Khamis, 15 Mei 2014

DRAMA ORANG MERAJUK.. TAK BEST LANGSUNG!!


Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.

Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.


"Kami saling meminta maaf... perdana menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.


"Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar perdana menteri juga akui sama ada sedar atau tidak," katanya.... - TheM'sianInsider


Hahahaahaaaa... ini ler baru dikatakan lawak cipan tahap super.. bila politik dijadikan barang dagangan dan mainan... menjadi tempat untuk berjual beli... berhibur dan berlawak.. dan kita bleh tengok sendiri bagaimana gelagat orang-orang politik separuh masak yang dikagumi ramai ni beraksi dan berdrama.. dengan selamba jer membuat parti politik diorang sendiri macam kelab dangdut.. bleh kluar masuk sesuka hati.. apa!! diorang ingat berpolitik ni macam makan karipap ker..

Tapi tak kisah ler.. nak buat camno.. dah itu jer pemimpin yang kita ada.. tapi sekurang-kurangnyer gelagat manusia-manusia sengal yang sedang mengerumuni dunia politik negara kita sekarang ni.. sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati kita semua.. paling tidak pun dapat mengurangkan kegelisahan di jiwa rakyat jelata yang tak sabar-sabar menunggu kedatangan GST tahun depan..

Dan jugak sekurang-kurangnyer drama lawak ni dapat kita jadikan pengajaran.. atau sebahagian dari alam terkambang yang dapat kita jadikan guru.. dan sudah pasti kisah lawak sepanjang zaman ni akan menjadi sejarah dan kisahnyer dapat jadikan sebagai cerita klasik sebelum tidur buat anak cucu kita di kemudian hari.. terimo kasih YB diatas drama Melayu yang tak berapo nak best ni.. Selamat Hari Guru..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan