Rabu, 6 November 2013

NAK BELA LEMBU KAMBING PUN SUSAH..


GEMENCHEH – Seorang penternak lembu dan kambing tertekan apabila diarah berpindah oleh pihak pengurusan Felda Bukit Jalor (FBJ) pada Julai lalu, memandangkan tapak tanah ternakan itu bakal dibangunkan untuk Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).

Penternak berkenaan, Zainal Zainuddin, 51, berkata, dia telah menerima surat rasmi oleh pihak Felda pada 10 Julai lalu mengarahkannya untuk mengosongkan tapak sebelum 15 Ogos.

Namun menurutnya, dia tidak mempunyai modal untuk memindahkan semua ternakannya ke lokasi yang disediakan pihak Felda memandangkan kos diperlukan untuk memindahkan kesemua 50 kambing dan lembu menelan kira-kira RM5,000.

"Jadi pada 17 Oktober lalu, saya meminta jasa baik pihak kontraktor membantu membuka kandang serta mengangkat barangan ke lot tanah lain.... - SinarHarian


Itu la dia... ada orang tak pernah-pernah jaga lembu tetiba sedap-sedap dapat duit rakyat beratus juta.. dah tu senang-senang dapat tanah beratus hektar yang kononnyer nak bela lembu ler... kambing ler.. kuda ler.. itik serati ler.. arnab ler.. tapi satu hasil pun gua tak nampak.. semua lingkup.. sedangkan orang kampung gua nak bela lembu kambing pun bukan main susah.. kena hambat sana-sini.. dah macam orang pelarian plak rasanyer gua tengok..

Adoii!! tu yang gua maleh nak cakap... buat sakit hati jer.. gua harap pak-pak menteri kito tu berpikir ler sikit.. sesekali tu gunakan la otak tu.. jangan asyik disimpan jer dalam almari buat hiasan.. daripada korang bagi tanah ladang NFC kat anak-beranak Kak Ijat.. baik korang bagi ladang tu kat Abang Jenal kita ni.. ado gak hasil... paling tidak ada gak lembu kambing 50 ekor.. dan bleh gak gua hantar kuda lumba gua si Bulat meragut kat situ..

Kalau korang nak tau FBJ ker NFC Gemas tu bukan jauh sangat pun.. kalau bawak motor tak sempat masuk gear tiga dah sampai.. kalau bawak ferari lagi la cepat.. mungkin ini yang dikatakan beruk mat yeh kat kondo di susukan anak sendiri kat pondok buruk dibiarkan melingkup.. ada ka patutt!!!

Kambing-kambing Abang Jenal sedang menunjukkan aksi ngeri kepada Abang Jenal dengan meniti palang kandang sambil menutup mata..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan