Khamis, 18 April 2013

DAH KECOH PASAL CALON LA PLAK..


Biaso laa.. sama seperti tahun-tahun sebelum ni.. sebaik jer parti-pari politik mengeluarkan senarai nama-nama calon pilihanraya.. maka dengan automatiknyer jugak akan terdengar suara-suara sumbang yang tak puashati.. marah.. kecewa.. merajuk dan macam-macam lagi cerita serta gossip yang kedengaran.. tapi mana yang tercalon tu korang tak payah tanyo ler… dah tentu ler bakal YB kita termasuk para penyokong diorang akan tersenyum sampai krem rahang..

Gua rasa bukan kat tempat korang jer yang kedengaran suara-suara yang tak puashati ni.. tapi boleh dikatakan seluruh M’sia sekarang ni... dan gua tengok kat suratkhabar dan kat dalam blog-blog politik seperti blog Paneh Miang pun turut sama paneh dengan isu ni... bukan tu jer..  kat opis gua pun tak ketinggalan terasa bahangnyer..

“Mad Asan ni dah gilo ko apo.. takdo muko lain lagi ko.. ni balik-balik muko yang bermasalah gak yang dipilih.. yang tak tau nak buek kojo.. silap-silap mau melingkup N9 kali ni.. tengok la,” rungut sorang akak yang duduk kat depan meja gua.. gua hanya mendengar jer beliau merungut sambil membaca senarai nama-nama calon dari N9.. gua tau akak yang berasal dari Kuala Pilah ni kira fanatik parti gak ni.. jangan cuba nak berdebat pasal politik dengan akak ni.. silap silap mau ada yang masuk wad ICU..

“Apo yang tak pueh hati lagi tu kak.. terimo jer la calon boleh monang yang berintegriti tinggi tahap dewa pilihan abang Jib tu, kak..” sampuk gua.. sajer nak memanaskan keadaan..

“Akak bukan cakap apo la.. kat tempat akak kek Pilah tu ado tigo orang YB.. tak jauh pun dari rumah akak.. tapi apo yang diorang buek.. (gua tak nak ler sebut nama-nama YB tu.. takut jatuh plak prestasi diorang nanti..) langsung takdo idea macamano nak majukan kampung.. bilo dimintak bantuan nak bersihkan longkang yang tersumbat dek banjir.. kato takdo peruntukan la.. itu laa.. ini laa.. ado yo alasan... adoii angkar badan akak bilo tengok muko tak semonggah macam ni yang dipilih lagi..” suara akak tu dah semakin tinggi.. gua dan Ady budak Palong Satu terkekeh-kekeh tergelak mendengar loghat Pilah edisi Sungai Jelutung Tengkek Batu Kikir yang begitu pekat..

Sebenarnyer gua pun malas nak ambik pot sapa calon boleh menang berintegriti tinggi pilihan abang Jib yang kat tempat lain.. lantak diorang ler nak telingkup ker.. nak terpelanting ker.. yang penting gua tengok calon kat Moncheh tempat gua kali ni adalah muka baru.. dan gua mintak-mintak calon ni boleh la diharapkan.. dan gua pun tengah pikir sama ada nak balik mengundi atau pun tidak kali ni.. tengok ler nanti..

Dan bila gua tengok akak tu dok seyap jer.. kira tengah khusyuk buat keja.. gua pun terus sound..”Kak.. Asan Malek panggil.. suruh akak balik mengundi..”..

“Ekau jangan nak buek hati akak paneh.. @#%$$*.. gilo.. blaa.. blaa.. &&\%$.. menembak.. #$@!..*% tak semonggah... blaa.. blaa.. $&#$&%#%.. skandal.. @&$#$&... dah tuo... blaa.. blaa..

* angkar -  panas macam nak demam
tak semonggah -  tak bleh harap


5 ulasan:

  1. Siap kau jang! kang kok tambah angkaa!

    BalasPadam
  2. sabarr.. sabar.. asan malik panggil tu..

    BalasPadam
  3. Itula..nasib baik tasek gelugor dapat calon yg boleh diharapkan..bukan mcm Mohd Nor Yaakob tu..kasi pelingkup ja...tapi Shariff omar pun masuk bertanding jgk..bebas..Sharif Omar tu kira calon pilihan ramai tu..masa zaman kegemilangan dio dlu..mak aii..Melayu,cino..India..sayang kek dia tu..huiii..saingan sengit nih..calon PAS..Tak kenai langsung..tah mamat mano depa bgi brtanding taktau lerrr..huuii

    BalasPadam
  4. samo la cam kt tempat gua.. calon BN muko baru.. nak kato hensem macam brad pit tu takdo la.. tp nmpak gayo dio punya posing tu bleh la diharapkan..

    calon PAS pun muko baru.. walaupun rumah arwah bapak mamat PAS ni tak jauh dari rumah gua.. kalau jerit tu bleh dengar lerr.. tp sebab mamat ni pun duduk kat luar dan dngn orang kmpung pun tak brapo nak mesra alam maka bleh ler gang SPR umunkan keputusan lebih awal..

    alaa klau ler gua tau mad nor yaakub tak bertanding kt tempt lu.. mau jer gua paksa dia bertanding kat kampung gua.. kayo tuu.. bleh ler gua pau sejuta dua.. err entah2 calon PAS kat tempt kito tu orang yg samo kut.. huhuhhu

    BalasPadam
  5. kayo tu mmg kayo..tp dia nk kayokan kroni2 dia ja..takat kita yg sememeh ni..jgn harap la dia nk tolong..
    itu la pasal..aku rasa camtu gak la..gamaknya mmg calon PAS yg brtanding kat tmpat gua tu orang yg samo lar..Beliau menggunakan teknik FACE OFF untuk mngaburi mata pngundi..heeee!

    BalasPadam