Selasa, 22 Oktober 2013

DAH MURTAD KO NI..


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Roman Katolik dan majalah mingguan The Herald boleh menjadi kafir serta murtad.

Dalam nada tegas, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, tindakan mempertikaikan keputusan itu oleh umat Islam sendiri juga mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak.


Namun, katanya, kafir dan murtad seseorang itu jatuh sekiranya mereka mempertikaikan dalam keadaan sengaja dan waras... - UtusanM'sia


Dan ini plak..

MELAKA 15 Okt. - Kejayaan mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam penerbitan majalah mingguan Katolik, The Herald jelas membuktikan bahawa kerajaan sentiasa berpaksikan kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.


Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, sejak merdeka lagi, kerajaan sentiasa meletakkan Islam mengatasi segala-galanya dan dijadikan sebagai satu prinsip..... - UtusanOnline


Tapi rupa-rupanyer.. hadooo!!!..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dalam keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini terhadap akhbar mingguan The Herald tidak akan membabitkan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Malahan kata Najib, persetujuan 10 perkara yang ditandangani beliau sendiri pada 11 April 2011 masih kekal dan terus diguna pakai.

Antara kandungan persetujuan 10 perkara tersebut ialah membenarkan pengimportan dan penerbitan kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia dengan penggunaan perkataan Allah tanpa sekatan. Beliau dengan tegasnya mengingatkan agar keputusan mahkamah itu tidak dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak.

"Jangan jadi batu api, jangan bermain dengan api kerana tindakan itu boleh membakar diri sendiri.

"Kepada rakyat (penganut Kristian) jangan sesiapa tertekan kerana amalan agama akan kekal seperti sebelum ini," katanya semasa ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Kota Kinabalu petang tadi. - M'siaKini


Aiii!!!.. sebelum ni bukan main bergegar lagi nak mempertahankan kalimah Allah serta akidah umat Islam.. kononnyer sentiasa meletakkan Islam mengatasi segala-galanya.. abih tu bagaimana dengan akidah umat Islam kat Sabah dan Sarawak.. tak nak mempertahankan sekali ker.. apo Sabah dan Sarawak tu bukan Malaysia ker... adoii memang gilo!!  dan gua pun tak tau nak cakap apo dah.. apa punya nasib dapek PM cam ni pun gua tak tau la...!!!

Penanggah: Hello Atok Mufti.. agak-agaknyer mamat ni dah jatuh murtad ko?

Atok Mufti: Sabau la Penanggah.. kalau ikutkan tafsiran dari kitab Atok yang tebal ni dengan jelas menunjukan si mamat yang kita sayangi ni masih lagi belum murtad.. sebab nampak sangat mamat ni tak waras.. akai tarakk!!

* Bila pembangkang setuju puak kristian gunakan kalimah Allah bukan main lagi memasing melenting.. sebulan tak habis cerita.. tapi bila ketua puak sendiri bersetuju tau plak memasing senyap.. hampeh betulll!! cehh!! bos konon.. bos pun sama macam korang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan