duka nestapa terus menerus." Ungkap Tengku Zulkarnain, saat berbincang bersama ROL, beberapa waktu lalu di acara Zikir Nasional Republika, Senin (31/12).

Dalam kesempatan tersebut, dengan mengenekan pakaian serba putih, ia memberikan ilustrasi, "Bahwa di negara demokrasi, pemilihan langsung, kalau di sebuah desa terdiri dari 90 persen pemabuk, dapat dipastikan mendapat pemimpin seorang pemabuk." Sebaliknya dalam satu desa mayoritas orang saleh, maka dipastikan pemimpinnya orang saleh.

Seharusnya umat tidak semata mata menyalahkan para pemimpin, apabila terjadi berbagai kerusakan serta ragam permasalahan, semua itu karena ulah dari tangan manusia secara umum. Karena yang memilih seorang pemimpin adalah rakyat.. - republika.co.id


Melihatkan suasana politik negara kita yang semakin merapu tahap sengal.. membuatkan ada diantara kita yang berasa keliru dan tertanya-tanya siapa agaknyer yang patut disalahkan dalam hal ni.. adakah salah pengundi kerana memilih orang-orang sengal menjadi pemimpin atau salah pemimpin itu sendiri kerana gagal memegang amanah yang diberikan oleh pengundinya..

Memang betul rakyat yang memilih pemimpin kerana Pemimpin Bodoh Lahir Dari Pengundi Yang Bodoh.. tapi kita kena ingat para pengundi sebenarnya tiada pilihan untuk memilih Pemimpin Terbaik Dari Yang Terbaik.. ini kerana semuanya telah diatur oleh parti masing-masing.. kekadang tu bukan semua pengundi bersetuju dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan.. kena plak calon tu orang luar yang tak tau apo... sedangkan ada anak jati dikawasan tersebut yang lebih layak.. lebih kacak dan bergaya.. tapi tidak diberi peluang..

Tapi atas namo demokrasi serta sayangkan parti maka mereka tiada pilihan.. nak taknak terpaksa ler jugak diorang akur dengan calon pilihan terbaik yang dilantik oleh pucuk pimpinan parti memasing.. kena plak calon pihak lawan pun lebih kurang jer sengalnya maka terpaksa ler diorang mengundi bagi memilih Pemimpin Terbaik Baik Dari Yang Terbangang.. dan sekarang ni kita dapat melihat hasilnyer..

Lagi satu kita kena ingat.. bukan semua pengundi seperti mak bapak serta atok nenek kita kat kampung-kampung itu bijak berpelajaran tinggi.. pintar dalam membuat percaturan politik.. dan diorang tak pernah pun bermimpi untuk berpolitik bagi mendapat lot saham.. kawasan balak.. lombong emas beratus ekar.. cuma yang diorang harapkan agar pemimpin yang dipilih dapat membimbing serta memberi kehidupan yang lebih sempurna… itu saja..

Tapi apa yang berlaku kepada kita agak pelik.. setelah pemimpin yang dipilih monang bergayo.. akhirnya pengundi jugak yang diseksa dan ditindas dengan kenaikan kos sara hidup yang melampau seperti yang berlaku sekarang ni.. dah ler monang dapek jadi menteri tak ucapkan terima kasih.. hujung-hujung pengundi jugak yang disalahkan.... mak bapak serta atok nenek kita kat kampung tu jugak dituduh tak pandai berjimat.. boros.. suka bermewah-mewahan dengan jet peribadi.. tak tau bersyukur... tak pandai pilih pemimpin.. tak ker gilo..

Dan gua sampai hari ni masih lagi keliru.. sebenarnyer apakah fungsi sorang pemimpin politik lebih-lebih lagi sorang menteri.. dan apakah tujuan diorang dok memekak dan bergaduh siang malam.. kalau bergaduh untuk kesejahteraan rakyat gua tak nampak pun hasilnyer.. malah perangainyer kalau nak dijadikan contoh tauladan pun kena pikir sepuluh kali… dah tu dengan muka tak malu time pilihanraya sebok merayu kepada pengundi supaya diberi peluang untuk menjadi pemimpin..

Bila rakyat mengamok pasal harga barang.. minyak serta kos kehidupan yang naik mencanak manakala harga getah terus merudum.. dengan pantas pak menteri memberi beribu alasan dengan mengatakan ini semua ketentuan Tuhan.. menyalahkan pasaran dunia.. parti lawan serta membandingkan dengan negara Zimbabwe.. dan itulah yang membuatkan kita tertanya-tanya akan fungsinya sorang menteri.. tapi pengundi pun ada gak sengalnyer.. dah tau pemimpin tu dah beberapo penggal langsung tak bleh pakai.. tapi time pilihanraya masih jugak sanggup menyorong leher untuk disembelih.. adoii!!

*  Suatu hari, Syaidina 'Ali R.A ditanya, "Kenapa pada masa pemerintahanmu rakyat tidak semakmur pada masa pemerintahan sebelumnya?". Sayyidina lantas menjawab, "Karena pada masa pemerintahan mereka, rakyat yang dipimpin seperti saya, sementara pada masa pemerintahan saya, rakyat yang saya pimpin seperti kamu..".

*  Pemimpin yang adil dan jujur adalah rahmat Allah untuk hamba-hambaNya.
Pemimpin zalim adalah azab Allah kepada hamba-hambaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan