Rabu, 23 Februari 2011

MARI KITA KETAWA..


Ketawa la seberapa kerap yang boleh.. kerana itulah ubat yang paling murah.. – Lord Byron..


Gua mengaku.. memang gua tak kenal langsung dengan mamat Lord Byron ni.. tapi dari kata-kata beliau tu memang ada jugak benarnyer.. ketawa itu adalah ubat.. itu sebabnyer gua memang suka ketawa.. kira dah jadi hobi gua la sekarang ni.. pantang ada masa lapang skit..gua akan ketawa.. sampaikan tengok kambing melintas jalan pun gua akan ketawa.. dan apatah lagi kalau gua baca blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. tentu la gua tergelak sakan sambil berguling-guling seperti orang hilang akal..

Mula-mula tu gua kompius gak dengan dakwaan si George Gordon Byron atau Lord Byron ni.. tapi sebaik jer lepas gua ketawa berguling-guling bila tengok jiran gua kena hambat dengan lembu jantan petang semalam.. tetiba penyakit iskombolisme iaitu penyakit radang bulu hidung gua terus sembuh secara drastik.. malah kucing kesayangan gua si Cepot yang turut ketawa sakan bersama gua melihat kejadian ngeri tersebut turut memberitahu bahawa penyakit angin ahmar yang beliau hidapi sejak enam tahun lepas turut sembuh tanpa dipaksa-paksa..

Haa korang pun.. mana yang rasa diri tu ada penyakit kronik seperti penyakit sawan ker.. penyakit untut atau yang seangkatan dengannyer boleh la mulakan sesi ketawa untuk kesihatan ni.. tak kisah ler korang nak ketawa secara berseorangan atau berkumpulan.. kalau secara berseorangan tu boleh.. tapi kena ler kontrol sikit.. nanti orang ingat korang dah gila ler plak bila ketawa sesorang.. tapi gua cadangkan korang supaya ketawa secara berkumpulan.. bagi gua cara ni lebih mencongkam dan menjimatkan serta kira lebih meriah.. apa tidaknyer korang boleh ketawa dengan berbagai cara dan aksi.. nak ketawa sambil melompat katak pun boleh.. kalau nak ketawa sambil panjat pokok sawit pun boleh… ikut kreativiti korang ler.. .

Tapi bila gua baca kisah si Lord Byron ni.. gua jadi kesian plak dengan nasib si mamat ni.. apa tidaknyer dalam dia suruh orang ketawa untuk kesihatan.. tapi beliau pun mati setelah diserang demam sewaktu dalam perjalanan dengan gang beliau untuk menyerang Turki bagi membebaskan Greek dari empayar Uthmaniah.. gua rasa mungkin kerana terlalu sebok nak menyerang orang Islam.. itu sebabnyer mamat ni terlupa untuk ketawa semasa dalam perjalanan tu kut.... haa itu ler balasan.. ganas sangat.. kahhhkaahhkaahh!!!!

2 ulasan:

  1. aku ketwa tanpa henti 24 jam ehari selama seminggi..tengah berak pun aku ketawa..
    hahahha

    BalasPadam
  2. kahkahkahh!!hahahahaa!!apa lg sipoyos.. ketawa.. ketawa lagi.. jgan berenti..haa teruskan tanpa ragu-ragu.. gua pun dah lima hari tak berenti ketawa ni... hahahaaa!!kahhhkaahh!!!

    apsal ler basikal pakcik leman ni parking kat atas meja gua ni.. kelakarnyerr!! kakahhkaakaah!! hahaaahaa!!!..

    BalasPadam