Khamis, 16 Februari 2012

NAK SAMBUT HARI KEKASIH!.. ADA AKU KESAH..

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.

"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain. Apa beza hari itu dengan hari-hari yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menentang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut." Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam.. - TheM'sianInsider

Laa dah lepas rupanyer Valentine’s Day ni.. sorry la Nazri tak perasan plak gua.. lagi pun gua memang tak ambik port pun benda-benda mengarut camni.. banyak lagi hal penting yang gua nak buat.. dari membuang masa menyambut Valentine’s Day baik gua pegi menoreh dapat gak duit.. tapi kalau lu beria-ia sangat nak menyambut Valentine’s Day tu.. gua no hal.. lantak lu ler.. ada aku kesah..

Sepatutnyer sebagai pemimpin kita kena la tunjukkan contoh terbaik.. nasihatkan kat bebudak sekarang ni.. bagi tau diorang jangan terlalu taksub sangat dengan benda-benda mengarut macam ni.. tapi sekarang dah terbalik.. lu plak yang beria menyokong.. tapi bila ada orang Islam kita yang menghadiri majlis di gereja dulu bukan main lagi kita memekak.. dan nanti kalau ada yang mengatakan bahawa lu ni sekular jangan plak lu melenting....

Mungkin ramai dari kita yang telah mengetahui akan asal-usul hari Valentine’s Day ni.. apa lagi kalau bukan dari kisah seorang raja Rom bernama Claudius II Ghoticus dengan kuasa vetonyer telah menghukum pancung seorang paderi bernama Saint Valentine pada tanggal 14 Februari 269 M.. diatas tindakan poyo beliau yang telah mengahwinkan seorang tentera dengan seorang awek cun... dan pihak gereja yang menyokong tindakan Saint Valentine tersebut telah menobatkan beliau sebagai pahlawan kasih sayang... maka dengan itu pada 496 M.. Paus Gelasius I pun menjadikan tarikh 14 Februari setiap tahun sebagai hari perayaan bagi kaum Nasrani sebagai hari kasih sayang bagi umat Kristian...

Namum kita umat Islam memang diminta menjauhkan diri dari tasyabbuh iaitu mengikut sesuatu yang menyerupai budaya atau gaya hidup bukan Islam.. baik dari segi ucapan.. tingkah laku maupun cara bepakaian… Firman Allah dalam Surat Al-Isra’, "Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabkannya." (Al-Isra’:36)

Maka benarlah apa yang disabdakan Rasulullah, ''Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan (cara hidup) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan seandainya mereka memasuki lubang biawak pun, tentu kalian akan mengikutinya.' Kami (para sahabat bertanya), 'Wahai Rasulullah apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ?' Beliau menjawab, 'Siapa lagi kalau bukan mereka.'" (HR. Bukhari)

4 ulasan:

  1. Bagus la penanggah dah bg tazkirah.... sejuk perut mak mengandung ... saling ingat mengingat walau sepontong ayat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 la kito ingat-mengingati sekadar yg termampu.. gua pun x berani nak ckap lelebih.. lg pun gua ni bukan pandai sangt pun.. blajar pun stakat darjah tiga anggur jer..

      Padam
  2. kawan gua nazri mat saleh lagi bijak...

    BalasPadam
  3. alaa gua dah tau lama dah.. memang la budak nazri bijak.. dah la bijak hensem plak tu.. dah hensem baik plak tu.. sekolah pun tak pernah ponteng.. lg pun gua ngan si nazri tu memang kamceng.. kitorang samo2 la g mencurik buah sawit kat kebun leman kasau tahun lepas..

    BalasPadam