Sabtu, 6 Jun 2009

Ketuanan Melayu.. Chin Peng dan Manek Urai


BENTONG 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini. - Utusan


Woiii.. tuan2 dan puan2.. makcik2 dan pakcik2.. tok2 dan nenek2 smua di kampung Kedai Buluh ini.. di malam yang sepi ini saya akan menyampaikan pidato terbaik saya yang bertajuk Ketuanan Melayu.. Chin Peng dan Manik Urai.. Haaahaaa... baru dengar tajuk jer korang dah terkejut cipan tahap 6 dan terpegun separuh koma.. tu belum lagi melihat kehebatan gua berpidato.... relaks... relaks..


Tuan2 semuo.. dengar sini bilo gua bercakap.. jangan ado yang nak main2 kat blakang tu.. nanti gua hentak sorang2 dengan kayu beluti 4x4 ni.. dan juga sebelum gua nak meneruskan pidato gua yang merapu ni lebih jauh lagi.. disini gua nak memperkenalkan diri gua yang separuh hensem ni.. Namo gua Kimbo.. gua berasal dari kampung Sirih.. seorang ahli politik yang terunggul di kampung gua.. hahaaahaaahaaaaaaa....


Fewwiitttt..!! haii cik adik manis yang berbaju biru.. tolong duduk yerr.. banyak lagi kerusi yang masih kosong kat depan ni.. boleh abang tau saper nama.. heheee... manisssssss....


Wooiii mamat baju belang.. boleh bagi tempat duduk lu kat cik adik manis tu tak.. lu pegi ler duduk kat tempat lain.. menyebok jer.. Okaylah tuan2 semua untuk meneruskan pidato saya malam ni.. saya akan mulakan dengan pantun..


Mari panjat pokok beringin

Dahannyer besar daun pun lebat

Macam mano gua tak hangin

Awek yang gua usya dah kono rembat..


Haahaaa.. apo lagi tepuk laaa.. jangan malu-malu.. Kalau tuan2 nak tau.. pantun tu gua cipta semaso gua berkelah bersamo Chin Peng  di Manik Urai 30 tahun yang lalu.. ketiko kami samo2 menganggotai persatuan pengakap sekolah rendah jenis kebangsan Tamil Ulu KInta..


Bilo gua teringatkan pantun ni.. hati gua pasti mendidih tahap super kat Chin Peng hampeh tu.. kalau tuan2 nak tau si Chin Peng ni ler yang rembat gua nyer awek.. Kemaladevi.. walau pun perkara di dah lamo berlalu.. tapi lukanyer masih terasa.. ciss.. Sejak kejadian tu.. gua terus terputus hubungan dengan si Chin Peng.. dengar2 dio dah jadi komunis dan gua plak jadi mat rempit.. manakala awek gua Kemaladevi dah kawin dengan Apis Sakmi.. ketuo kampung Manik Urai..


Tuan2 dan puan2 semua sebelum gua mengakhiri pidato gua malam ni.. marilah kito samo-samo bersatu padu mempertahankan ketuanan Melayu dari pengaruh Chin Peng.. member lamo gua tu.. dengan ketuanan Melayu ni jugalah gua dan kroni2 gua dapat merembat semuo projek2 kerajaan.. heeheee.  Sekian sajer lah pidato terhebat yang dapat gua sampaikan pada malam ini.. Haaaa.. apo lagi tepuk laa tangan tu sekuat hati.. haahaa. tepuk.. tepukk..  sampai pengsan.. Hahaaahaa..

5 ulasan:

  1. perghh.. kalo lu jd yb..
    mmg gua dok blakang lu..
    haha..

    BalasPadam
  2. bravo bravo...tepuk tepuk meja

    BalasPadam
  3. Yang amat dihormati sdr Penanggah...

    Menyelusuri pemikiran kreatif saudara dalam mengupas pelbagai isu dalam kitaran hidup kita dengan gaya santai penuh lelucon tapi mempunyai maksud tersurat dan tersirat amat menarik perhatian saya untuk terus mengikuti blog ini.

    Kalau dulu hidup atau hari-hari yang dilalui saya hanya akan terasa lengkap apabila membaca akhbar arus perdana sambil menikmati aroma kopi o kau dan sebiji roti canai dicicah kari kambing boer yang diimpot dari Madras.

    Tetapi sejak kehadiran blog saudara, celik aje mata, saya akan terus meng'on' internet dan melayari Penanggah blogspot.

    Saya percaya blog saudara akan mencecah kutipan box office sekiranya beberapa masalah
    teknikal seperti error disana-sini dibaiki...

    Saya harap saudara dapat mengupas secara santai satu persoalan yang saya nyatakan dibawah ini.

    Persoalan yang bermain dibenak saya selama ini masih belum dikupas oleh mana-mana blogger atau profesor dari mana-mana Universiti.

    Saya percaya dengan kehandalan saudara dalam mengupas isu ini, ianya mungkin bakal menjadi rujukan atau tesis pada masa-masa akan datang.

    =================Sebuah Persoalan=============

    MENGAPA KUCING SUKA MENCAKAR, MEMANJAT DAN MENGENCING DIKERETA SAYA?

    Saya mempunyai dua ekor kucing.. tiga sebenarnya. Tapi dua ekor melepak dirumah saya. Yg sekor lagi tinggal disebelah rumah jiran saya.

    Apa yang nak saya ceritakan disini ialah kereta saya yang dibeli dua tahun lepas penuh dengan cakaran kucing dbahagian bonet depan.

    Tapak kaki kucing yang mempunyai kesan tanah, air longkang jangan ceritalah. Bermula dari bonet depan membawa kebumbung dan berkhir di bonet belakang...

    Tayar dibahagian belakang... peh... menjadi tandas tidak berbayar diaorang...diamenatang.

    Kucing-kucing ini bernasib baik kerana sewaktu mereka melukis garisan selari dan berbagai corak abstrak tanpa saya sedari yakni dibelakang saya.

    Kalaulah saya nampak vandalisme yg mereka lakukan pada kereta yang bewarna bluberrytea itu, nescaya teruk saya kerjakan.

    Kadang-kadang saya berfikir secara orang buduh dan bangang...seperti... Punyalah banyak kereta-kereta kat Taman yang saya duduk, apa pasai depa pi cakag kt keta aku...punyalah banyak pokok, awat depa pi meruah kencin kat taya keta aku... kucin yang cerdik atau aku yg buduh?

    Persoalan-persoalan begini yg membuat daku mempunyai pikiran yang amat bercelaru dan ini boleh menjejaskan prestasi pekerjaan dan pemanduan...

    Boleh saudara penanggah merungkaikan semua persoalan ini pada masa-masa akan datang dalam pelbagai aspek seperti sejarah kucing, kereta yg pertama dicakar dan dikencing didunia, reaksi pemilik kereta dan cara-cara menghindari dari semua ini.

    Jugak dapat saudara dapatkan pandangan dari kawan-kawan saudara yng bergelar ustaz
    seperti ustaz Roshihanuar yang berkelulusan dari pondok pesetantren gajahmatilanggarpokoksena, kabupaten modestos, wliayahcelcom, kecamatan monkeybar, Jawa selatan. Juga dari ustaz Rosli Usin yg berkelulusan dari universiti Catsteven corner Pandan Indah.

    Tanyakan pada mereka tentang hukum jika saya mengetuk kepala kucing yang sedang mencakar pintu kereta dengan sepana bersaiz 40 atau dengan stereng lock atau dengan spotrim 18.

    Juga tanyakan apa akibat yang akan dideritai oleh kucing berkenaan sekiranya saya melastik 'telo'nya sewaktu ia memancut cecair hancing dan haring pada tayar kereta atau moto atau pada taya beskal nak saya. Tanyakan.

    Saya tidak sabar menunggu artikel dari saudara mengenai persoalan ini.

    BalasPadam
  4. kalo ko jadi yb..aku nk minta projek kat ko..bleh?

    BalasPadam
  5. mira nanti gua bagi lu projek gali perigi kat jawa timor.. tehrasacoke gua pun hangin gak dengar cerito kucing lu tu.. kalau gua jumpa kreta yang kena cakau tu.. mau jer gua bakau..

    BalasPadam