Rabu, 12 September 2012
SIASAT.. JANGAN TAK SIASAT..
Umang aii!!.. bukan main banyak lagi lu kelepet Sarip.. sampai beratus ribu.. ini macam tokey boleh domam.. dan bukan stakat domam jer silap-silap buah pinggang pun bleh krem bila baco berita kat bawah ni.. lain kali kalau nak klepet pun beragak ler sikit.. ingat ler gua kat sini..
Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing... - Bernama
Tapi camno pun Sarip lu jangan risau.. sebagai sahabat kamceng gua akan memberi sokongan paling ampuh buat lu.. bukan apo sebenarnyer diorang tu yang tak paham.. biaso la pembangkang diorang mano tau pasal bisnes-bisnes atas angin ni.. yang diorang tau nak membangkang jer.. diorang tak tau kalau ikutkan harga sebenar kereta sorong lapan tayar tu ialah RM3 juta sebijik tak termasuk komisen 30 persen.. tapi dengan kebijaksaan lu.. lu dapat beli dengan harga runtuh.. hanya RM600 ribu jer sebijik termasuk komisen 60 persen.. tak ker hebat tu.. banggonyer gua kat lu Sarip..
Alaa Sarip apa lu takut.. diorang tu cakap jer berbegar.. tapi hado.. memang la diorang tu dapat kereta sorong harga murah.. tapi tengok la spesifikasi macam mano.. kalau stakat kereta sorong tiga tayar.. rim 9 inci pakai plak injin bot sangkut 20bhp.. rantai pun dah berkarat.. timing belt pun dah tercabut.. emm!! gua rasa gua pun bleh dapat murah.. bukan setakat RM99.90 sebijik.... silap-silap bleh dapat lagi murah dari kodai dua hinggit.. siap dengan hadiah gores dan menang lagi..
Sarip.. kalau diorang bising-bising lagi.. lu tunjukkan kereta sorong yang lu beli tu kat diorang… biar diorang terpegun sampai krem rahang bila diorang tengok sendiri akan kehebatan kereta sorong yang lu beli tu.. apa diorang ingat senang ker nak dapatkan kereta sorong lapan tayar dengan harga murah macam tu.. ikutkan tayar sotong dengan rim 38 inci jer dah RM500 ribu.. itu tak masuk lagi injin Skyline GTR 675bhp.. piston sembilan.. aircond lapan.. timing belt tiga.. gearbox enam.. haa tak ker mencecah dua tiga juta hinggit tu..
Tapi kalau diorang masih gak lagi tak percayo.. masih lagi nak mempertikaikan kehebatan lu berniaga atas angin tu.. apakata lu suruh jer diorang panggil juruaudit.. biar diorang kiro sendiri skru tu satu-satu..
* Bagus pak menteri.. siasat jangan tak siasat.. tapi jangan plak yang kaki kelepet tak disiasat.. pemberi maklumat kat Sultan tu plak yang korang carik dan siasat.... atas sebab membocorkan rahsia kerajaan.. perghh!! kalau dapat memang masak ler mamat tu kena lipat..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan