Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT DATANG 2010..


AIIIKKK!!! dah nak masuk tahun 2010 pun kito… pejam celik pejam celik dah setahun maso berlalu.. begitulah pantasnyer maso berjalan.. tapi walaupun maso bergerak pantas mengalah jet F-5E yang gua rembat itu hari... hidup gua camni jer la.. tak ado pun cerito atau kisah yang menarik sepanjang tahun 2009 ni untuk nak dikongsi dengan korang semuo.. nak cerito pasal azam baik tak payah.. buang karan.. tu smuo terlalu skema bagi gua.. tapi kalau stakat cerito merapu diluar lingkungan banyak laa.. nak cerito takut nanti korang jer yang paneh hati baco blog gua ni..


Tahun ni gua tengok graf perjalanan hidup gua pun kiro banyak yang mendatar.. yang menjunam pun bleh tahan banyak gak la.. kalau ado kisah yang best pun stakat satu duo jer.. yang paling mencongkam pun stakat gua pegi meronda mengabihkan duit ke Bandung itu hari.. dan lagi satu yang paling gempak gua dapat merembat enjin 6 lejang 39 valve 10 piston bersamaan 257.25 bhp 56gghz.. dari kapal selam KD Tongkol di pangkalan nelayan laut dalam kat Tumpat (sebenarnyer kes ni belum terbongkar lagi.. masih menjadi rahsia kerajaan dan pihak SPRM.. korang jangan la bising-bising plak.. kalau tau dek sarjan Buncit mati la gua kono perambat..)


Tahun ni gua tak tau lagi nak sambut tahun baru kat mano.. biaso sebelum-sebelum ni banyak kali gua sambut kat opis jer.. jangan la korang rasa pelik lagi kagum..  ingat kat opis gua ni ado buat pertunjukan bungo api sempena sambutan tahun baru.. bertuah laa kalau boss nak buat camtu.. tapi semuo tu angkara kojo punya pasal la.. sampai gua terperangkap kat opis sampai ke pagi.. chehh!!.. mintak-mintak tahun depan tak berlaku lagi la bondo-bondo camni..


Kalau ikutkan pun.. gua ni bukanlah minat sangat pun nak berhimpit-himpit kat KLCC.. Bukit Bintang tau Dataran Merdeka semato-mato nak menyambut tahun baru ni.. seingat gua yang dah betahun duduk kat KL ni.. bleh dikira gua pegi menyambut tahun baru ni.. bagi gua stakat nak pegi tengok orang menyanyi.. lepas tu melopong mulut tengok bungo api.. tak ado la kat dalam kamus hidup gua.. kalau gua pegi pun stakat nak mengusya awek-awek jer.. tau jer ler malam tahun baru.. maso ni la kito bleh tengok awek-awek kluar dari persembunyian masing-masing.. lagi satu kalau malam merdeka.. umang aiii.. tak monang tangan nak melayan.. sakit leher sampai krem tengkok menengokkan awek-awek seksi kat KL malam tu..


Yang mabok sampai lupo dunia pun ramai gak.. kalau tak pecayo cubo korang pegi kat Bukit Bintang.. maso ni la kalau korang nak tengok anak-anak Melayu kito nak jadi orang putih.. itu la Bukit Bintang kawasan yang dianggap elit.. tempat orang belagak.. beraso diri tu hebat.. bebas.. kira tempat orang yang berjiwa international la.. tapi kalau raso diri tu berjiwa skema.. patriotik tak betempat.. haaa!! kat Dataran Merdeka ler tempat yang paling sesuai buat korang.. kalau tak pecayo korang bleh pegi sendiri.. atau tengok jer kat TV.. 


Tapi macam mano pun.. gua nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kat korang semuo.. semoga tahun depan memberi kita kehidupan yang lebih ceria dan awek yang ramai.. hahahaa!!

Khamis, 24 Disember 2009

MANO GUA NYER ENJIN..


MINGGU lepas kita telah digemparkan dengan satu berita palsu mengenai akan kedatangan seekor kingkong dan dua ekor babun bersama segerombolan tapir polka dot yang berbulu lebat berkumis tebal.. yang dikhabarkan akan menyerang negara kita melalui sungai Golok lewat minggu depan.. berita palsu yang siarkan oleh CNN dan CBS secara langsung dari stadium Batu Kawan tersebut juga telah berjaya menggangu sistem avionik server komputer di BSKL.. ini menyebabkan pasaran saham komodoti sawit dan pisang jatuh mendadak di bursa saham Han Seng dan Wall Street.. sehinggakan pihak berkuasa tempatan terpaksa memanggil beberapo orang mekanik dari kedai motor berhampiran bagi membaiki sistem avionik dalam server tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih panik.. 


Namun begitu belum lagi habis cerita kingkong and the geng tersebut.. kini sekali lagi kita rakyat M’sia dikejutkan pulak diatas kes kehilangan dua enjin sangkut honda kupcai empat lejang yang digunakan oleh pesawat F5-E angkatan tentera kita bagi kegunaan meronda keliling kampung dan desa semata-mata untuk mengawasi keselamatan rakyat dan awek-awek negara ini.. enjin yang bernilai RM50 juta tersebut disyaki hilang sewaktu dihantar ke sebuah bengkel motor di luar negara untuk di overhoul.. kerana sistem avionik yang terdapat pada enjin tersebut tidak begitu mencongkam.. malah gasketnyer turut didapati telah bocor disana sini..


Menurut pengawal yang menjaga pintu masuk kem tersebut menyatakan sewaktu kejadian tersebut berlaku keadaan di kem tersebut agak kacau bilau.. kerana hujan telah turun dengan begitu lebat di ikuti dengan ribut petir sebingga air telah naik sehingga keparas hidung.. dan mungkin sewaktu keadaa huru hara tersebutlah pihak musuh telah berjaya melarikan enjin tersebut tanpa dapat dikesan oleh GPS beliau.. menurut beliau lagi pintu pagar kem tersebut jugak berjaya di kebas oleh penyangak-penyangak tersebut tanpa disedari oleh sesiapa termasuk pemandu teksi yang sedang berenang dikawasan tersebut akibat banjir kilat....


Zahit Amit selaku jurucakap pihak berkuasa tempatan merangkap ketua rela Bagan Datuk menyatakan pihak berkuasa sedang bertungkus lumus menyiasat siapakahkah dalang yang melakukan kerja-kerja merembat enjin tersebut.. malah beliau berjanji akan melakukan intipan dari rumah kerumah bersama geng Gerak Khas dari tv2 yang diketuai oleh Usup Eslam bersama Sarjan Senin yang turut dibantu oleh pasukan Roda-Roda Kotaraya yang juga di bawa khas dari tv2.. dan akhir sekali beliau mengucapan selamat menonton tv2 kepada rakyat negara ini dan turut menasihatkan agar kita semua tidak panik diatas kejadian ngeri tersebut… dan anggaplah perkara tersebut hanya mainan tidur sahaja..

Isnin, 21 Disember 2009

RONDA-RONDA MALAM MINGGU..


SAJER nak menghilangkan kebosanan malam minggu setelah seharian meronda dengan geng opis bagi menghadiri jemputan kahwin sorang member di Kuala Lipis Pahang.. gua pun plan dengan beberapo orang member untuk meronda-ronda sekitar KL bagi menghabiskan malam minggu baru-baru ni.. lagi pun kalau ikutkan memang dah lamo gua tak meronda malam-malam sekitar KL ni.. terutama  malam minggu.. sebok la katakan..


Gua tengok jam baru masuk pukul 12.00.. perut pun dah kebulur.. apo lagi tempat pertama kitorang tuju ialah jalan Dooraisamy.. bukan apo tempat ni memang top lagi meriah.. tau jer banyak disko kat area ni.. sesambil pekena roti canai.. bleh gak kitorang melayan mata mengusya awek-awek kat situ… sampai kat situ satu lagi masalah nak carik parking… kalau masuk tempat parking siapkan la 10 hinggit.. nak parking kat tepi jalan ado plak malaon duo tigo orang yang nak jadi staff DBKL tak bertauliah mengutip duit parking.. tu pun bleh tahan gak lima enam hinggit... malas nak carik masalah.. kitorang pun parking la jauh skit.. tapi tak apo la dari bagi kat malaon tu duit..  baik duit tu kitorang beli roti canai atau nasik lemak .. kenyang gak perut..


Sambil melayan teh tarik.. tetiba mata gua terpandang dua orang awek tengah melepak sambil pekena mi goreng.. tak ler jauh selang dua meja dari tempat kami lepak.. muka bleh tahan laa.. gua agak pun mesti masih sekolah tau baru abis ambik SPM..  tak lama kemudian gua peratikan yang sorang tu kluarkan kasut dari sebuah beg.. umang aii kat situ gak dia tukar kasut tumit tinggi lagi tu.. yang sorang siap besolek sakan kat tepi meja.. tapi dia pun buat selamba jer bersolek.. walaupun dio perasan ramai mata-mata jantan kat situ yang memandang.. termasuk la gua.. gua agak dah sah-sah la awek ni nak pegi disko kat depan tu.. tapi tak tau la jantan mano la yang dapat angkut awek duo orang tu.. cehh...


Sambil memeratikan perangai duo orang awek tu.. gua tengok ado tigo orang mat Arab baru kluar disko.. yang sorang tu dah terhoyong hayang melayan kepala yang tengah mabok.. menuju ke Wilayah Komplek.. gua agak mesti Mat Arab tu menyewa kondo kat area situ.. gua ingat kalau kat tempat diorang la buat perangai camni.. mabok sampai tak ingat dunia dah tentu la bebirat badan tu kena sebat.. tapi nasib baik la kat M’sia semangat 1M’sia masih menebal.. tak do hal la klau nak mabok satu tempayan pun.. gua tengok orang melayu kita pun sama gak perangai..


Setelah penat menengok perangai orang-orang separuh masak kat area Dorai tu.. dan pun perut dak kenyang.. kitorang pun masuk plak kat area Dataran.. belum apo-apo lagi.. sampai jer kat persimpangan Jln Tunku Abd Rahman ke Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.. gua tengok orang bukan main ramai lagi bekumpul.. apo hal plak ramai-ramai ni.. ado pesta makan free ko.. laaa rupa-rupanyer diorang berkumpul tengok polis buat roadblock operasi mat rempit.. gua tengok dah macam tengok konsert dah kat area tu.. biasa kita tengok kat tv jer polis buat operasi mat rempit ni.. lalu kitorang pun parking kereta kat belakang jalan Masjid India.. saja berenti nak menengok dan nak meramaikan lagi penonton pesta pagi tu.. itu la KL sampai polis buat operasi pun dah jadi macam satu hiburan buat diorang...


Kitorang pun blah setelah operasi tamat lebih kurang 2.30 pagi... semaso lalu kat depan bangunan DBKL gua tengok ada gak mak bapak yang bawak anak kecik diorang sama-samo menonton pesta pagi tu.. apo la diorang ni.. patutnyer time camni budak-budak tu dah masuk tidor.. ni dibawaknyer melepak.. nanti bila budak tu dah besar melepak tak tentu arah marah la plak.. aii tak tau la gua mak bapak zaman sekarang.. kat depan tu jugak gua peratikan area budak ‘moneyboy’ carik duit pun dah lengang.. mungkin diorang dah balik tau semuo dah habis kena booking oleh mat gay..  tak tau laa.. 

Rabu, 16 Disember 2009

SORRY LAA.. SEBOK SKIT..


MAK OIII.. kiro lamo gak gua tak merapu dalam blog yang entah apo-apo ni.. mengikut laporan terbaru dari jurnal perubatan hospital Langkap yang diedarkan oleh sorang juru ukur merangkap juru audit dari jabatan tanah dan galian daerah Manjong.. dekat  seminggu lebih gak gua tak menulis dalam blog ni dan dah sah-sah laa tentu korang tertanyo-tanyo kemano plak gua menghilang.. nak kato masuk sukan SEA tak ado bakat bersukan pun.. setakat main congkak dengan dam ular tu bleh laa.. nak kato pegi melancong ke Hawaii nampak sangat plak nak menipu..

Sebonarnyer bukan apo sejak kebelakangan ni gua sebok sikit.. kojo plak betimbum-timbun mengalahkan pasir lombong.. klau duit yang betimbun bleh gak digagahkan.. ni kojo.. terpakso laa utamokan.. kono plak gua dapek boss baru yang bleh tahan gak sasanyer.. takut gak gua nak mengulau layan internet tak tentu arah... skali dio bagi backhand mau gua kono parkinson seminggu..

Lagi satu bukan korang jer tertanyo-tanyo.. ramai lagi peminat Penanggah di seluruh dunio ni tertanyo-tanyo kemano gua menghilang.. salah sorangnyer Kamro Boteng sorang peminat Penanggah dari Sudan siap sound gua lagi kalau nak hilang tu bawak la dio sekali... sobab dio pun nak ikut hilang gak.. gua sound jer dio kalau nak hilang tu bukan susah.. duduk jer dalam golap.. dah tentu hilang.. sorang pun tak jumpo.. 

Awek-awek kat face book gua pun bleh tahan bising gak.. sebab gua tak dapat nak melayan diorang seminggu duo ni.. sebok la katokan.. susah betul laa awek ramai sangat ni.. tak menang tangan gua nak melayan.. kalau korang nak satu ambik laa.. nanti gua bagi yang baiknyer satu.. Munah Tombam.. body bleh tahan budak Kluang.. perghhh.. awek ni gua cakap lu stakat mi goreng duo pinggan ngan milo ais gelas besar sekali jalan jer..

Ok laa.. gua pun tak bleh lamo nak merapu nii.. guanyer boss pun dah jeling-jeling kat blakang gua ni.. silap-silap haribulan mau dikepitnyer tengkuk gua dari belakang.. tak pasal-pasal patah plak tulang keting gua kena lanyak.. 

Isnin, 7 Disember 2009

ALAA.. POYO BETUL LAAA..


LAWAK betul mengalahkan tengok cerito Mr. Bean vs Senario.. bilo gua tengok berito tentang pasukan bolasepak kito yang sedang menghadapi sukan SEA kat Laos skarang ni.. yang pasukan wanita mulo-mulo dah kono belasah 14-0 dengan Thailand.. gua tegelak sampai koma 3 hari 4 malam..  kemudian kena plak tibai lagi ngan Vietnam 8-0.. gua gelak lagi sampai hilang ingatan.. lopeh tu pasukan jantan plak kono 3-1 ngan Vietnam.. dah tu sibuk plak nak tunjuk handal sampai bertomoi tak puas hati ngan pengadil sengal cap ayam dari Korea.. tu pun gua gelak gak laa.. 

Lopeh ni tak tau la lagi.. berapo banyak plak diorang kono lanyak.. cukup-cukup laa tu.. gua pun nak hidup lamo gak.. tak larat rasanyer gua nak tergelak berguling-guling sampai terkehel guanyer usus besar.. tak apo la bukan tak biaso kalah.. kalau menang tu pun dah kira ajaib.. lagi pun kito orang kat M'sia ni dah boleh terimo kekalahan korang tu dengan hati terbuka.. usah laa korang takut..

Dalam gelak-gelak sampai lupa ingatan tu… kat sini gua cukup tak puashati dengan ulasan sorang menteri yang menyatakan kebengangan beliau diatas kekalahan tersebut.. beliau turut memberi peringatan kepada pasukan bola sepak wanita tersebut yang diketuai oleh makcik Kiah serta anggota pasukan beliau yang terdiri dari para penari poco-poco dan peniaga kain batik di Masjid India agar mengukur dulu kemampuan masing-masing sebelum acara sepak mula dilakukan..

Bagi gua menteri ni sebenarnyer tak tau apo-apo pun pasal bola.. stakat main gasing pangkah boleh laa cerito.. kalau tak percayo cubo suruh dio main bola lawan budak sekolah darjah tigo.. nak tengok.. gua raso tak sampai setongah jam datang la ambulan menjemput.. bagi gua sepatutnyer menteri ni bagi la semangat.. paling tidak bagi la bonus 5 bulan kat diorang.. haa baru la diorang ado semangat nak berlawan.. jangankan Vietnam silap-silap kalau Brazil datang pun cabut lari..

Kalau ikutkan guanyer pendapat.. kito ni sebenarnyer kekurangan strategi yang boleh menggugat emosi pihak lawan.. apo kato lain kali kito hantar jer makcik-makcik atau nenek-nenek kito kat kampung tu main bola.. bilo pasukan lawan tengok jer pasukan kito yang dibarisi dengan pemain otai dah tentu la diorang raso gerun semacam.. bayangkan la kalau pemain terdiri dari nenek yang dah berumor limo enam puluh tahun.. dah tentu diorang ingat pasukan kito ni terdiri dari pemain-pemain yang begitu berpengalaman..

Lagi satu.. maso lawan tu dah tentu la diorang beraso segan nak merebut atau merampas bola dari pemain kito dan tak berani nak bermain kasar.. takut pemain kito cedera parah plak sebab ramai sangat makcik-makcik dan nenek-nenek.. kalau kito kalah pun tak la kalah teruk.. sampai pengadil pun pening kepalo nak mengiro jumlah jaringan... sampai kono plak panggil sorang juruaudit..

Jumaat, 4 Disember 2009

MACAM-MACAM HAL (2)


Manyak Ganas Ini Nyonya..

KUALA LUMPUR - Suri rumah, Yim Pek Ha yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun setelah disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan mendera bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat dengan seterika panas dan air panas, lima tahun lalu berjaya mengurangkan hukuman kepada 12 tahun penjara. - Kosmo

Haiiyaa nyonya Pek Haha.. gua tengok lu manyak ganas ooo.. serupa itu zionis.. gua ingat kalau Chin Peng tengok lu pun mesti ketar lutut separuh mati... itu pakcik Chin Peng kalau dera pun stakat geletek ketiak ngan jolok lubang pusat.. paling ganas pun dio suruh itu olang makan apam balik 6 keping.. tapi lu lagi ganas.. siap kasi sterika.. dah macam nak sterika baju.. dah tu lu kasi simbah air panas... woiiyoo.. memang brutal betul la lu nyonya Pek Haha.. mano lu belajar illmu Jurus Sengal Melantun ni pun gua tak tau laa.. 

Tapi yang tak best.. seganas-ganas lu.. lu bleh menangis sampai beguling-guling bilo lu kono hukuman penjara.. ala nyonya 12 tahun talak lama.. manyak sekijap maaa.. tapi lu manyak untung ini kali sebab maso tu bukan gua yang jadi hakim.. kalau tak mau gua kasi lu 40 tahun penjara kerja berat.. silap-silap gua hantar lu masuk kem BTN.. kasi lu bekawad 24 jam kat situ.. kasi padan dengan lu punya muko..


Lawan Jangan Tak Lawan

KUALA LUMPUR - Tindakan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membangkitkan isu ketuanan Melayu yang disifatkan penghalang perpaduan Melayu mencetuskan pertikaman lidah di kalangan ahli-ahli Parlimen hari ini. -Utusan M'sia

Perang mulut yang berlaku antara Kulasegerap dari parti Maruku Pedas dengan sekumpulan anggota parti Tapai Pulut yang di ketua oleh Kolonel Mat.. telah berlarutan hampir 2 hari.. berpunca dari pembinaan sebuah hotel kepunyaan inspektor Shahab yang dianggap telah menceroboh reban ayam Sarjan Dol.. pembinaan hotel tersebut juga dilihat telah cuba mengganggu gugat ketuanan Melayu.. malah turut mengganggu hak asasi ayam-ayam Sarjan Dol yang sedang syok mengeram di dalam reban tersebut... 

Melihat Kulasegerap yang begitu bengkeng.. Kolonel Mat pun mengugut Kulasegerap dari parti Maruku Pedas serta inspektor Shahab agar memberhentikan pembinaan hotel tersebut.. jika tidak beliau dan Sarjan Dol bersama ayam-ayam beliau akan berdoa agar perut Kulasegerap dan inspektor Shahab akan bertambah buncit seperti orang minum todi..

Mendengar ugutan Kolonel Mat tersebut.. Kulasegerap dan inspektor Shahab pun menjadi gerun dan takut separuh mati.. lalu mereka pun meraung-raung memohon maaf kepada Kolonel Mat agar menarik balik doa tersebut.. melihat rayuan mereka berdua itu.. Kolonel Mat pun menukar doa beliau agar perut Kulasegerap dan inspektor Shahab menjadi kempis semula.. lalu mereka pun berdamai dan berpeluk-pelukan sambil menyanyikan lagu Negaraku..

Selasa, 1 Disember 2009

BTN.. RUGI OOO KALAU TAK JOIN..


KUALA LUMPUR  - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Pusat tidak ralat sekiranya ada pihak yang tidak mahu menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN). Katanya, keengganan mereka berbuat demikian langsung tidak mendatangkan masalah kepada kerajaan kerana banyak lagi pihak lain bersemangat untuk menyertainya.. - Utusan

Mengikut kaedah tafsiran kamus dewan Madagaskar.. sistem BTN ini sebenarnyer telah dicipta oleh Jimmy Page dan Robert Plant pada tahun 1969 sempena pelancaran album mereka yang pertama iaitu Led Zeppelin I.. bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kumpulan tersebut dengan sekumpulan penjual goreng pisang di London yang sedang berduka cita akibat dari kejatuhan mendadak harga pisang di bursa saham London..

Mengikut sistem asal.. serta pengalaman gua yang dah 17 tahun 8 bulan berkecimpung dalam arena BTN ni.. pada mulanyer para peserta BTN ini dikehendaki berjalan lenggang kangkung mengelilingi kampung Windwind di New Jersey sambil memikul setandan pisang bagi menguatkan otot-otot perut dan ketiak.. namun kini acara yang diangap tidak praktikal dan ganas tersebut telah ditukar kepada sistem yang lebih berhemah dan gemalai seperti menyuap nasik kemulut setiap setengah jam sekali sepanjang kursus itu berlangsung.. 

Pendek kato baru jer nak start melompat pagar kem dah berenti minum.. baru tiga langkah nak berjalan itik dah berenti plak makan nasik.. baru jer peserta berbaris nak berkawad dah kena arahkan supaya melepak kat dalam bilik.. korang pikir la.. gua baru jer nak menunjukkan kehebatan gua memikul kayu balak 4 tan.. diorang dah menjerit suruh berenti.. paksa plak gua pegi minum teh tarik dulu.. kalau dipikirkan memang la letih dan mencabar namun bila mengenangkan kesetiaan gua kepada nusa dan bangsa terpaksa la kuatkan semangat menghabiskan segelas teh tarik serta seketul karipap pusing tanpa sebarang bantahan..

Seorang penghulu mukim yang tidak ingin dikenali bagi tau gua.. memang rugi besar kalau korang tak join BTN ni.. mengikut Ali Mamat penghulu mukim Jempol Selatan itu lagi.. memang berbaloi-baloi join bondo ni.. awek pun bleh tahan ramai.. perghh!! mengalahkan macam dapat bonus 5 bulan katanyer.. lagi satu korang jangan terpengaruh sangat dengan dakyah pembangkang ni.. sebenarnyer diorang dengki sebab tak dapat nak join BTN ni sebab tak mampu nak bayar yuran ahli sebanyak RM85.70 sen tu.. ujar beliau lagi sambil mengangkat setandan pisang untuk menunjukkan kehebatan beliau yang telah menggunakan sistem BTN ini selama 2 tahun..

Rabu, 25 November 2009

HARTA PUNYA HAL!!!....


MARRY JANE.. isteri Tony Blanco telah terbunuh dalam satu kemalangan kereta ketika cuba mengelak seekor kucing sewaktu pulang dari pejabat beliau di Manchester City minggu lepas.. melalui wasiat yang ditinggalkan.. beliau telah mewariskan segala hartanya sebanyak 3 juta pound kepada Tonny.. iaitu suami yang beliau sangat  sayangi..  ini membuatkan ibu bapa dan adik-beradik Marry Jane tidak berpuashati diatas pembahagian harta tersebut yang dianggap tidak adil.. lalu berlakulah perang mulut antara mereka dengan Tony.. untuk mendapat keadilan.. mereka semua pun bersetuju untuk pergi berjumpa dengan peguam Marry iaitu Richard  Martin....


Bapa Mary: Mano boleh macam ni peguam Richard.. gua yang bela Marry dari kocik sampai besar takkan satu sen pun gua tak meraso.. maso Marry masuk universiti sampailah beliau kawin.. gua jugak yang banyak berabis duit sampai berjuta-juta menanggung beliau.. harapkan suami beliau si Tony gemok ni.. memang tak payah la.. habuk pun takdo.. kojo dah la maleh… luah pakcik Stephen Gerrad tak puas hati..


Emak Marry: Betul tu Richard.. saya la ibu yang melahir dan membesarkan Marry.. sampai tak tidor malam duo tigo hari.. maso Marry sakit terlantar sebulan kat hospital.. saya la ibunyer yang menemani beliau.. harapkan si Tony ni.. memang buang karan jer laa.. kalau datang pun time makan sebab nak melantak nasik hospital.. hampehh betul mamat ni..


Abang Marry: Yer laaa… paling tidak pun.. sikit sebanyak kami sebagai ahli keluarga patut layak mendapat sebahagian dari harta Marry.. paling tidak pun duo tiga puluh ribu pun jadilah dapat gak gua pegi enjoy kat Hawaii seminggu duo..


Adik Perempuan Marry: Gua pun kalau dapat seribu duo pun ok laa.. boleh gak beli chewing gum atau apam balik kat pasar malam Keramat.. ni satu sen pun tak meraso.. mano boleh.. tu yang gua musykil tu..


Tony yang dari tadi berdiam diri tiba-tiba mencelah…


Tony: Apo laa korang memekak kat sini.. cuba korang pikir sendiri sewaktu gua cabutkan wayar break dan longgarkan skru tayar kereta si Marry tu... ado tak korang datang menolong.. nasib baik la ado si Richard Martin ni yang ringan tangan sanggup menolong gua.. dah tu korang senang-senang jer nak mintak bahagian… banyak cantik.. boleh belahhh la korang..


Keluarga Marry: ????@@%#!!

Isnin, 23 November 2009

HAIYAA APEK!!! KASI HANTAM SAJA MAAA..


IPOH - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek meminta Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya bersabar dan tidak terus mendesak supaya parti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini. - Utusan M'sia

Haiyaaa Tiong Lai.. apa pasat bleh jadi ini macam.. serupa itu WWE Smackdown.. wrestling punya olang.. hantam sana.. hantam sini.. banting sana.. banting sini… gua tengok pun manyak takut wooo.. serupa itu filem Momok The Movie wayang hantu punya cerita.. dulu lu cakap samo gua lu manyak kuat serupa itu king kong.. kung fu punya olang la.. itu geng 008 Jinjang sama itu geng Bak Kuteh Segambut smua lu punya member tapi sikalang gua tengok lu habuk pun tarak.. samo itu Tong Kiat pun lu tak bleh makan.. 


Itu la dulu lagi gua sudah cakap sama lu.. jangan lawan sama itu Tong Kiat.. ini apek banyak kuat ooo.. serupa itu kung fu panda.. ini olang satu sekolah sama itu Naruto Sipuden dan lagi satu gua mau bagi tau sama lu.. itu Mask Rider Kabuto pun pernah kono ghout ooo.. bila dio kena jurus Libasan Tumit Seribu Bayang samo ini apek.. tiga bulan tak boleh makan nasik.. tapi lu manyak degil.. tak mau dengar gua punya nasihat skalang lu tengok apa itu apek sudah bikin samo lu.. baru itu apek bersin lu sudah kena kancing gigi.. apa la lu.. boss konon.. boss pun sama.. nasib baik lu tak kena telanjang..


Lagi satu gua mau tanya samo lu.. apa pasat lu tak mau tag team dengan itu So Lek sama itu Ka Siong… ini dua olang pun manyak teror jugak maa.. dia punya lawak pun bleh tahan.. serupa itu Mr. Bean.. gua cakap sama lu aaa.. kalau lu join sama ini dua olang lu sudah boleh bikin satu kumpulan atau trio serupa itu kumpulan Three Stooges.. haa silap-silap itu Tong Kiat boleh kena parkinson bila tengok lu sama lu punya kumpulan Three Stooges datang ramai-ramai mau kasi hantam sama dia punya tali pusat..


Talak apa Tiong Lai.. lu jangan susah hati.. gua boleh tolong.. sini gua mau bagi sikit tips samo lu.. haiyaaa bukan duit tip maa.. ini tips serupa itu melayu cakap petuo la.. apa macam mau bikin lu punya parti Itik Gantung menjadi parti yang paling digeruni di seluruh Asia Tenggara dan jugak oleh semua pelawak sarkas baik di M’sia tau pun kat  Sudan.. tak payah la lu mau bikin EGM.. itu semua buang maso saja maa.. tu olang datang pun bukan mau dengar lu punya EGM tapi saja mau kasi abis lu punya bihun goreng sama itu karipap saja maaa..


Mula-mula lu talipon sama itu Tong Kiat.. alaa kasi tipu saja maa.. lu bagi tau sama dia yang lu sudah beli ini parti Itik Gantung lebih kurang 20 juta pound termasuk dengan dia dan ahli-ahli sekali.. nanti bila dia dengar lu sudah beli ini parti.. sudah tentu dia frust menonggeng lalu terjun masuk lombong atau merajuk balik kampung.. apa lagi itu time la lu ambik alih ini parti.. lepas tu boleh la kita pegi enjoy sakan kasi perabih semua duit parti.. haaa apa macam gua punya idea… haiiyaaa Tiong Lai.. itu pun lu tak bleh pikir kaa.. manyak senang maaa.. mau kasi lingkup ini parti..

Jumaat, 20 November 2009

SOAL JER LER.. ADO AKU KESAH..


KUALA LUMPUR  – Berkuat kuasa hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang. - Utusan M'sia

Setelah berhempas pulas bermesyuarat selama 18 jam.. sehingga hampir memecahkan pintu tandas mahkamah... selain berjaya menghabiskan tiga periuk nasik ayam hainan serta dua pingan karipap pusing.. akhirnyer persatuan hakim-hakim semenanjung telah berjaya mencapai kata sepakat serta sebulat suara mendapati nasik ayam yang dihidangkan oleh Amat Turbo The Nasik Ayam Hainan tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh mereka bagi melancarkan perjalanan mesyuarat agong tahunan Koperasi Apam Balik Keramat balik bagi mencapai kata sepakat menghalang para penyiasat SPRM menjalankan siatan tanpa had masa terhadap saksi yang ditahan..

Dengan keputusan mesyuarat tersebut.. mahkamah memerintahkan anggota SPRM tidak boleh melakukan sisatan melebihi had masa yang diberikan.. setiap penyiasat hanya diberikan masa 2 jam sahaja untuk melakukan siasatan.. tidak termasuk 1 jam masa tambahan serta 20 minit lagi untuk masa kecederaan.. itu pun bergantung kepada kelulusan bertulis dari ketuo kampung Langkap iaitu encik John Dempong Jr. yang dilantik sebagai pemerhati khas yang turut mendapat elaun tambahan sebanyak RM1..

Walaupun keputusan para hakim ini mendapat bantahan keras dari Amat Turbo The Nasik Ayam Hainan kerana tidak berpuas hati diatas kehilangan cawan dan pinggan beliau sewaktu mesyuarat tersebut dijalankan..  namun bantahan tersebut tidak mendapat sambutan hangat dari para hakim yang bertugas.. malah mereka mengugut untuk mengenakan tindakan tataterib yang boleh membuatkan tokey nasik ayam hainan tersebut di buang daerah ke Sudan selama 2 bulan.. 

Amat Turbo yang begitu frust dan kecewa tahap 7 diatas tindakan para hakim tersebut yang agak rasis serta tidak mahu melayan segala tuntutan diatas kehilangan cawan dan pinggan arcoppal beliau tersebut.. lalu beliau pun menghentakkan kaki kiri serta berpusing sebanyak tiga kali lalu menekan lubang pusat beliau sebelum bertukar menjadi seekor ayam katik berkuasa turbo 450bhp.. lalu beliau pun melakukan pukulan karate ke leher para hakim yang terdapat disitu sebelum terbang di dalam kepekatan malam.. meninggalkan para hakim tersebut terpinga-pinga..

Rabu, 18 November 2009

HARI TERAKHIR SEORANG GANGSTER MERAPU...


PETALING JAYA - Hasan Budu yang menjadi buruan polis sejak awal tahun ini kerana terlibat dalam banyak kes jenayah termasuk mencederakan seorang anggota polis di Kampung Dedap, Pasir Puteh, Kelantan ditahan kelmarin. - Kosmo


Satu Ops Sikap-20 telah dilancarkan secara kecil-kecilan oleh sekumpulan pak polisi bersama pasukan pengakap kampung Kancung yang turut dibantu oleh sepasukan anggota perhilitan bagi mengekang kemaraan kumpulan Asan Bedu yang amat dikehendaki oleh syerif Lobo di kampung High Chaparral kerana berbagai kesalahan lalulintas dan pecah tabung disekitar kampung tersebut sejak kebelakangan ini..


Dan seperti yang telah di ramalkan oleh ahli majlis ramalan cuaca kebangsan Fiji.. akhirnya segala usaha dan penat lelah pak polisi tersebut berbaloi jugak apabila Asan Bedu samseng yang amat digeruni dan disegani oleh segelintir penternak ayam katik dan peniaga budu di Kampung Dedap itu berjaya jugak diberkas lewat petang kelmarin.. ketika sedang asyik berkaraoke di rumah Amat Kabong iaitu sahabat karib merangkap rakan sefacebook beliau yang juga seorang penternak ayam katik yang sedang meningkat naik di kampung tersebut.. Asan Bedu yang sempat spy Penanggah ditemui turut menyatakan rasa tidak puashati dengan tindakan pihak berkuasa kerana tidak memberi peluang kepado beliau untuk menghabiskan nyanyiannya.. iaitu lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa yang dipopuarkan oleh kumpulan Axl’s itu.. 


Akibat dari penangkapan beliau itu juga.. membuatkan pasukan bolasepak Wakap Mek Jenab FC telah kehilangan tongak penyerang yang amat digeruni dalam menghadapi perlawanan pembukaan bagi merebut piala Dunia Remaja 20 Sebelah di Kampung Sireh siri yang ke-8 pada minggu hadapan… pasukan beliau yang sebelum ini dianggap underdog telah berjaya melakukan kejutan apabila berjaya mengalahkan kampung Jubakar 1,361 berbalas dengan 1,360.. walaupun ketinggalan 113 jaringan pada separuh maso ke tujuh.. dalam satu perlawan persahabatan dengan kampung tersebut bulan lepas  yang turut dibarisi oleh pemain sensasi dari pasukan Geng Bahau…


Namun pada masa tambahan ke-12.. Asan Bedu penyerang hendap Wakap Mek Jenab FC yang turut dibantu oleh sekumpulan penternak kambing boer telah bangkit.. lalu melakukan asakan bertalu-talu dari arah tepi tiang balairaya kampung Jubakar sehinggakan semuo pemain dan pengadil perlawanan turut kehilangan punco.. dan ini membuatkan Asan Bedu berjaya menyamakan kedudukan 128 mata dibawah par pada minit-minit terakhir separuh maso ke tujuh.. dan beliau turut berjaya melakukan jaringan kemenangan pada saat-saat akhir perlawaan dengan bantuan Achong dari pasukan Geng Bahau yang kebetulan sedang melakukan operasi pecah rumah di kampung tersebut..  


Selain itu beberapo insiden ngeri turut dilaporkan berlaku seperti jeling-menjeling.. ngurat-mengurat awek kilang dan terdapat juga beberapo penyokong kedua-duo pihak melakukan senaman tekan tubi bagi memprovokasi antara satu samo lain.. ini membuatkan pengadil pertandingan terpaksa memberhentikan perlawanan beberapo kali bagi memberi laluan kepada kedua-dua penyokong berhenti makan dan pengadil turut melakukan pegiraan semula jumlah jaringan mata sebanyak 4 kali bagi memuaskan hati kedua-dua pihak..


Jumaat, 13 November 2009

LANTAK DIORANG LAA NAK BOLI..


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Cadangan pembelian empat set tren Diesel Multiple Units (DMU) terpakai dari Sepanyol bernilai RM30 juta yang mencetuskan kontroversi sebenarnya telah ditolak sebanyak tiga kali oleh pihak Lembaga Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB). Bagaimanapun sumber memberitahu Utusan Malaysia, keputusan pihak Lembaga itu tidak dipatuhi apabila KTMB dan Kementerian Pengangkutan tetap meneruskan pembelian tersebut. - Utusan M'sia


Apo laa korang ni bising-bising.. lantak diorang la nak boli ke tidak keretapi 18 tayar tu.. apo nak susah.. duit tengah banyak.. kalau tak diorang yang nak mengabihkan sapo lagi.. nanti korang jugak yang nak naik ke hulu-kehilir pegi pasar malam.. benda ni penting kalau takdo air ngan letrik bleh ampun lagi.. tapi kalau takda keretapi 30 juta ni silap-silap mau negara kito huru-hara.. nanti rakyat akan menolak kerajaan sedio ado dalam pilihanraya yang akan datang.. kan bahayo tu.. sapo yang susah.. kerajaan kito gak yang susah nak mempertahankan ketuanan melayu..


Korang sebonarnyer silap.. terlampau percayo dengan dakyah pembangkang.. diorang apo tau asyik nak membangkang jer kojonyer.. apo yag pihak kerajaan buat semuo tak betul.. membazir la.. kroni laa.. nanti bilo bondo tu dah ado dopan mato diorang gak yang berebut-rebut nak naik.. silap-silap diorang yang nak bawak keretapi tu nanti kehulu-kehilir..


Kalau korang nak tau.. walaupun body keretapi tu dah masuk usio lanjut dah masuk tahap senja tapi body dio masih lagi power.. montok dan mantap.. kira masih seksi lagi laaa.. alaa kalau stakat skru dan tayar longgar sana-sini ataupun kusyen dah tercabut tau terkoyak tu tak jadi masalah besar.. nanti pandai-pandai la diorang kluarkan bajet baru nak merepair keretapi tu.. korang duduk jer diam-diam.. jangan nak membising.. pandai-pandai ler diorang nak melingkupkan apo yang ado..


Kalau ikutkan pakar ekonomi negara kito yang baru balik dari Harvard semalam.. sebonarnyer kiro tak rugi pun keluarkan duit 30 juta tu.. ikutkan kita untung besar kerana injin turbo supercharger 500bhp yang di import dari India tu mempuyai jangka hayat yang panjang dan bleh pakai lagi 80 tahun..  dan lagi satu kalau kito pandai tawar.. kito bleh dapat 40 juta sebijik..  gua pun tak tau la macamnano Costa Rica bleh dapek murah sangat kiro 10 juta nampak sangat diorang kono tipu.. tak pandai nak deal dan markup harga.. nampaknyer Costa Rina kena hantar diorang nyer pakar ekonomi datang jumpo gua.. belajar macam mano nak deal dan markup hargo.. bondo paling sonang pun tak tau nak buat.. cehhh!!.

Rabu, 11 November 2009

MACAM-MACAM HAL (1)


Dah cukup laa tu...


KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Nasional mendapati kerosakan Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat keganasan penonton pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu lalu bernilai RM214,000. - Utusan.


Kalau ikutkan gua memang malas nak bercerito dan mengulas tentang perkaro ni... nak cerito apo lagi.. bondo dah lopeh.. team Rusa pun dah monang dengan bergaya dan team Kijang pun dah balik tengah layan banjir kat kampung.. bukan apo nanti kalau gua cerito banyak ado plak yang teraso hati dan tuduh gua takdo integriti sebagai blogers dan ini boleh menjatuhkan martabat seorang bloger yang entah apo-apo ni... 


Tapi memandangkan perkara ni masih panas.. kena plak diorang dah menjahanamkan kerusi paling mahal dalam dunia yang ado kat stadium tu.. tetiba hati gua pun jadi geram gak la..  mano tak geram kalau kerusi yang berharga 500 hinggit tu kena bakar sia-sia.. tak ke rugi.. ini bukan sebarang kerusi dionyer harga pun dah macam harga sofa kat Ikea.. kalau tambah lagi 60 hinggit dah boleh kapal selam lagi tigo bijik.. tu tak masuk lagi harga skru kerusi tu.. kalau tak silap mau dekat 200 hinggit.. harga mangga kunci stadium tak kira lagi tu.. entah berapo ribu plak.. aiii tak tau la gua berapo banyak komisen yang diorang rembat.. 


Kat sini gua nak bagi cadangan sikit la kat korang.. nampak jer susah tapi idea gua ni telah di praktikkan di Uttar Pradesh dan berjaya dengan cemerlang.. lain kali kalau korang datang ke stadium nak tengok bola apo kato bawak la kerusi sendiri dari rumah.. tak kisah la kerusi apo.. kalau ado sofa bawak la sofa.. nak bawak kerusi ngan meja makan sekali pun takda hal.. mano yang tak mampu tu bawak la tikar.. lepas tu kalau korang nak bakar ko nak letupkan dengan bom C4 pun tak hal.. dah tentu yang jahanam tu pun harta korang sendiri.. haa amcam idea gua ni.. tu pun kalau korang nak pakai.. tak kono bayar pun idea gua ni tapi kalau nak bagi komisen tak da hal laa.. gua rembat jer..


Sengalnyer samseng... 


KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah. Utusan.


Ni mamat sengal mano plak ni.. kata nak jadi samseng ni baru nampak cikgu dah menggelupur tak tentu arah macam nampak hantu.. siap terjun bangunan.. nasib baik tingkat satu kalau tingkat enam bukan patah kaki jer lagi silap-silap nyawo pun melayang..


Biaso laa budak-budak baru nak belajar jadi samseng.. lebih lagak dari gagah.. sajer nak menunjuk-nunjuk.. bila member-member lain tengok terasa dio la yang paling handal.. paling macho tapi baru kena sergah dek cikgu dah menggelupur terkencing dalam seluar.. hahahahahaaa


Tu la mak bapak hantar pegi sekolah korang main-main.. baik korang pegi keja kat kilang atau ladang tebu kat Cuping.. dapat gak duit.. ni la dikatokan oleh orang tuo-tuo dulu.. 'Bukan salah ibu mengandung.. salah dek anak tak sedar dek untung..'

Sabtu, 7 November 2009

WOIII.. BOMOH TEMBERANG.. JAGO KAU..


SHAH ALAM - Selain Wak Mail, bomoh yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada malam Selasa lalu kerana didakwa melakukan perbuatan khurafat, ada kira-kira 20 orang lagi bomoh yang diburu pihak berkuasa agama negeri ini.- Kosmo


Selain Wak Mail Kongo yang berjaya diberkas oleh Jabatan Perbomohan Sedunia ketika cuba memukau sekumpulan pekerja kilang plastik di Balakong duo hari lepas.. spy Penanggah turut berjaya mengesan tigo orang lagi bomoh temberang yang paling dikehendaki oleh syerif Lobo di Texas dan inspektor sahab di New Delhi.. mengikut kata John Dempong selaku bendahari Jabatan Perbomohan Sedunia.. jika didapati bersalah.. mereka ini boleh dikenakan tindakan buang daerah ke Uganda selamo 4 minggu 3 malam dan didenda lari keliling padang sekolah rendah tamil Ulu Bernam sebanyak enam pusingan kalah mati mandatori....


1. Ismet Mabuto - Sorang bomoh palsu yang dikira agak hebat dalam ilmu perempitan.. berasal dari kabupaten Tempebakso di Lombok.. beliau seringkali dilihat berkeliaran di pekan Tapah dengan menggantungkan tangkal berupa spoket motor di leher... juga pakar dalam ilmu pecah rumah.. bekas mat rempit dari Hutan Melintang.. malah beliau boleh menghilangan roti canai dan teh tarik dalam sekelip mato.. 

Kelebihan: Mempunyai illmu kubota kapunden tahap 6 dimana beliau boleh bertukar menjadi cipan berantai apabila digeletek di ketiak kanan.. malah beliau boleh bertukar menjadi folklift lapan tayar jika jambul beliau disentuh..

Kelemahan: Pantang jika pusat beliau dicucuk mamat ni akan bertukar menjadi basikal roda tiga... seorang yang pemalu terutama bila melihat muka sendiri kat cermin dan paling takut pada bayang-bayang.. terutama bayang-bayang sendiri..


2. Wang Kai Boooo - Satu nama yang agak hebat dalam dunia perbomohan kewangan.. berasal dari selatan Beijing.. pakar dalam merembat duit koperasi dan duit tabung kebajikan masyarakat.. malah beliau akan menjadi menjadi lebih agresif bila melihat duit.. walaupun duit syiling atau duit cina mati..

Kelebihan: Mempunyai ilmu gulingan berapi peringkat ke-4..  sejenis illmu yang boleh menukar diri beliau menjadi batu giling bila lubang hidung dikorek.. ilmu ini juga boleh membuat pengamalnyer terasa gagah perkasa dan mampu melanyak enam ketul karipap dan duo pinggan mi goreng tanpa sebarang halangan..

Kelemahan: Cepat lapar dan akan terperanjat bila mendengar perkataan wang.. walaupun menyebut nama sendiri.. paling takut dengan isteri beliau iaitu Jenny Lee yang turut mempunyai ilmu leteran maut tahap 3..


2. Sivaji DeBoss - Lahir di selatan Madras dan dibesarkan di Semenyih.. seorang yang lucu walaupun berwajah ganas..  dengan ilmu lompat kodok yang beliau tuntut di gunung Datuk.. beliau boleh memanggil hujan bilo-bilo maso.. malah boleh memadamkan kebakaran dengan hanya menepok dahi sebanyak tigo kali..

Kelebihan: Mempunyai sijil asas membaiki basikal dan bot pancung sewaktu menuntut di ILP Jasin serta mempunyai ilmu kepait iaitu sejenis ilmu yang mengeluarkan bau badan yang agak pahit seperti bau musang pandan dan ini akan melemah serta memerangkap pergerakan pihak musuh disetiap penjuru..  

Kelemahan: Tidak boleh terkena air.. maka ilmu beliau menjadi lemah dan bau badan akan hilang selama 3 jam sebelum pulih seperti sediakala dengan pekena nasik kandar 2 pinggan..


* Untuk perlawan final antara Rusa dan Kijang malam ni.. spy Penanggah turut mendapat bantuan Mak Lampir seorang bomoh yang tak asing lagi dalam permainan bola sepak antara bangsa.. pakar curik ayam.. sering di panggil oleh Alex Ferguson untuk membantu pasukan MU memeningkan pihak kawan dan lawan.. untuk pasukan N9 kalau korang kalah malam ni.. korang jangan balik2.. korag duduk kat tepi stadium tu sampai tuo..

Isnin, 2 November 2009

RUSA... KIJANG... LAYANNNN..


PUAS gua memikirkan apo plak kisah yang gua nak kelentong korang untuk blog Penanggah kali ni.. nak cerito pasal bola mungkin korang boring plak.. nanti bilo gua cakap lebih skit datang plak gua nyer riak.. kono plak skuad Rusa skarang ni smangat tengah berapi-rapi.. tunggu maso jer nak melipat si Kijang atau Red Warrior.. perghhh.. namo dah ganas tu.. kira dah masuk tahap gerun.. tapi sebelum apo-apo terjadi tu gua nak bagi nasihat sikit jer ler bukan apo korang masih ado maso lagi kalau nak tarik diri pun.. hahahaa... kena plak skuad Kijang ado masalah untuk memasuki liga M tahun depan kerana masalah gaji dan entah apo-apo lagi masalah.. gua tak nak campur la..

Untuk pengetahuan skuad Kijang kalau ado masalah duit tu jangan la malu-malu.. cakap jer la kat gua mano la tau gua boleh tolong.. ulur sikit sorang duo tigo hinggit buat boli nasik lomak.. lepas gak sesak dan di khabarkan jugak mereka mungkin akan beralih ke liga B di Bangladesh atau pun liga C di Changlun yang menawarkan hadiah yang begitu lumayan dimana juara akan menerima enam ekor kambing boer manakala pasukan tercorot akan mendapat sebuah banglow di tepi sungai Kampar beserta sijil SPM dan duit kopi sebanyak 50 hinggit seorang..

Haa tengok gua dah melalut.. maka untuk mengelakan terdapat penyokong skuad Kijang seperti member gua si Maro bekas striker simpanan Wakap Mek Jenab FC.. si Ambo juga bekas penyokong simpanan skuad kampung Sirih FC dan Cik Nik awek cun merangkap penjual tiket simpanan Kedai Buluh FC terguris dan berasa hati..maka terpakso ler gua mengalihkan isu ni kepado cerita merapu yang lain.. tapi bukanlah kisah kain batik berdiri atau pun cerita sekumpulan UFO mencurik kambing di Kenya seperti yang berlaku baru-baru ni.. bagi gua kisah yang tak masuk akal tu biar ler member-member gua kat Mastika dan Infiniti yang pegi siasat.. tapi kalau ado laporan mengenai UFO atau sekumpulan tapir bergurau senda dengan presiden Obama.. haa baru ler gua masuk campur..

Ketiko sedang membelek-belek Chongkau Post sebuah akhbar yang agak berpestij.. juga sebuah surat khabar lamo tulisan tangan yang pertamo didunia yang gua beli sewaktu sedang merempit dan mengusya awek di kampung Chongkau dua hari lepas.. gua terbaco satu artikal tentang idea kerajaan untuk mengadakan sesi 'Sekolah Satu Aliran' tahun dopan.. okey gak berita ni.. maka tanpo berlengah lagi gua terus mengupas isu ni seperti mengupas kelapo pandan untuk memantapkan lagi idea Abang Jib ni..

Ketiko gua melakukan tinjauan rambang di pasar malam Ulu Kelang dan pasar tani Tanjung Malim semalam.. boleh dikatakan rata-raya ibu bapa dan para peniaga disitu bersetuju sebulat suara mengenai idea kerajaan untuk mengadakan 'Sekolah Satu Aliran' seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.. menurut mereka langkah kerajaan ini agak bombastik selari dengan gagasan 1M'sia serta seiring dengan kenaikan tambang bas dan harga kubis dipasar tani disitu... malah salah seorang perniaga di pasar malam yang sempat ditemui berharap pihak kerajaan akan dapat menimbangkan permohonan beliau untuk menyambung semulo persekolahannyer yang terkandas di darjah limo 20 tahun lepas agar beliau dapat mengambil peperiksaan UPSR tahun depan dengan lebih cemerlang..

Pihak kerajaan turut bersetuju untuk menggunakan bahasa tagalog bagi pembelajaran sains dan matematik namun usaha dan idea tersebut telah mendapat tentangan dan bantahan dari segelintir penduduk kampung Zikozulu di Somalia yang menganggap pihak kerajaan seperti menganak-tirikan mereka kerana meminggirkan bahasa zikozu sejenis bahasa klasik penduduk di Somalia dan menurut mereka bahasa ini amat sesuai untuk pelajar tadika bagi pembelajaran bahasa Melayu dan pendidikan jasmani.. malah bahasa ini amat mudah di pelajari kerana ia banyak menggunakan huruf z seperti bahasa zimborgo di Zimbabwe..

* Zekian sahajaz untukz kaliz iniz.. lain kaliz kitaz akanz bertemuz untukz ceritaz yang lain pulakz.. makaz dengan ituz diharap korangz bersabaz agar dapatz mengikutiz ceritoz dari blogz Penanggaz iniz dilain kaliz dengan kisah yang lebiz mantapzxqpk.. (bahasa zikozu ini amat sesuai untuk para pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM tahun ni terutama untuk ujian lisan dan pendidikan jasmani tahap 4..) dan untuk pasukan Kijang gua dah arahkan abang Jib untuk menyerahkan wang ehsan kat korang.. nanti boleh ler korang gunakan duit tu untuk bayar gaji yang tertunggak jangan plak korang buat joli kat tempat lain..

Khamis, 29 Oktober 2009

Facebook.. Kami Nak Yang Asal


SAN FRANCISCO  - Jutaan pengguna Facebook bergabung dalam satu bantahan, meminta khidmat jaringan sosial paling popular di dunia itu membatalkan perubahan format yang dibuat kepada halaman paparannya baru-baru ini. Kumpulan 'Ubah Facebook Kembali Kepada Biasa' di laman web tersebut telah disertai lebih sejuta ahlinya apabila... - Utusan


Berjuta-juta peminat facebook berarak sambil melompat katak mengelilingi pekan FarmVille di Uptown New York sempadan San Francisco lewat petang semalam.. sebagai tando perotes diatas tindakan Mark Zuckerberg towkey besar facebook yang memandai-mandai menukar auto sistem facebook daripado penjanaan tenaga arangbatu kepada sistem solar empat lejang yang menggunakan enam piston dan dua timing belt.. dimana mengikut para penunjuk perasaan sistem terbaru ini tidak berapo mengancam jiwa dan dilihat cubo berlagak sombong…


Mark Zuckerberg yang di temui ketika sedang bermain layang-layang di depan kodai basikal Dollah Pomen di Kancung Darat memberitahu spy Penanggah bahawa bukanlah niat beliau untuk meyusahkan pengguna dengan mengubah auto sistem yang telah sedio ado.. tetapi menurut beliau sistem sekarang ni sudah terlalu lamo dan tidak lagi efisyen serta ketinggalan zaman.. malah kebanyakan alat ganti seperti spoket dan gearbox dilihat tidak dapat menampung kekuatan enjin berkuasa turbo 765bhp yang boleh memecut sehingga ketahap maksimum selaju 250 km/j.. bersamaan 366.25 mghz...


Menurut ketuo penunjuk perasaan pakcik Steven Taylor dari kampung FarmVille Cendana di selatan San Francisco memberitahu pihak media bahawa sepatutnyer pihak facebook memaklumkan lebih awal kepada para pengguna mengenai penukaran sistem terbaru tersebut bagi mengelakkan kesesakan laluan di server centre.. malah ramai pengguna yang mengeluh kerana banyak tanaman sayuran mereka di FarmVille telah terbunuh disebabkan kekurangan oksigen akibat kesesakan server yang begitu hampeh.. menurut pakcik Steven lagi akibat dari kematian sayuran yang banyak tersebut terutama tanaman kubis.. menyebabkab harga kubis dipasaran naik melambung hingga kepucuk kayu jati.. malah pakcik Steven turut menyatakan bahawa hargo kubis belang di pasar besar Selayang telah naik mendadak hingga ketahap bahayo iaitu 255 hinggit sekilogram..


Untuk mendapat kepastian. sekali lagi spy Penanggah menemui Mark Zuckerberg semaso beliau balik dari kenduri cukur jambul cucu Bill Gates di Bandar Baru Bangi setelah seharian bermain layang-layang di depan kodai Dollah Pomen.. beliau menyatakan pihaknyer telah bersetuju dan akur diatas desakan para pengguna agar menukar semula sistem yang terbaru ini kepada sistem yang lebih lamo iaitu menukar sistem bahanapi arang batu kepada arang kayu.. dimana harga tersebut lebih murah dan menjimatkan.. malah beliau turut menasihatkan para peminat dan pelanggan facebook agar berkerja bersungguh-sungguh dan tidak terlalu asyik berfacebook sehingga menjejaskan kerja hakiki dipejabat.. 


Nasihat tersebut membuatkan gua pun terasa gak.. apo tak.. pagi petang sebok berfacebook dengan berchating ngan awek-awek seluruh dunia dan berkebun di FarmVille (yang gua tau game ni jer yang sonang.. yang lain haram tak reti.. skrang dah nak masuk level 27 tu.. hehehee)…

Isnin, 26 Oktober 2009

BERJAYA DAN BERGAYA JUGAK AKHIRNYER..


SETELAH bertungkulus-lumus selama 6 jam diatas padang dan tembok stadium untuk menewaskan musuh masing-masing.. akhirnyer team haiwan seperti Rusa.. Kijang.. Singa dan Penyu berjaya jugak akhirnyer melangkah ke pusingan separuh akhir dengan penuh bergaya dan angkuh setelah menewaskan lawan masing pada perlawan suku akhir piala M'sia hari Sabtu lepas yang diadakan secara serentak dipadang sekolah menengah Juasseh Kuala Pilah..


Kat sini gua nak ucapkan tahniah buat team Rusa yang turut berjaya mengalahkan team Kura-Kura dengan jaringan 14-0 dalam satu perlawanan yang dianggap mudah dan tidak begitu mencabar minda para penonton.. satu perlawanan yang awalnyer dijangka sengit.. namun tidak seperti diharapkan indah khabar dari rupa tidak seperti perlawanan sebelum ini antara Rusa dengan pasukan Brazil.. apabila setiap gerakan pasukan Kura-Kura iaitu wakil dari utara semenanjung yang nampaknyer tidak begitu serasi malah malah setiap gerakan mereka dapat dipatahkan dengan begitu mudah oleh pasukan Rusa.. malah terdapat pemain Rusa yang mengeluh dan berasa geram kerana tidak dapat mengeluarkan peluh sepanjang permainan tersebut.. walau pun pasukan dari utara tersebut bermain dengan 28 orang tidak termasuk menggunakan 6 orang penjaga gol.. iaitu satu teknik dan teknologi terbaru yang diimport dari Uttar Pradesh.. 


Namun perlawaanan antara pasukan Kijang dan pasukan Cipan diberitakan agak begitu ceria serta penuh humor.. dipenuhi dengan gelak ketawa sejak dari wisel permulaan hinggakah ke wisel penamat.. para penonton pun dikhabarkan begitu amat bembira dan terhibur dengan persembahan kedua-dua pasukan.. malah mereka juga memintaan agar diadakan satu lagi perlawanan ulang tayang kerana berasa tidak puas menonton perlawan yang penuh dengan kelucuan seperti filem Senario tersebut.. malah penonton hampir-hampir sahaja terhibur apabila John Dempong pemain pertahanan pasukan Tapir dilihat cuba menggeletek Alim Napi penjaga gol pasukan Kijang pada minit-minit akhir perlawanan.. namun usaha tersebut dapat dipatahkan oleh Usin Dolmat selaku pengadil perlawanan malam itu dengan memberi amaran dan surat tunjuk sebab kepada pemain pertahanan tersebut diatas kenakalan beliau..


Manakala dalam perlawanan antara pasukan Singa dan Tikus dilihat agak berat sebelah.. penuh dengan adegan siku-menyiku dan tembak menembak antara satu sama lain.. malah pengadil dan penjaga garisan pada malam tersebut dilihat hanya mampu mengadili perlawanan tersebut dari luar stadium kerana kuatir akan keselamatan basikal masing masing yang diletak tidak jauh dari pintu pagar stadium.. namun akhirnyer dengan persetujuan jemaah menteri dan ketua pengakap daerah mereka telah sebulat suara memberi kemenangan kepada pasukan Singa yang dikiraan mata 157 dibawah par.. apabila pasukan Tikus gagal melakuka hole in one pada lubang ke tujuh..


Satu lagi perlawanan yang tidak kurang sengitnya ialah perlawanan antara pasukan Penyu menentang pasukan Giant… sebuah pasukan yang diwakili oleh perkerja-pekerja pasaraya Giant Ulu Kelang.. pasukan yang dianggap sebagai pasukan pilihan namun nasib mereka sama seperti nasib pasukan Kura-Kura dari utara.. dapat dijinakkan dengan begitu mudah dan mesra sekali oleh si Penyu pada set ke dua.. walau pun mereka terpaksa bertarung selama tiga jam hinga ke perlawanan ruber set.. akhirnyer pasukan Giant terpaksa mengaku kalah dengan mengibarkan bendera putih disudut stadium apabila pasukan Penyu berjaya menyumbatkan gol pada minit-minit akhir pada masa tambahan ke lapan..


*  Perlawan pada separuh akhir antara Rusa dan Penyu manakala pasukan Kijang akan menentang Singa.. kito tengok la sapo yang kono lanyak.. 

Jumaat, 23 Oktober 2009

AKHIRNYER MEREKA AKUR..


IPOH - Kemelut harga kubis bulat yang membelenggu lebih 300 pekebun sayur Cameron Highlands sejak seminggu lalu reda sedikit apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersetuju untuk membeli sayuran mereka dengan harga 60 sen sekilogram semalam. - Kosmo


Setelah diasak bertalu-talu hingga kesudut dinding rumah dengan pelbagai soalan dan dilanyak dengan hentakan tumit kaki oleh spy Penanggah.. akhirnyer pembekal kubis 1M'sia terpaksa akur dengan kehendak dan tuntutan persatuan pecinta kubis semenanjung untuk menaikkan harga kubis di pasaran global berkuat kuasa serta merta..


Selari dengan harapan bajet 1M'sia 2010 yang dibentangkan petang tadi dengan penuh perasaan oleh abang Jib yang disiarkan secara langsung dari dewan sekolah rendah Ulu Tiram nampakyer mereka terpaksa akur dengan desakan tersebut walaupun ditentang hebat oleh sekumpulan pemandu jetski dan rakit yang turut ingin menaikan harga tambang agar tambang kedua-dua pengangkutan awan tersebut dapat di selarikan dengan lebih bergaya.. setanding dengan harga kubis dipasar besar Kuala Pilah.. 


Faizul Tohir selaku pemandu lori kubis yang berasal dari Kedai Buluh yang ditemui di ketika sedang menolak lori beliau di Wangsa Maju depan kedai tomyam makcik Kiah bertentangan dengan kedai motor Ah Kiong kerana kehabisan minyak.. turut bersetuju dengan bajet terbaru tersebut yang dianggap begitu prihatin terhadap masalah yang melanda penanam kubis tersebut.. 


"Nampaknyer bajet 2010 yang dibentangkan petang tadi satu bajet yang berjiwa kubis gearbox.. satu bajet yang agak romantik dan berpandangan jauh dan kini tibalah saatnyer pihak yang berkenaan mengambil langkah yang sepatutnyer dengan menaikkan lagi harga kubis dengan lebih tinggi lagi sehingga dua tiga juta sekilogram terutama kubis pulut dan kubis pinggan".. ujar Faizul Tohir dengan penuh simpati lalu memikul lori tersebut keatas bahu lalu menampakkannyer kedalam longkang berhampiran.. 


"Boleh gua tau.. dalam banyak-banyak kubis.. kubis apo yang paling best dan top skali.." sajer spy Penanggah nak menengok berapo tinggi ilmu kubis kat mamat sorang ni..


"Perghhh!!!.. cakap banyak pun tak guno bro.. dalam banyak-banyak kubis gua paling suka kubis cipan.. kubis ni agak garing dan rangup macam kentucky fredchiken.. bahagian dalam kubis ni terdapat satu punat kat sebelah kiri.. tapi kena jaga-jaga jangan tersilap bro.. kalau tersilap gigit bleh melotop macam bom c4.. bahayo tuu.. lagi satu kubis talipinggang.. kubis ni agak panjang kira-kira dua depa.. kehebatan kubis ni kito boleh edjust dionyer power.. kalau nak cantik lagi kito bleh pasang turbo dan sport rim 17 kat bahagian depan kubis ni.. tapi harga dio mahal skit laa.. sekilo kalau tak silap gua pun dah 376 hinggit.. nak dapat memang susah bro kono bertapo lima hari lima malam kat selekoh Merapoh...


"Mak oii.. makin lamo makin merapu dah lu ni.. sebelum makin teruk baik gua blah dulu..


"Aiii relaks ler dulu bro.. tanya la lagi.. kisah pisang plak ko atau pun kisah ubi kayu.. banyak lagi cerita tak masuk akal gua nak cerita lagi ni.."


"Buang maso gua jer.. dari gua tanya lu baik gua interview beruk mat yeh kat belakang rumah gua.. ado gak paedah.. IQ dio pun lebih tinggi dari lu.."


"Cissss.. menghina nampak.."


"Heehehehee.. jangan ler marah.. gua bergurau jer tadi tu.."

Rabu, 21 Oktober 2009

CISSS.. KUBIS PUN KUBIS LAAA..


IPOH - Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands mengancam akan melonggokkan ribuan kubis bulat di depan pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) jika harga sayur itu masih kekal 30 sen hingga 40 sen sekilogram sehingga hujung minggu ini. - Kosmo


Kejatuhan harga kubis di pasaran saham wall street minggu lepas telah menimbulkan perasaan panik serta gundah gulana kepada semua penanam kubis di seluruh negara dan ini memaksa persatuan kubis bunga semenanjung masuk campur bagi meredakan ketegangan yang berlaku di antara pekerja pasar borong Selayang dan pasar Keramat dengan para pekebun kubis di Ulu Langat sejak dari petang semalam hingga ke awal pagi tadi..


Menurut Leman Jambul selaku ketua juru audit persatuan anak-anak penanam kubis Batu Pahat memberitahu spy Penanggah.. bahawa beliau turut berasa panik diatas kejatuhan mendadak harga kubis dipasaran saham Muar dan Batu Pahat.. namun menurut beliau harga kubis dipasaran saham Machang dan Dungun masih berada dalam keadaan terkawal dan stabil namun sekali-sekala mendung dan hujan di beberapa tempat pada lewat petang di ikuti dengan ribut petir di kawasan pantai dan para nelayan di nasihatkan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan bagi mengelakkan bertemu dengan ikan jerung yang begitu ganas yang terdapat di sekitar pulau Jerjak...


Berbalik kepada masalah kubis tadi.. Leman Jambul turut berterima kasih kepada pihak kerajaan 1M'sia kerana telah bertindak pantas dengan mengenakan harga siling sebanyak 65 hinggit di pasar Pudu berbanding harga lantai 145 hinggit di pasar Keramat.. dengan penurunan harga siling sebanyak 123 peratus tersebut menyebabkan harga kubis papan dan kubis pinggan dapat distabilkan.. namun kubis gearbox dan kubis talipinggang masih bertahan dengan harga lama iaitu 45 hinggit sekilogram.. walaupun harga kubis botol dan kubis kicap menunjukkan tanda-tanda penurunan di pasar borong Selayang..


Mengikut pandangan Dr. Wakanu Boteng.. pakar kubis dari universiti Kenya.. menyatakan beberapo punca permasaalahan penurunan harga kubis ini adalah berpunca dari para pengimport kubis yang mengimport terlalu banyak kubis terutama kubis lipan bara dari India dan kubis cipan dari Togo dan ini menyebabkan kubis tempatan yang berwajah bulat gagal untuk bersaing dengan kubis import yang lebih lonjong menarik gebu seksi dan murah..


Antara punca lain yang dikenal pasti adalah disebabkan kerana kurangnyer permintaan kubis dari pembeli tempatan dan ini menyebabkan pemborong dan peniaga terpaksa menjual dengan harga murah bagi mengelakan kerugian yang lebih teruk.. dan antara diantara punca-punca lain lagi yang menyebabkan masalah penurunan kubis ini berlaku ini berlaku.. kenalah KORANG PLAK PIKIRKAN SENDIRI.. gua dah malas nak pikir sebab bukan masalah gua.. hehehheee..

Khamis, 15 Oktober 2009

APO KEBONDO NYER PIDATO NI


KUALA LUMPUR - Selepas 34 tahun diharamkan kerajaan, sudut pidato yang pernah popular di kalangan pelajar universiti sekitar tahun 60-an dan 70-an untuk berhujah mengenai isu-isu semasa akan dihidupkan semula di semua institusi pengajian tinggi (IPT). - Kosmo


Tuan-tuan dan puan-puan.. tak lupa jugak pada smua awek-awek yang hadir.. baik yang cun dan yang kurang cun.. di sini gua ingin mengucapkan ribuan terimo kasih kerana sudi datang.. walaupun petang ni hujan turun begitu lebat sampai baju gua yang mahal ni abis basah kuyup dan disusuli dengan ribut ketsana dan taufan parma sampai ado penonton yang terpelanting terbang dek angin sampai ke sempadan siam namun itu tidak menghalang gua untuk menyampaikan pidato terhebat gua petang ini... haa mano yang jantan-jantan tu mintak maap laa.. korang boleh blah skarang.. menyibuk jer..


Untuk pengetahuan dan makluman anda semuo.. petang ini ini gua akan menyampaikan satu pidato yang bertajuk '1M'sia Antara Realiti Dan Fantasi Dan Ntah Apo-Apo'... satu tajuk yang begitu sukar untuk ditafsirkan oleh budak-budak tadika dan orang terencat akal.. untuk pengetahuan anda juga kali ini gua akan sampaikan pidato ini dengan satu semangat berapi-api.. penuh dengan maki hamun dan jerit pekik para penonton..  haaaa... apo lagi jerit laa sekuat hati.. jangan malu-malu.. Okeyy.. cukup..cukup untuk stakat ni.. nanti kito jerit lagi yo..


1M'sia.. satu nama yang sungguh gah.. ia menggambarkan M'sia satu negara yang satu.. tiada dua.. tiga.. empat.. lima.. enam.. tujuh.. lapan.. sembilan..sepuluh.. sebelas dan berbelas-belas lagi sampai beratus-ratus ribu belas juta.. ehh skejap.. tolong tepuk dulu.. hahaa tepuk.. tepuk... kali ni kuat-kuat sikit.. tu baru sikit jer gua bagi dionyer point tu.. kiro point asas jer tu korang dah terngango sampai lupo diri.. tapi tak per gua maapkan..


Manakala Realiti dan Fantasi ialah sebuah lagu slow rock oleh kumpulan Crossfire yang begitu mencongkam jiwa gua satu maso dulu.. kalau gua dengar jer lagu tu mesti gua teringat kat beruk mat yeh yang gua bela 10 tahun dulu.. tapi sayang beruk ni telah terbunuh dalam satu eksiden ngeri dimano motor kapcai beliau terbabas ketika sedang mengambil satu selekoh tajam di Bukit Putus sewaktu balik bercuti di Kelantan untuk menyambut pesta menuai.. ehh lupo plak.. apo la korang ni tepok ler tangan tu.. takan tu pun gua nak suruh.. haaa kuat.. kuat lagi tepuk tu.. nanti gua bagi upah roti canai sorang sekeping..


Berbalik kepada 1 M'sia sebenarnyer semangat 1M'sia ni telah dipopularkan oleh beruk mat yeh yang gua bela 10 tahun lepas dimano beliau selaku ketuo pergerakan belio kampung Mek Yeh Ulu telah memperjuangkan 1M'sia ni sejak zaman pemerintahan Belanda hinggalah ke zaman Chin Peng.. malah ketiko Chin Peng cuba mengganyang penduduk kampung Langkap ketiko zaman darurat dulu.. si beruk mat yeh ini telah mematahkan operasi tersebut bersama beruk Achong dan beruk Muthu Sammy dengan membaling kumpulan penggans tersebut dengan buah kelapo dari pucuk-pucuk pokok kelapo dan ini menyebabkan kumpulan Chin Peng bertempiaran lari dan menyerah diri lalu memberi kemerdekaan kepada negara kito..


Haaaa.. untuk makluman anda semuo.. sekian sajalah pidato gua petang ni yang bertajuk '1M'sia Antara Realiti Dan Fantasi Dan Ntah Apo-Apo' kerana bagi gua pidato ni memang entah apo-apo.. gua pun tak paham kenapolah korang beriyo-iyo datang berkumpul kat sini petang ni.. untuk tidak menghampakan perasaan korang disini gua akan menyampaikan satu lagi pidato yang bertajuk 'Ketuanan Melayu.. Misteri dan Hantam Saja'.. ehhhhh.. apo lagi korang ni tepuk la tangan tu.. korang ni memang betul lombab laa.. itu pun gua nak ajar.. cehhh....

Selasa, 13 Oktober 2009

AMBIK KAU KONO CUCI PINGGAN...


LONDON  - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang 'mengoyakkan' pasport mereka dan berlepas ke Britain dengan kepercayaan mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara tersebut di bawah undang-undang kolonial yang aneh, mendapati diri mereka sekarang tidak mempunyai negara dan terdesak. - Utusan


Aiiiii... inilah akibatnyer kerana terlalu taksub dengan negara orang.. hajat dihati nak mencarik rumput yang lebih hijau akhirnyer terkandas dan jadi kuli kat negara orang.. memang buat malu company.. ini lah dikatakan oleh orang tua-tua dulu.. burung terbang dipipiskan lado.. dengar guruh dilangit air di tempayan dicurahkan.. bondo tu masih diawang-awangan.. belum tau dapek ko tak lagi..  tapi pasport sendiri dah di koyakkan.. akhirnyer menyosal tak sudah.. haa jadilah pendatang haram.. tak pasal pasal kono perambat ngan Rela orang putih..


Semaso melawat sahabat lamo gua Alex Ferguson di MU minggu lepas.. gua sempat menemubual Lim KIt Siong berumur 47 tahun seorang pencuci pinggan yang gua temui di sebuah restoran disana.. beliau yang mengaku berasal dari Ipoh Timor.. telah hampir 2 tahun sebagai pencuci pinggan.. baldi dan tong gas di restoran tersebut.. malah mamat ni turut mengakui telah meninggalkan perkerjaannye sebagai tukang paip semato-mato terpengaruh dengan janji manis sebuah sindiket untuk menjadi seorang warga British malah sindiket tersebut turut menjanjikan beliau pekerjaan sebagai lawyer dan pelakon.. walau pun beliau tahu pendidikan beliau hanyalah setakat darjah lima.. cakap orang puti pun berterabur sampai dio sendiripun tak paham apo yang dicakapkan..


Penanggah: Hello uncle bleh ceritokan sikit tak.. punca lu bleh terjebak dalam keje yang sia-sia dan memalukan ni..

KIt Siong: Haiiyaa.. manyak susah mau celita laa kawan.. malu pun ado.. malu pada keluarga.. malu pada persatuan paip semenanjung dan jugak gua malu pada cikgu sekolah gua di SJKC Mei Hua Lipis..


Penanggah: Kalau dah tau malu apsal lu bikin ini macam maaa..

KIt Siong: Ini smua itu John Dempong punya pasat laa.. haiyaa.. manyak busat  cilaka itu olang.. sama gua dia kasi tipu.. itu olang cakap mau kasi gua itu kerakyatan British.. mau kasi gua berlakon itu filem James Bond.. belakon jadi itu datuk tiri James Bond.. lalu gua pun terpedaya la sama ini olang.. sapa talak mau jadi filmstar maa...


Penanggah: Abis tu apo yang terjadi..

KIt Siong: Sampai sini gua tengok itu surat bukan sini British punya kerakyatan tapi itu Uganda punya kerakyatan ooo.. lagi satu busat punya cilaka gua kena belakon jadi hamba abdi dalam itu filem kunta kinte.. aiiiyaa.. sapa mau duduk itu Uganda sana punya tempat.. jadi gua terus sini lepak laa kerja cuci pinggan..


Penanggah: Hahahaha.. padan la muko kau apek.. nak sangat jadi orang putih.. tapi elok gak kalau lu duduk kat Uganda tu.. bleh gak lu berkawan ngan kuda belang atau itu badak sumbu...

KIt Siong: Aiiyaaa.. jangan cakap itu macam la kawan.. malu laa saya..

Penanggah: Malu konon.. pegiii dahhh.. ehh! apek kalau gua nak belakon itu filem James Bond ada kosong lagi kaaa..

Jumaat, 9 Oktober 2009

PENENTUAN DI BAGAN PINANG..


SETELAH puas berkempen siang malam sampai mamai-mamai tak cukup tidor hingga ado yang cedera sampai bebirat badan kena libas ngan kapak.. ado yang kono masuk wad sebab terkehel urat leher kena karate.. ado yang tersimpul urat keting sebab terjatuh dari tiang letrik semaso nak pasang poster dan macam-macam lagi la hal yang berlaku sampai tak masuk akal pun ado gak.. tu tak masuk lagi bab maki hamun dan jerit menjerit sampai hilang anak tekak antara keduo-duo penyokong.. gua tengok macam katak nak panggil hujan pun ado gak.. dan kini sampai la maso untuk mengundi di pilihan raya kecil di Bagan Pinang hujung minggu ni.. 


Yang nak jadi pelawak pun ado.. pakcik sorang ni mula-mula bukan main berkobar-kobar semangat nak bertanding.. gua pun tak pasal-pasal terpengaruh gak dengan karisma pakcik ni nak bertanding sebagai calon bebas.. tengok gaya sebagai pemimpin alaf baru tu dah ado.. tapi hampehh.. sampai kesudah gaib entah kemano mungkin tengah sebok mengisi borang pencalonan tak habih-habih lagi kut.. apo la punye sengal pakcik ni.. nasib baik tak masuk bertanding kalau tetibo monang plak.. tak tau la lawak apo di buatnyer.. mau pening kepalo dapat pemimpin berjiwa sengal camni.. sampai syarat nak bertanding pilihanraya pun tak tau..


Lagi satu yang buat kecoh kat situ bukan orang tempatan pun.. kalau ado pun tak ramai tapi orang luar yang datang berkempen tu yang lebih-lebih.. dah tu orang melayu plak tu.. begaduh pun ngan orang melayu.. haii entah apo yang direbut macam budak kocik pun gua tak tau.. gua tengok pun naik meluat.. calon tu kalau monang dah tentu la ke hulu ke hilir naik kereta bosar.. yang balaci-balaci ni meleleh air lior setakat dapat tengok dan tompang banggo kayo orang.. paling tidak dapat la nasik bungkus sorang satu.. tu la orang melayu tak abih-abih kono bodoh-bodohkan dek orang.. kesian btul nasib orang melayu.. 


Mungkin diorang tak tau kut atau buat-buat tak tau.. yang para pemimpin adalah antara manusia yang paling awal akan dihisab amal mereka di akhirat nanti.. tu la sebabnyer sampai sahabat nabi dulu bukan main takut lagi nak ambik kuasa sebagai pemimim ni.. takut nak menjawab depan Tuhan di akhirat nanti.. tapi kito kat sini berebut-rebut..


Kepada pengundi di Bagan Pinang diharap korang pilih la pemimpin yang terbaik dari yang terbaik. bukan terbaik nak melingkupkan atau terbaik nak merembat harta rakyat.. kalau nak carik pemimpin macam tu tak payah la susah-susah sampai begaduh-gaduh.. kalau stakat nak melingkupkan gua pun boleh jadi pemimpin.. dan korang jangan la ikut cara gua pasal bab-bab mengundi ni.. bagi gua mano yang bagi lobih tu la yang gua pangkah.. kahkahkahkahh..

BULUH RUNCING.. ADO LAGI KAU..


KAJANG - Rakyat negara ini diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka 'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit. - Kosmo


Sarjan Udin Misai dari balai polis Lukut melaporkan bahwa beliau dan beberapo orang penduduk kampung telah berjaya mematahkan satu serangan hendap awal pagi tadi di ladang babi Bukit Pelanduk oleh kumpulan Buluh Runcing yang turut dianggotai oleh beberapo pekerja ladang sawit yang dikatakan begitu kecewa terhadap pihak pengurusan ladang yang tidak membenarkan mereka memakai baju batik dan menari tarian pendet sewaktu memetik buah sawit di ladang tempat mereka bekerja..


Menurut maklumat awal.. kumpulan Buluh Runcing tersebut di laporkan akan melakukan serang hendap terhadap kilang sawit Achong sdn bhd. di Sepang.. namun dilaporkan telah menukar strategi di saat akhir untuk mengaburi pandangan sarjan Udin Misai.. lalu mereka tekad untuk menyerang beberapo kandang babi di sekitar Bukit Pelanduk kerana memandangkan harga babi sekarang agak tinggi dan mendapat permintaan yang hangat pasarang global..


Wagiman Marsono sebagai ketua kumpulan yang turut merangkap jurucakap kumpulan tersebut.. yang berjaya ditahan bersama 22 ahli kumpulan Buluh Runcing yang lain dalam operasi bersepadu antara pihak kastam.. Rela dan Udin MIsai bersamo penduduk kampung Jimah dan Labu Sendayan mengakui bahawa beliau begitu terpengaruh dengan laporan dari media Indon yang mengapi-apikan mereka untuk mengganyang rakyat 1M'sai yang kononnyer telah mencuri tarian pendet untuk kegunaan pengunjung kelab dangdut dan kudo kepang yang dilaporkan akan mengganti kereta proton saga sebagai kenderaan resmi negara ini..


Beliau turut mengakui telah mendapat bekalan buluh runcing dari pembekal buluh lomang di sekitar Sepang dan Lukut malah ada yang beliau import sendiri dari Madagaskar kerana buluh sana lebih keras dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing.. seperti boleh diubah suai menjadi kereta kebal atau lori sampah dan apo saja bentuk mengikut saiz buluh..


Wagiman Marsono turut berkesempatan menunjukkan demo bagaimana beliau mengubah sebatang buluh runcing yang agak bulat dan pendek.. dan dengan sekelip mato juga beliau berjaya menukar buluh tersebut menjadi seekor anak khinzir yang comel.. ini membuatkan sarjan Udin Misai dan angota kastam.. Rela dan penduduk kampung terperanjat dan terkejut tahap cipan lalu bertempiaran lari bagi mengelakkan terkena najis berat dari anak khinzir tersebut..

Selasa, 6 Oktober 2009

BAGAN PINANG.. KECOH..KECOHH..!!


Begitulah suasana yang berlaku apabila pihak penguatkuasaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di salah sebuah markas parti pembangkang di sini malam kelmarin. - Kosmo


Perghhh!!!!.. kecoh!!.. kecohh!!.. begitulah Bagan Pinang sejak dari hari penamaan calon sehinggalah ke hari penamaan penyokong.. tiada yang tidak kecoh melainkan kecoh semato-mato.. sehingga berlaku aksi gigit menggigit dan siku menyiku antara keduo-duo penyokong tegar parti yang bertanding.. yang dikhabarkan kebanyakan penyokong-penyokong tersebut telah di import khas dari beberapo buah kilang plastik dan kilang sawit yang berhampiran bagi menghuru-harakan keadaan..


Seorang penyokong sayap kanan parti Tapai Pulut.. Rizal Minggo dari kilang sawit Rompin memberitahu kat spy Penanggah bahawa kejadian tersebut berpunca dari provokasi melampau para penyokong parti Ulam Raja yang tidak berpuas hati terhadap ke engganan beberapo orang awek cun dari parti Tapai Pulut yang telah menolak ajakan mereka untuk menonton filem Momok The Movie di pekan PD petang semalam.. ini membuatkan beberapo orang pemuda macho dari gerakan pemuda parti tersebut tidak berpuas hati serta naik hangin lalu menunjukkan siku dan tumit kaki mereka kepada sekumpulan penyokong parti Tapai Pulut yang turut berada berhampiran.. 


Melihat aksi terlampau dan ganas tersebut maka pemuda parti Tapai Pulut pun turut membalas dengan menunjukkan panau dan kayap ular di badan mereka kepada penyokong Ulam Raja dan ini membuatkan seorang penyokong parti Ulam Raja tidak dapat menahan perasaan kerana mengaggap parti Tapai Pulut cuba menyindir beliau.. kerana beliau juga turut mempunyai kayap ular yang lebih mantap dan gah.. akibat kerana tidak dapat mengawal perasaan geram melihat situasi tersebut.. pemuda tersebut secara tiba-tiba naik hangin lalu terus menggigit tengkuk seorang peserta tanpa mengetahui bahawa peserta tersebut adalah Ajis Marican ketuo pemuda parti mereka sendiri.. ini membuatkan Ajis Marican menjerit sekuat hati lalu melompat ke dalam laut kerana terlalu sakit.. geli dan terperanjat diatas gigitan pemuda misteri tersebut..


Kerana terlalu malu.. maka Ajis Marican pun menuduh penyokong parti Tapai Pulut yang menggigit serta mencampakan beliau ke dalam laut dan mendakwa beliau hampir-hampir saja dibaham oleh sekumpulan ikan Jaws yang turut sama sebok berkempen di situ.. malah beliau juga turut mendakwa parti Tapai Pulut telah bertindak kasar dengan memancitkan tayar motor kapcai beliau dua hari lepas.. 


Kejadian gigit-menggigit tersebut turut memaksa penghulu mukim Mambau Hulu masuk campur.. dengan mengadakan acara joget lambak dan tarian sewang bagi menyejukkan hati para penyokong dan dengan itu ia dapat menghentikan aksi ganas keduo-duo penyokong parti yang bertanding.. malah Ajis Marican di lihat turut sama menari sewang dengan Abang Bachok ketua pemuda parti Tapai Pulut dengan begitu mesra sekali..

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bila Tanah.. Angin dan Air Mengamok..


LUPAKAN pasal pendet.. lupakan pasal kudo kepang.. usah dingat tentang terang bulan.. buluh runcing.. tempe.. bakso.. batik dan ambalat sekalipun.. mari lah kita samer-samer menghadiahkan al-fatihah kepado sedaro-sedaro kita yang terkorban dan sedang berduka akibat bencana gempa di ranah minang Padang Sumatera Barat kelmarin.. semoga mereka tabah menghadapi dugaan Allah dan kita disini pun belum tentu selamat bila tuhan menghendaki sesuatu pasti akan terjadi.. 


Lihatlah apo yang berlaku bilo Angin mengamok di Filipina dan Vietnam.. Air mengganas di Samoa dan Tanah menggelepar di Sumatera.. hanya Api yang masih berdiam.. semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan kita segala bencana hendaknyer..

Rabu, 30 September 2009

N9 KENDURI BOSAR..


KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah tersungkur buat kali pertama manakala Negeri Sembilan berkenduri gol dengan membelasah Sarawak 8-0 dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2009, semalam. Utusan..


Gerakan solo dari pemain tengah N9 Usin Bolt sejak dari awal pagi hingga ke tamat permainan telah berjayo menamatkan jangka hayat pasukan Sarawak yang turun sebagai underdog pado perlawan bolasepak 9 sebelah liga Langkap lewat malam tadi.. dimana beliau telah berjayo menjaringkan 17 gol tanpa henti pada separuh masa pertama dan turut menjaringkan 10 gol lagi pada maso tambahan selama 2 jam yang diberikan oleh pengadil perlawanan  akibat dari kesilapan penjaga garisan yang menjatuhkan penyerang Serawak dalam kotak penalti N9 pada separuh maso ke enam..


Pasukan Sarawak  yang bermain dengan 16 pemain nampaknyer masih terkial-kilal mencari rentak dan sesekali cuba menyerang ke kubu pasukan N9 yang bermain dengan 7 orang namun masih gagal untuk memocah benteng pertahanan.. malah usaha tersebut dapat dipatahkan dengan mudah oleh pemain pertahanan N9 yang diketuai oleh sarjan Dolah Kampit yang bermain agak ganas sehingga hampir mencederakan beberapo orang penyokong pasukan Sarawak yang berkumpul di tepi tiang gol pasukan N9..


Namun pada maso keduo pengurus pasukan Sarawak Jessy Manjun dilihat cuba menukar strategi dengan memanggil beberapo orang bomoh hujan bagi mengaburi pandangan penjaga gol N9 iaitu Maro Kombo.. namun niat jahat beliau dapat dihidu dengan kemas oleh sorang pemandu bas pasukan N9 iaitu pakcik ManHasan lalu beliau pun terus memanggil Mask Rider Kobota untuk mematahkan serangan bomoh hujan tersebut.. lalu berlakulah satu perlawan yang separuh ngeri antara bomoh hujan dan Mask Rider Kobota sehingga membuatkan pengadil perlawanan Ali Lantun masuk campur.. lalu beliau pun tanpa teragak-agak terus menamatkan perlawan tersebut walaupun dibantah keras oleh Usin Bolt dan Mask Rider Kobota...


Keputusan yang pada mulonyer memihak kepada pasukan Sarawak dengan 28 gol berbalas 27.. namum setelah pengadil bermesyuarat selama duo jam dan turut mengambil kira pandang penyokong keduo-duo pasukan dan juga setelah ditolak kos pengangkutan.. penginapan serta sarapan maka pengadil pun sebulat suara memberi kemenangan 8-0 yang berpihak kepada pasukan N9 walaupun dibantah oleh penyokong N9 sendiri namun keputusan pengadil adalah muktamad..