Rabu, 24 Jun 2009

JAKARTA HARI PERTAMA.. SPOILLL..


Perggghhhh..!!! nampaknyer perjalanan para peserta untuk acara perjanjian damai di majlis pecah tanah yang akan di rasmikan oleh Datuk Sesolo Bumbung Nanonano di Bandung telah berlangsung dalam keadaan tenang walaupun terdapat beberapo cubaan jahat dari parti pembangkang untuk menggagalkan beberapa acara di majlis tersebut.. Acara yang dimulai dengan latihan pemanas badan iaitu acara melepak selamo 40 minit di tepi tol Cengkareng yang tidak  berapa jauh dari lapangan terbang Sukarno-Hatta.. namun nampak nyer acara tersebut tidak begitu mendapat sambutan seperti yang diharapkan pihak penganjur.. malah mendapat bantahan dan kritikan pedas dari beberapo perserta Kemboja dan Laos..  


Bagi menenangkan keadaan serta mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.. pihak penganjur tanpa berlengah lagi terus menghantar para peserta ke Mangga Dua untuk mengemaskini mental serta menyejukkan hati para peserta yang tengah panas membara.. Sebaik sahaja mendengar perkataan Mangga Dua maka peserta wanita tanpa berlengah lagi terus melakukan senaman ringan seperti berlari setempat dan tekan tubi dilantai bas selama 10 minit... ini di ikuti paserta lelaki yang menggoyangkan badan ala berjoget dangdut..


Dalam perjalanan tersebut para peserta turut dikejutkan dengan pemandangan yang begitu asing bagi mereka bilamana terdapat begitu ramai peminta sedekah terutama anak-anak kecil yang berkeliaran.. serta deretan rumah setinggan di sepanjang jalan keretapi.. malah terdapat penduduk Jakarta yang sanggup tingal dibawah jambatan serta jejantas ditengah bandar tersebut.. tetapi bagi yang kayo keadaan rumah mereka ibarat istana rajo kalah rumah Ismert Ulam Raja.. 


Seperti menonton konsert AF9.. kejakunan peserta dari Haiti dan Sudan begitu terserlah sekali.. malah panorama asing ini turut manjadi satu hiburan serta bahan 'Lawak Tak Terjangkau' oleh para peserta dari Malaysia.. nampaknyer pihak penganjur begitu berpuas hati apabila melihat ketaksuban para peserta yang begitu teruja apabila melihat kemiskinan penduduk Jakarta disepanjang perjalanan tersebut....


Sebaik saja sampai ke Mangga Dua keadan menjadi panik.. para peserta tidak dapat megawal perasaan terkejut malah terdapat beberapa peserta wanita yang mengalami histeria pringkat 2 sebaik sahaja melihat barangan murah yang terjual disitu.. Menurut peserta dari Jepun.. Shikizu Hasano yang membentangkankan kertas kerja bertajuk 'Ketuanan Melayu di Sebalik Beg dan Kain Batik'  menyatakan bahawa harga barangan disini begitu murah sekali jika di bandingkan dengan New York atau London.. malah beliau hampir koma apabila melihat harga kain lace yang begitu murah iaitu 70,000 rupiah dibandingkan 200 juta yen ditempat beliau di Lipizzaido..


Namun terdapat juga keluhan dan bantahan dari para peserta seminar kerana empat jam masa yang diberi untuk membentangkan kertas kerja disitu terasa cukup singkat.. sehinggakan spy Penanggah pun tak sempat nak mengorat awek2 di Jakarta kerana kesuntukan masa..


Keadaan menjadi tenang semula apabila para peserta di hidangkan dengan masakan Padang pada majlis makan malam di Sari Minang dan semasa perjalan pulang terdapat peserta yang hilang di kegelapan malam menuju ke Hard Rock Cafe namum spy Penanggah sehingga kini masih menyiasat siapakah agaknyer peserta tersebut.. kerana keadaan dimasa tersebut agak gelap..

4 ulasan:

  1. encik spy...mano den punyo ole2?
    hohohoho..

    BalasPadam
  2. Pak...! Sirap Bandong sane sedap ngak!... Mee Bandong berapa rupiah ya pak!

    BalasPadam
  3. jgan risau mira.. ole-ole mu gua dah bg kat atok bachok.. ado la tempe tigo kontena..
    fuffhhh.. sirap bandung la paling best kono plak campur cuka 4 sudu.. umang aii melotop-lotop tali pusat gua.. mee bandung tak la mahal ado la 5 juta rupiah.. camno pun awek bandung laa pling best.. hehee

    BalasPadam
  4. Pak... Cewek bandung bisa mkn mee bandong ngak!

    BalasPadam