Isnin, 11 Ogos 2014

AIII... ORANG POLITIK NI TAK RETI NAK TIDOR KER..


MELAKA 10 Ogos - Rakyat Selangor disaran supaya membuat penilaian sendiri tentang kemelut politik yang melanda negeri itu berikutan pemecatan keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, situasi tegang yang sedang berlaku antara pakatan pembangkang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas menonjolkan sikap sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, Anwar dilihat sanggup mengenepikan rakan seperjuangannya demi kepentingan diri malah, mengabaikan pelbagai pandangan oleh rakyat di negeri itu serta tidak menghormati institusi diraja... - UtusanM'sia


Memang betu la ler orang politik ni tak pernah tidor.. kerjanyer siang malam dok mengatur strategi agar kuasa di tangan tidak mengendur.. mengangap kuasa yang ada adalah milik kekal yang akan di bawa bersama masuk kubur… bagi diorang sepak terajang.. banting sana… banting sini adalah satu seni.. bagi memastikan pesaing dan musuh politiknya jatuh tersungkur walaupun terpaksa menghabiskan banyak money..

Sebenarnyer setiap orang politik mempunyai mimpi yang sama.. tak kira jantan betina walau dari negara dan parti mana.. semuanya sama dua kali lima.. termasuk ler juga yang menyorok disebalik agama.. tujuannya hanyalah kuasa dan nama.. apa taknyer bila dah dapat projek juta-juta baru ler boleh memakai kereta berjenama.. janji yang ditabur pun lesap entah ke mana.. tinggal ler penyokong dan pengundi ternganga-nganga..

Gua memang dari dulu tak percaya sangat cakap orang-orang politik.. cakap jer berdegar-degar tapi semuanyer plastik.. rasanyer gua lebih selesa join Parti Atas Pagar.. supaya senang mana yang tak betul terus jer gua langgar.. supaya diorang jangan ingat negara ni mak bapak diorang yang punya dan sesuka hati boleh dicagar.. tapi kalau tahap kesabaran gua dah tercabar.. memang nahas diorang tu gua hambat dengan tiang pagar..

Lain la kalau pengampu dan penyokong taksub.. pemimpin boros yang merembat harta negara pun disokong dan dipuji ketahap takjub.. walaupun jelas pemimpin tu kaki kelepet.. sampaikan duit peruntukan bela lembu dan kambing pun dibuat beli karpet.. dan oleh itu marilah kita berdoa supaya negara kita ni sentiasa selamat.. agar dijauhkan dari pemimpin-pemimpin poyo yang berperangai lahanat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan