Rabu, 17 Jun 2009

PELIK.. TAPI tak BENAR


"Lang 12 kreyòl ayisyen se youn nan ki plis moun ki pale li sou latè. Se lang natifnatal tout Ayisyen ki fèt e ki elve annkote yo rele li Kreyòl. Nan dyaspora a, gen plis pase yon milyon ne 1987 Kreyòl ayisyen genyen yon òtograf ofisyèl depi 1980 e gen anpil ekriven ayisyen ki ekri liv enteresan sou diferan aspè esperyans ayisyen. - Chongkau Post


Korang mesti pelik bilo baco ayat-ayat cinto kat atas tu.. apo ke bondo nyer yang di tulis ni.. satu haram tak paham.. kalau korang nak tau ni la dio petikan dari suratkhabar Chongkau Post dalam bahaso Taramjo dari suku kaum Zimbado yang telah pupus 200 tahun dulu.. sesekali kito layan la suratkhabar luar negara plak...


Berita tersebut adolah mengenai satu kejadian misngeri (misteri+ngeri) yang telah berlaku di kampung Chongkau Hilir beberapo tahun yang lepas.. bilomano sekumpulan pendaki dari kampung tersebut yang diketuai oleh pakcik Rosihan bersama 25 peserta dari rumah Orang2 Tua Jelai 3.. telah didapati hilang semaso menjalankan ekspedisi mendaki Bukit Putus di Kuala Pilah.. Ekspedisi yang bertujuan untuk mengutip derma bagi pembinaan projek mega sebuah gelanggang badminton di kampung tersebut yang telah terbengkalai selama 20 tahun..


Menurut sorang saksi tok batin Roshid a/l Kab al-Wak menyatakan beliau telah mendengar beberapo siri letupan bom nuklear yang begitu kuat sehingga mencairkan taik telinga dan beliau juga telah melihat beberapo ekor raksaksa dikawasan terbabit sebelum kumpulan ekspedisi tersebut didapati hilang dari pandangan.. Menurut beliau lagi semasa letupan tersebut berlaku.. beliau dan ultraman dyna serta beberapo orang lagi penduduk kampung tersebut tengah asyik berjudi dibawah pokok mangga di belakang rumah Rizal Binggo..


Jurucakap dari pejabat polis New York.. Sarjan Buncit menyatakan perkara ini mungkin ada kena mengena dengan kes pakcik Usin yang cedera semaso berebut buah durian dengan jiran sebelah rumah di Jerantut dua hari lepas.. Beliau juga tidak menafikan kemungkinan kejadian ini adalah angkara raksaksa jahat Badigol.. yang boleh mengeluarkan api dari pipi kanan dan celah ketiak kiri.. raksaksa ini juga selalu dilihat berlakon dalam filem ultraman ace sebagai tukang urut..


Sepasukan pasukan dari pasukan yang bernamo pasukan penyelamat yang datang secara berpasukan dari Palong Satu.. yang di ketuai oleh Tok Ady telah menjalankan usaha mencari dan menyelamat sejak duo bulan lepas.. tapi menurut Tok Ady tiada tanda-tanda tapak kasut mangsa yang dapat dikesan oleh GPS beliau..


Menurut laporan terbaru dari radio Sri Langka menyatakan.. pasukan Tok Ady juga telah didapati hilang semaso operasi mencari dan kini.. satu pasukan pengakap dari Alor Gajah yang di ketuai oleh pakcik Latip telah dikejarkan ke lokasi kejadian.. bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat Tok Ady.. pakcik Rosihan dan anggota ekspedisi yang lain.. manakala dari sumber yang tidak boleh dipercayai menyatakan ultraman ace juga telah dipanggil untuk membantu orang kampung memasak mi goreng...

8 ulasan:

  1. Agaknya sinizangehngok dok meroyan dalam parlimen sebab baco ekau punyo blog la ni..

    BalasPadam
  2. hahaaaha.. ultraman ace pun samo gak meroyan...

    BalasPadam
  3. Meroyan meroyan gak. JANGAN LUPA WAWANCARA XKLUSIF bersama ompek lima ahli panel tu...
    kalau ekau tak buek dale maso ompek plo lape je, aku kasi piciah kerusi mejo jiran sebelah.

    BalasPadam
  4. hahaha..laporan brita pendek jo..ekau plak pi tranlate dgn pnjang lebornya...wawawaaa...

    BalasPadam
  5. Blog yang you buat ini adalah dirujuk.

    Adakah ianya diselenggarakan pada waktu pejabat atau dirumah?

    Kalau dirumah ok. Tiada masalah.
    Tapi jika dipejabat... bahawa sesungguhnya saudara telah melakukan kesalahan dibawah
    akta keselamatan didalam pejabat yang mana
    hukumannya jika didapati bersalah ialah

    1. Kesalahan pertama: Didenda membawa forklift mengelilingi kawasan pejabat selama 3 jam dengan hanya menggunakan gear gostan.

    2. Kesalahan kedua: Membasuh kereta kawan-kawan pada kadar 5 kereta dalam masa 15 minit.

    3. Kesalahan ketiga dan seterusnya: Atas budi bicara kesatuan.

    BalasPadam
  6. haahhhaaa.. mira sbenarnter brito ni panjang.. kalau ikutkan ado batman datang lawan tarik tali dgn penduduk Tapah.. tapi maso tak cukup.. alerrmakk Tok Rased.. camno lu bleh tau gua pkai kompter opis haa.. ado pasang spy ko... ala bro bagi la hukuman yang mencabar skit macam mengurat awek opis ko atau makan nasik duo pinggan...

    BalasPadam
  7. Hukuman jalan itek ke kantin ada x...

    BalasPadam
  8. sorry la slipar jopun.. jalan itik kekantin dah ado orang booking.. ekau ambil la hukuman yang bawak folklift mengundur keliling kampung tuu.. mencabar skit..

    BalasPadam